Friday, February 18, 2011

Maulidur Rasul 1432H : Anugerah Saidatina Khadijah


Salam

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas ketentuan-Nya mengizinkan Dr.Har terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Maulidur Rasul negeri Selangor bagi tahun 1432H/2011M. Anugerah diberi nama Anugerah Saidatina Khadijah, disampaikan oleh wakil Sultan Selangor, Tengku Panglima Tengku Sulaiman di Stadium Malawati pada pagi Selasa lepas, 15 Feb 2011.

Diperturunkan monolog : `Kerdilnya aku berbanding Khadijah ra.'

Pagi kelmarin,
semasa namaku dilantunkan di ruangan stadium,
di depan ribuan manusia,
dikaitkan dengan nama seorang manusia yang agung.....
aku terus merasa hiba
Penuh syukur aku menerima anugerah
Di sudut hati, terasa amat kerdil....

SAIDATINA KHADIJAH BT KHUWAILID ra..
Kerana nama yang begitu mulia,
adalah idola dan pujaanku selama ini...

Ummul mukminin yang pertama
Insan pilihan yang dianugerahkan kekuatan, kematangan dan kecerdasan
Buat mengiringi kehidupan seorang suami yang bakal menerima cahaya nubuwwah

Khadijah ra bukan wanita biasa...

Yang seperti wanita lain di zamannya
Mereka ditindas, diperlaku hina,
pada status yang jauh rendah melarat.

Khadijah ra....
adalah wanita istimewa
yang amat mampu membuat keputusan:
- memilih siapa yang harus diambil bekerja mengurus perniagaannya ke Sham
- menentukan siapa gerangan yang bakal menjadi suami untuk ditumpahkan penghormatan dan kasih sayang
- mencurahkan semua kekayaan untuk menyokong sebuah perjuangan aqidah
- mendidik anak-anak gadis menjadi wanita ulung melebih batasan zaman

Ku kutip semangatmu, Khadijah
dalam menyusun langkah dan jejak di dunia
Semoga Allah SWT mempertemukan kita di Jannah nanti,
Moga aku menemuimu,
semasa engkau beriringan dengan suamimu yang mulia, Muhammad bin Abdullah SAW...

Itulah kebahagiaan yang paling dinanti-nanti...........
Ya Allah, makbulkan hasratku, ubati kerinduanku......
Amin

Dr.Har
Maulidur Rasul 1432H

11 comments:

  1. salam alaik prof..
    saya cukup tersentuh dgn sajak prof ni..
    ingin ku jejaki langkah sprt siti khadijah..
    tetapi,payah sungguh utk didik diri supaya istiqomah..
    doakan generasi kami prof,spya mnjadi manusia yg bermanfaat dan dpt meneruskan perjuangan dlm dakwah..
    smga prof sntiasa dibawah naungan rahmat Allah, prof mmg selayaknya mendapat anugerah ini...rindu nak dengar nasihat dari prof (^^)

    ReplyDelete
  2. mabruk 'alaikum dr Har yg dirindui :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Prof,
    Tahniah atas penganugerahan prof..
    Cemerlang di dunia, insyaAllah di akhirat jua..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum prof,
    apa khabar?
    tahniah di atas anugerah yang prof dapat....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum prof Har,
    sihat?
    Tahniah di atas anugerah yang prof terima... =)

    ReplyDelete
  6. monolog yang memberi penuh inspirasi kepada saya..terima kasih dan tahniah Dr. Har.

    ReplyDelete
  7. Monolog yang memberi penuh inspsirasi kepada saya :) terima kasih & tahniah Dr.Har...

    ReplyDelete
  8. tahniah Dr! Teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  9. Hanya Bila Aku Mulai Sedar..

    Barangkali

    Satu ketika dahulu

    Nama Sayyidah Khadijah Al Kubra r.a.

    Hanya ku hafal ketika menjawab soalan peperiksaan

    Di dalam subjek Pendidikan Islam


    Aku tahu

    Empunya nama itu

    Adalah isteri kepada insan yang paling mulia di sisi Allah

    Muhammad Rasulullah s.a.w.


    Aku tahu

    Empunya nama itu

    Adalah ibunda kepada Sayyidah Fatimah Az Zahra r.a.

    Namanya aku tahu

    Hanya sebagai satu lipatan sejarah yang penting

    Di dalam penyebaran dakwah Islamiah

    Dan tidak lebih dari itu


    Semakin aku meningkat dewasa

    Namanya tidak pernah terpahat dihatiku

    Untuk ku kenali, cintai apatah lagi untuk dicontohi


    Sehingga tiba satu ketika

    Aku tersedar

    Bahawa sebenarnya

    Nama Sayyidah Khadijah At Tohirah r.a

    Telah menggamitku setelah usia hampir 3 dekad ini


    Maluku bukan kepalang

    Mengenang diri yang jauh dari rasa kasih dan sayang

    Kepada insan yang amat dikasihi dan disayangi oleh Rasulullah s.a.w.


    10 Ramadhan 1431H

    ReplyDelete