Sunday, December 1, 2013

ISU TUNTUTAN HANYA DOKTOR WANITA DI BILIK BERSALIN : Pandangan Peribadi Dr.Har

Berikut adalah pandangan peribadi Dr Har, tidak mewakili mana2 institusi atau organisasi yang berkaitan. Mohon dibaca dengan lapang dada dan fikiran, kerana pastinya akan ada pandangan yang bertentangan, berlawanan dan tidak secocok dgn pegangan peribadi pembaca. Artikel ini juga sekadar nukilan biasa, bukan satu kertas kerja ilmiah. Bukan juga suatu usaha yang sengaja mahu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk-Nya yang mulia kepada setiap kita yang ikhlas mahu meraih keredhaan-Nya!

Sejak akhir-akhir  ini, semakin lantang desakan agar perkhidmatan jagaan perubatan mengkhusus , di mana aspek gender diketengahkan semula setelah sekian lama perkara ini tidak ditimbulkan, menggunakan peruntukan keadaan darurat selama ini. Semakin kuat tekanan menuntut pesakit wanita hanya dirawat oleh perawat dan doktor wanita sahaja, terutamanya semasa berada di bilik bersalin.

Selain permintaan tersebut datang dari wanita sendiri, tidak kurang hebatnya kaum lelaki selaku suami yang begitu bertegas mahu tuntutan in dipenuhi segera! Tentu sekali cemas para sang suami apabila bimbang dihukum dayus kerana tidak dapat memastikan aurat isteri mereka sentiasa tertutup dan terpelihara semasa bersalin – dengan adanya doktor lelaki yang memeriksa dan menyambut kelahiran bayi. Hingga dikhabarkan, adanya para suami yang berani bertindak mengambil risiko menyambut kelahiran bayi mereka sendiri di rumah kerana semata-mata tidak mahu membawa isteri ke hospital kerana bimbang aurat isteri tidak dapat dijaga dari pandangan lelaki ajnabi.

Disebabkan suami bukanlah seorang yang terlatih dalam aspek ini, sudah terdapat beberapa insiden kelahiran di rumah  yang melibatkan komplikasi kepada ibu dan bayi yang lahir seperti tumpah darah (postpartum haemorrhage), lekat uri ( retained placenta) dan bayi lemas (neonatal asphyxia). Bagi kami yang terlibat secara langsung dalam penjagaan ibu dan bayi (maternal & neonatal health), komplikasi ini amat serius sekalipun belum banyak kes yang dilaporkan. Memang adat orang bersalin, komplikasi ini adalah risiko yang terpaksa dihadapi oleh setiap ibu yang menyabung nyawa melahirkan seorang manusia baru ke dunia. Namun, pencegahan dan rawatan segera perlu dilaksanakan untuk mengelakkan mortaliti (kematian) dan morbiditi (kecederaan) kepada ibu yang sewajarnya terus sihat untuk menjaga & menyusukan anak yang baru lahir.

Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab.

Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan?

Jawapan (1)
Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat.
Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesionalisme ( Personal & Professional Development –PPD) pada tahun tiga semasa posting klinikal O&G, Dr. Hard an rakan-rakan tenaga pengajar di Jabatan O&G sering menasihati pelajar perubatan agar memenuhi dan menghormati permintaan pesakit khususnya jika dia tidak selesa dan merasa malu diperiksa oleh seorang doktor lelaki.  Jangan sekali-kali memperlecehkan permintaannya dan cuba sedaya mungkin mencarikan doktor wanita untuk membantu.
Namun pesakit dan suami juga harus faham, pergiliran dalam sistem bekerja seharian bagi para doktor di hospital dan klinik kerajaan khasnya, menyebabkan ada kemungkinan tiada doktor perempuan yang bertugas pada satu-satu waktu tersebut. Jika ini berlaku, agak sukar doktor hendak memenuhi kehendak dan permintaan pesakit. Namun, kami tetap akan mencuba!
Satu lagi, mintalah bantuan dari perawat dan doktor dengan baik tuturkata, berbudi bahasa dan bersopan santun. Tak perlulah marah-marah, menengking dan mengherdik. Bukankah kita ini terkenal dengan budi bahasa dan adab sopan? Terutama mereka yang tergolong dalam lingkungan pencinta ad deenul haq, Islam yg mulia ini – lebih lagi diharapkan dapat menunjukkan akhlak yang baik dan terpuji.

Soalan (2) Memandangkan sudah ramai bilangan doktor wanita di Malaysia, hendaklah diwujudkan satu polisi awam di mana hanya doktor perempuan sahaja yang merawat pesakit wanita di bilik bersalin, dengan itu terpeliharalah aurat mereka dari dilihat lelaki selain suami.

Jawapan (2)
Untuk menjaga hak dan autonomi pesakit sentiasa terpelihara, sebagaimana hak pesakit wanita yang mahukan hanya doktor dan perawat perempuan yang merawatnya, prinsip perubatan juga menggariskan tidak wajar diwujudkan satu ketetapan yang memaksa pesakit dan menafikan hak dan autonomi untuk memilih siapa doktornya. Maka sekiranya seorang pesakit mahu seorang doktor lelaki memeriksanya, begitu juga sebaliknya, ia wajar mendapat apa yang diinginkannya.
Sekiranya peraturan tersebut mahu diimplementasi dengan adil dan saksama, sudah barang tentu perlu  juga ditetapkan pesakit lelaki  hanya boleh dirawat oleh doktor dan perawat lelaki. Namun mengikut pengalaman peribadi saya menjadi pengamal perubatan selama lebih dua puluh tahun ini, hampir tidak pernah kedengaran desakan dan keperluan sebegitu. Jika para suami menggunakan alasan tubuh badan isterinya hanyalah untuknya dan tidak boleh dilihat oleh lelaki lain melainkan dalam suasana darurat, wajar juga para isteri juga mendesak agar pihak hospital menyediakan doktor dan perawat lelaki sahaja untuk suami mereka agar tiada perempuan lain yang boleh melihat tubuh badan suaminya!
Perlu barang diingat, amalan perubatan dilingkungi oleh kod etika yang tegas, bertujuan menjaga kebajikan para doktor dan pesakitnya. Sekiranya seorang doktor lelaki diperlukan menyambut kelahiran bayi, dia tidak dibiarkan berdua-duaan dengan pesakit wanitanya. Kod etika mewajibkan dia memastikan adanya kehadiran `chaperon’ ataupun pihak ketiga pada setiap kali dia perlu merawat pesakit yang berlainan gender dengannya. Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menghuraikan tentang kehadiran chaperon melalui artikel 3.3 dalam Good Medical Practice Guidelines:

A doctor must always examine a patient, whether female or male, or a child, with a chaperon being physically present in the consultation room, with visual and aural contact throughout the proceedings.
These requisites are designed to allow the doctor to proceed with clear, unhampered clinical examination of the patient, as he deems appropriate for the purpose of arriving at a proper diagnosis, without later having to defend his actions.

( Seorang doktor mestilah sentiasa memeriksa seorang pesakit sama ada lelaki atau wanita atau kanak-kanak, dengan kehadiran seorang peneman (chaperon) yang sentiasa hadir secara fizikal di bilik konsultasi tersebut, yang boleh melihat dan mendengar segala kejadian sepanjang pemeriksaan dijalankan.  
Ketetapan ini direkabentuk untuk membolehkan doktor meneruskan pemeriksaan klinikal dengan jelas dan tidak terganggu, sebagaimana yang dirasakan perlu untuk membuat diagnosis, tanpa kemudiannya perlu dia mempertahankan segala tindakan yang diambilnya.)

Soalan (3) Mengapa perlu pelajar perubatan lelaki dilatih mengendalikan kelahiran dan memeriksa alat kelamin wanita? Sepatutnya, doktor lelaki hanya perlu dilatih untuk merawat pesakit lelaki sahaja, sebagaimana juga doktor wanita hanya untuk mengendalikan pesakit wanita sahaja
.
Jawapan (3) 
Sekolah-sekolah perubatan di dunia diamanahkan untuk melatih para doktor yang mempunyai kompetensi atau kemahiran asas dalam bidang perubatan. Termasuk dalam kemahiran asas tersebut adalah kebolehan memeriksa sistem reproduksi wanita dan lelaki serta mengendalikan segala masalah kesihatan yang berkaitan. Maka setiap pelajar perubatan lelaki mestilah belajar bagaimana hendak melakukan pemeriksaan dalaman (VE), membuat calitan Pap dan menyambut kelahiran bayi, sebagaimana juga pelajar perubatan perempuan mesti boleh memeriksa bahagian sulit badan lelaki dan memasukkan saluran tiub atau catheter ke dalam salur kencing lelaki.

Soalan (4) Mengapa ada segelintir doktor lelaki Muslim yang memilih kepakaran perbidanan dan ginekologi sebagai bidang pengkhususan mereka? Tidakkah mereka merasa berdosa apabila sentiasa melihat aurat wanita yang bukan isteri mereka?

Jawapan (4)
Soalan tersebut perlu dijawab sendiri oleh pakar O&G lelaki Muslim yang telah membuat pilihan tersebut.
Namun saya ingin menegaskan di sini, semua pakar O&G lelaki, baik yang Muslim atau yang bukan Muslim, yang saya kenali secara peribadi adalah terdiri dari pengamal perubatan yang amat professional dalam tugas mereka, amanah, berwibawa, cekap dan amat teliti menjaga kerahsiaan (confidentiality) pesakit. Mereka tidak menganggap amanah tugas menjaga dan merawat wanita yang memberi mereka kelebihan (advantage) untuk melihat aurat wanita sebagai satu kesempatan memenuhi nafsu syahwat yang liar. Sekiranya seseorang doktor itu melanggar batas kesusilaan dan mengeksploitasi pesakit yang mempercayainya, dia mesti diadukan kepada pihak atasan untuk diambil tindakan tegas, kerana tindakan tidak sopan itu mencalarkan kredibiliti dan integriti profesyen kedoktoran yang perlu sentiasa dipertahankan.

Diharapkan penjelasan yang diberikan dapat menyuluh sedikit pencerahan kepada kekaburan yang sekian lama berlegar di sekitar isu ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu para bakal ibu dan ayah membuat keputusan terbaik, paling selamat dan paling bijak untuk kesejahteraan anak yang bakal lahir. Janganlah lantaran tegas mahukan kepatuhan kepada peraturan Islam, agama yang indah dan paling bertimbangrasa yang merupakan rahmat kepada sekelian alam ini, kita mengambil risiko besar mempertaruhkan nyawa ibu dan bayi dengan membuat keputusan terburu-buru dan kurang bijak, mengenepikan bantuan profesional dan terlatih. Dalam masa yang sama juga, janganlah kita terlalu mengambil enteng ataupun tidak langsung kisah dengan garispanduan dan peraturan agama yang bertujuan membimbing kita ke arah kebaikan semata-mata.

Nasihat Dr. Har kepada wanita dan suami yang mahu memastikan kehamilan dan kelahiran bayi kesayangan mereka terus menerus patuh-syariah (syariah - compliant) untuk melakukan beberapa langkah berikut :

  1.      Sekiranya mempunyai kelebihan rezeki dan kemampuan ekonomi, dapatkan rawatan dari pakar O&G wanita Muslimah yang mempunyai klinik di kebanyakan hospital swasta atau di klinik pakar khas di hospital awam. Mohon maaf kerana setakat ini, inilah satu2nya cara terbaik untuk memastikan kehamilan dan kelahiran bayi anda dijaga oleh seorang doktor Muslimah.
  2.     Nyatakan dari awal lawatan antenatal di klinik dan hospital awam, tentang hasrat dan permintaan anda meminta agar sekiranya perlu diperiksa bahagian dalaman dan dikendalikan proses kelahiran, seboleh mungkin oleh doktor  atau perawat perempuan.
  3.     Kehadiran suami di sisi isteri semasa di bilik bersalin boleh membantu permintaan tersebut dipenuhi seboleh mungkin. Nyatakan sekali lagi hasrat dan hajat anda yang mahukan kehadiran doktor dan perawat wanita kepada petugas bilik bersalin ketika saat sakit bersalin tiba – dengan tegas namun penuh harapan, hormat dan sopan. Percayalah, anda akan dapati para petugas ini juga manusia biasa, yang mahu dihormati dan dihargai. InsyaAllah, hajat anda akan cuba dipenuhi oleh mereka.  
  4.     Berdoa agar mendapat rezeki yang baik  semasa hendak melahirkan – seperti kebetulan dalam shift tersebut, semua doktor yang bertugas adalah doktor perempuan. ( Ini pernah berlaku kepada beberapa orang pesakit saya yang gigih bermunajat sepanjang kehamilan, memohon Allah SWT menetapkan segala berjalan lancar menurut syariah.
  5.      Memohon kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui, agar pasukan doktor dan jururawat yang bertugas semasa saat kelahiran bayi kita nanti, adalah kelompok petugas yang paling cekap, berpengalaman dan berwibawa yang akan membantu kelahiran yang selamat, tanpa mengira apakah gender, agama anutan dan kepercayaan mereka.


Wallahu a'lam
Loves : Dr Har 


46 comments:

  1. My parents are both doctors and as far as I know O&G ni satu tugas yang sangat sibuk, akan memakan banyak masa dengan family dan patients sentiasa ada

    Untuk Ibu saya sendiri, ayah saya suggestkan beliau mengambil bidang yang lebih kurang sibuk (walaupun doktor sememangnya sentiasa sibuk) untuk memberikan lebih banyak masa untuk family; untuk tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. walaupun gaji doktor bidang ini lebih sedikit berbanding yang sibuk

    Sebaliknya Ayah saya mengambil bidang kedoktoran yang lebih sibuk (mata); sememangnya lebih banya gaji, dan lebih sibuk tapi sekurangnya kami adik beradik masih punyai Ibu yang sentiasa menjaga kami

    mungkin sebab itulah ramai doktor perempuan tidak memilih O&G, pesakit perempuan terutamanya harus faham perkara ni, kerana mereka juga bakal mempunyai keluar dan anak anak.

    sekadar berkongsi.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana jika diwujudkan hospital khas utk ibu melahrkan ank-yg smua staff yg tlibat dgn perawatan adalah wanita.sy kira kita mpunyai ramai pelatih wanita yg memungkinkan perkara ini terlaksana

    ReplyDelete
  3. A timely entry Prof.

    Secara amnya, secara fitrah pesakit wanita memang akan lebih selesa bersalin dengan doktor wanita juga ( walaupun ada yang selesa memilih doktor lelaki).

    Dan saya bersetuju dengan Prof, dalam banyak keadaan, petugas perubatan berusaha untuk memenuhi kehendak pesakit , namun tidak semua dapat dipenuhi terutama sewaktu on-call dan kecemasan.

    Saya cuba melihat cabaran dari perspektif doktor itu sendiri.

    The challenges of providing adequate numbers of women onG specilaist are not as huge as providing a GOOD support system for them.

    1. Sokongan kepada keluarga mereka- tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak dan suami.

    2. Adakah sistem latihan untuk menjadi pakar meraikan fitrah mereka sebagai seorang wanita yang juga mahu hamil dan menyusukan anak selepas bersalin. ( with the current system which can be a big challenges to that- 4 years in training and not entitled to maternity leave or else need to extend).

    3. Bagaimana dengan keperluan penjagaan anak-anak mereka - perlukah diberi elaun pembantu rumah, atau disediakan nurseri 24 jam di hospital.


    4. Adakah pakar-pakar OnG ini akan sukar mendapat jodoh kerana lelaki pastinya mahukan isteri yang tidak terlalu sibuk.

    5. Selepas dari isu pakar OnG , kelak akan timbul pula isu pakar urinary wanita, pakar bedah payudara untuk wanita dan sebagainya.

    It's a complicated issue eventhough the solution looks simple.

    May ALlah provides us with guidance and the best solution.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Dr., sy xtau nk kategorikan darurat atau tidak kes sy ini.ms bsalin anak 2nd, doc perempuan telah salah perkiraan hingga menyebabkan nyawa sy dan bb boleh terancam sekiranya lmbt bertindak.jd, disebabkn itu sy telah diberikan emergency czer.utk ank yg ketiga, sy n suami telah membuat keputusan utk menukar doktor memandangkan byk kes yg telah sy dengari berkenaan doc tersebut.di samping itu, d kwsn tmpt tggl sy tiada doc o&g perempuan di hospital swasta melainkan beliau. Jd kami telah memilih doc lelaki utk menyambut kelahiran bb.ini secara selektif czer sbb bb songsang.wlpn ada pkr o&g perempuan d hospital kerajaan tetapi sy tidak memilih utk bersalin d sana berdasarkan byk faktor terutama sekali tidak cukup katil dan dibiarkan di luar OT beberapa jam dan nyaris2 bb nk keluar.ini berdasarkn pnglmn kwn2 saya.
    Apakah hukumnya utk kes seperti sy ini?mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kesedaran tentang aurat semasa bersalin semakin meningkat. Namun saya percaya jika semua pihak bekerjasama hasrat ini insyaAllah akan tercapai. Doktor menjawab persoalan untuk situasi sekarang, jadi saya berharap juga semua pihak memberi idea untuk perlaksanaan yang lebih baik pada masa akan. Desakan ini bukanlah suatu yang buruk malah untuk menjaga maruah wanita juga. Selangkah kita mencuba untuk merealisasikan pasti akan nampak peluang- peluang penambahbaikkan. :)

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik doktor. Saya pernah terdengar pelajar lelaki Malaysia di Jordan terpaksa menjalani praktikal O&G di hospital Malaysia kerana hospital di Jordan tidak membenarkan lelaki untuk merawat wanita di sana.
    Perubahan besar yang dituntut sekarang ini sebenarnya memerlukan penguatkuasaan daripada pihak kerajaan kita sendiri, bukan orang awam biasa seperti kita. Banyak perkara perlu diselesaikan, terutamanya dengan menambah bilangan doktor wanita.
    Ia memang sukar pada awalnya, tetapi setiap niat ikhlas yang di buat kerana Allah, insha'Allah akan dipermudahkanNya.

    ReplyDelete
  7. kalau arab saudi... dan beberapa negara arab boleh buat.. mengapa tidak kita??

    jawapan yg Dr bagi hanyalah untuk escape.. menjustifikasikan pekara yg tlh dilakukan.. dan lebih mengecewakan lagi tiada intention utk membetulkan pekara ini... walaupun drp Dr yg ada asas kefahaman islam...
    itu sangat mengecewakan..

    kami tak kata ia perlu segera.. tapi ia perlu berperingkat kearah itu.. Tambahan bil pelajar perubatan wanita jauh drp lelaki..

    alasan yg digunakan oleh MO adalah busy.. Dr pun ada kehidupan sdri.. etc..

    Ya! benar... saya tak sangkal pkra tu... kenapa tak tambah bil di wad o&g?? bukan ke kita dilaporkan ada lebihan graduan perubatan sblm ni?? sila ubah jadual bertugas, kalau ia membebankan... apa peranan persatuan perubatan??%

    saya tak faham apa sukarnya utk menjalankan polisi ini..

    ReplyDelete
  8. jalanhitam, come into the system and you will cry your life off just to get out. Just think before you speak.

    ReplyDelete
  9. kementerian kesihatan should do something seriously.

    agreed with jalanhitam.

    hendak 1000 daya. tak hendak 10000000000000 dalih.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Dr. Har

    Bila bercerita tentang hal perubatan secara terbuka di zaman yang serba moden ni, akan timbul pelbagai pendapat yang hmmm macam2.. ada yang sokong A ada yang sokong B. Tapi bila dah sakit akhirnya cari doktor jugak dan tanpa fikir jantina/agama/bangsa doktor tersebut... Saya sayang doktor... :)

    ReplyDelete
  11. Junior doctor...please dont follow the system la...we make the system so we also can change the system...please dont block your with the current system.. Hijrah kepada yang lebih baik itu memang sukar tapi insyaAllah akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..alhamdulillah sy sudah enam kali bersalin di hosp krjaan..3 kali di kelantan dn 3 kali di melaka..apa yg blh dirumuskan ialah permintaan utk diperiksa dan bersalin dgn doktor perempuan msti diluahkn sendiri oleh ibu yg dtg bersalin itu sndiri..ibu kena berani suarakan,ibu kena minta,jangn diam shj..ini soal aurat dan maruah..ini soal hukum islam yg kita msti pertahankn..kalau ada jururawat yg marah ibu msti cakap saya malu,saya nk jaga aurat,saya nk jaga agama..jangan takut ye ibu..

    ReplyDelete
  13. Saya tak cakap yang we must follow the system wahai Ummi&amp:Abi, saya cuma cakap, sebelum menghentam sana sini, memaksa kementerian ubah, just dont expect it to happen overnight. I just say, come in to the system, see how it works. Lihat dari view healthcare provider, bukan sebagai pesakit. Then kamu akan tahu benda ni tak sesenang mulut-mulut kamu mengomel. Wallahulam.

    ReplyDelete
  14. Sweet umie choc.sya seorg jururawat jgn kerana kami bkn golongan cendikiawan jgn ssedap rasa menghentam..mgkin jururawat di tempat u yg bersalin yang marah tpi bukan di tempat saya bertugas..kami pn thu tntng aurat..kami pn sedaya upaya untuk menjaga aurat ibu..sbb kami pn wanita..klu boleh biar kami saje yang menyambut kelahiran tapi kdgkala kami terpksa memanggil Dr. disbbkn keadaan memerlukn..

    ReplyDelete
  15. Cakap pasal aurat.. aurat sesama wanita muslim juga antara pusat ke lutut kan? jadi selesaikah hal aurat jika doktor wanita juga yang menyambut?

    ReplyDelete
  16. lagi satu, kalau bercakap hal aurat, kenapa tiada gesaan dibuat untuk membanyakkan male nurse di ward lelaki.. kita tak kisah bila nurse perempuan basuh berak mbapak atau suami kita.. padahal itu tidak langsung dikira darurat sebab ada anak2 dan isteri yang boleh melakukan semua itu.. be rasional not emotional...

    ReplyDelete
  17. Yup..be rational not emotional. Sy bsalin anak 1st n 2nd kat gomen. Nak wat camne..rezeki x sehebat org lain. Ms nak bsalin saya mmg minta doc n nurse wanita tp doc btugas lelaki..dh nak bersalin so redhakan je. Sy yakin mereka profesional. Kalo nak ikut dorg pun bukan nak tgk pun..xde feel dh..dh muak tapi disebabkan tanggungjwb diaorg laksanakan juga. Anyway...thks to all doc n nurses @ hospital serdang kerana membantu dlm proses kelahiran anak2 saya..

    ReplyDelete
  18. Hrpn saya agar sistem dikaji semula..mungkin akan mengambil masa..hopefully akan ada perubahan suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  19. Juniordoctor,

    who said we want to change overnight.Islam juga tak tersebar dalam satu malam. Sekarang kesedaran tentang aurat dah meningkat, adakah itu sesuatu yang buruk? Apa yang kami mahu adalah perubahan ke arah yang lebih baik. So apa respon pihak yang berkenaan. Desakan ini bukannya datang dari rakyat biasa sahaja malah dari pelbagai golongan termasuk doktor sendiri.Mengapa kami tidak boleh memaksa kementerian kesihatan membuat perubahan?? adakah perubahan itu mustahil atau susah?

    Saya tidak tahu dari view healthcare provider bagaimana? Bolehkah kamu terangkan.
    kami bukan mahu situasi ini berubah sekelip mata, cuma sekarang ini apakah respon kementerian kesihatan, respon para doktor, respon rakyat. Perubahan memang mengambil masa tapi kami amat hargai jika ada respon atau langkah permulaan untuk mencapai matlamat ini. Pasti ada kelemahan yang timbul sepanjang proses ini tapi itulah yang dipanggil proses. Penambahbaikkan juga pasti berlaku sepanjang proses perubahan.

    Disini kami mahu idea untuk merealisasikan matlamat, bukan untuk menghalang dari mencapai matlamat. Idea dari semua pihak bukan sekadar satu golongan sahaja. semua pihak main peranan. Kerajaan, keluarga, para wanita, lelaki,para pengajar, NGO, student, para doktor.

    perubahan memang payah tapi deangan perubahan kita boleh maju.

    saya tahu perbincangan kita disini amatlah sedikit kesannya malah amatlah dukacita jika membuahkan rasa marah dan tak puas hati. saya minta maaf jika komen saya memcetuskan rasa kurang senang banyak pihak.

    ReplyDelete
  20. muniir sungguh niat doc..alhmdullh...thanks doc...tpi please laa...p'glmn ank pertma sy, istri sy d check jln oleh doc lki...check jln x d kire darurat lgi...sedgkn nurse ade kt tepi...tmbh pulk 2 budk praktikl lki duk ushar jer...makcik2 sebelh xnk pulk die ushar...sy nie ngah bwk kete,wife msj bgtaw cept dtg..die mlu tdi doc lki check jln n 2 budk practikl lki yg duk ushar n die skang nk msuk labour room...speed2 smpi trs msuk labour room...nurse bwk msuk..sy tgk nurse wnita da rmi kt wiife sy tpi budk prktikal 2 org 2 aper kes duk ushar jer kmluan iistri sy...psl check jln tdi xkn nurse ppuan xleyh wt...

    tu p'glmn sy..
    please laa...ubah yg 2...check jln bkn darurat..

    please make sure jgn bg budk pktikl lki yg mude2 nie ushar penykit yg ank first...

    tpi apa2 pn psl bedah 2 doc lki ke ppuan sy xkesh sgt...thanks doc...

    psl check jln tlg kji blik...rmi istri2 yg kene cm 2...

    ReplyDelete
  21. Munira Mustafa Kamal,

    Saya graduan medik dari Jordan, dan saya boleh confirmkan bahawa memang ada je doktor lelaki di bidang OnG yang conduct delivery.

    Kisah anda tidak benar.

    ReplyDelete

  22. Abdulla
    Mustasyfa Islami di Amman adakah menugaskan doktor lelaki untuk OnG ?

    ReplyDelete
  23. komen utk mns

    saya adalah pelajar jurusan perubatan di jordan mengesahkan bahawa di Hospital pembelajaran saya lebih ramai Dr Pakar Lelaki di bahagian OnG dari perempuan.

    Utk pengetahuan mns . Mustashfa Islami di Amman adalah hospital swasta. bukannya Hospital kerajaan. Harap maklum

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah ada kesedaran. Tapi dalam masa yang sama menyakitkan hati dr2 yang ikhlas dalam membantu kelahiran. Saya pengajian agama dan berpandangan, kelahiran - dalam apa cara sekalipun ia adalah darurat kerana melibatkan nyawa. Jadi isu doktor lelaki atau wanita tidak lagi menjadi isu halal haram, tetapi isu afdhal dan kurang afdhal. Perkara yg tidak mungkin dapat dipenuhi adalah 100% dr wanita di labour room DI MANA2 NEGARA PUN. KECUALI hospital swasta bagi yg mampu. Dan perkara ini TIDAK dibangkitkan oleh pakar agama kerana mereka memahami LEBIH MEMAHAMI isu aurat dan darurat. kESEDARAN TANPA ILMU AKAN MELAHIRKAN PENTAKSUB DENGAN PANDANGAN DAN FAHAMAN SENDIRI. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  25. Agreed with Zulnasri..

    Dr 1st day sy dpt tahu sy pregnant,husbnd dh mula menabung..katenye kalau blh nak hntr ke private hosp.even emrgncy..blh request doc wanita.

    Tp katenye if dh kump dan masih kurang mampu jugak, baru hntr ke gomen. Itu baru kira darurat.

    Yg penting sini, kita sendiri jika sedar ia penting,jadi usaha utk penuhi ikut kemampuan.

    ReplyDelete
  26. I'm sorry, but who says there is no male obgyn doctors in middle east countries? Have you actually been to the hospitals? Or you're just talking about one or two you've visited?

    ReplyDelete
  27. agreed with jalanhitam & Ij...
    setiap peraturan baru memg akan ada bantahan. tak kira dari siapa pun..but at least kena ada tindakan permulaan barulah boleh laksanakan peraturan tersebut. dan tindakan permulaan adalah bermula dari pihak kerajaan. kalau terlampau banyak bantahan (atau alasan), secara logiknya adakah negara kita akan berada pada tahap sekarang?? kita tetap maju dan membangun walau banyak bantahan. so apa salahnya pertimbangkan utk laksanakan peraturan baru walau banyak bantahan?
    renungkan secara logik, bukan beremosi..
    setiap perkara harus ada permulaan..

    ReplyDelete
  28. Ok, jika doktor lelaki sudah tidak dibenarkan attend kes bersalin, saya rasa mereka pun suka.. Tapi lama2 mereka akan kehilangan skill menyambut kelahiran yg mereka belajar semasa medical student sbb pkara yg melibatkan skill perlu ada hands on sekali sekala.. Adakah anda sanggup anak anda disambut oleh mereka jika tiba2 memang tiada doktor wanita ketika itu dan kepala bayi anda sudah berada di perineum dan terlekat dan anda tidak sempat sampai ke hospital atau klinik yg ada doktor wanita.. Hanya ada doktor lelaki itu yg paling dekat dgn anda pada ketika itu dan dia sudah lama tidak mengendalikan kes bersalin.. Bagaimana ya?

    ReplyDelete
  29. Setuju dgn Zulnasri. Daripada komen anda, saya rasa saudara seorg yg fakih. Jelas, bicara org yg fakih tidak sama dgn yg tidak fakih.

    ReplyDelete
  30. nape tak minta majlis fatwa negara bahaskan isu ini? kita yang kurang ilmu jgn suka-suka bahas dan salahkan itu ini.. bg PANDANGAN sye sendiri.. kalau nak betul2 isu aurat..then CBD (tube air kencing) lelaki jgn bg dr perempuan and nurse juga r..tp nape org tak bising2 ek? sebab bg saye yg bising tuh kurang ilmunya..berkate dgn nafsu dan akal yg cetek shj.. pesakit ade hak untuk meminta dr perempuan.. tp ye r..u all keje r di O&G then u will know the situation..klu tak mahu ade dr lelaki (pelatih)memerhati boleh minta de keluar..itu hak.. hak tak leh dinafikan.. minta dgn baik..sure diorg akan usaha cari.. takde juga tuh bru darurat la..VE ko boleh minta bai.. jgn senyap jek.. senyap jek mne org tau.. tp complain laju jek.. asal2 ikhlas Dr tuh rawat bini ko.. oncall mlm2.. kne complain lak.. sedey jek.. say thanx pun tak.. aish.. anak baru lahir tuh.. kite dah jd contoh yg tak baik (statistik 2012.. 50 kelahiran baru setiap hari sg buloh,bru sg buloh belum hkl,htar..belum ade kes kne bedah,kematian,komplikasi), MO tak ramai.. kene system shift..wad lg smpi 2 penuh melimpah hari2..sape nak jge?(rmi graduan bru aka HO, tp brp rmi stay kat O&G?)tak rmi MO sebab O&G critical department..memenatkan.. dan menakotkan..tak rmi yg berani nak tangani stress kat O&G nih.. lg2 perempuan yg dah kawen..mcm bini aku aku tak bg masuk o&G,.. so yg tinggal sape yg betul2 nak.. dr lelaki yg ade kudrat lebey.... g r keje kat O&G.. sebulan cukup.. pada para suami.. kalau tak nak ambil risiko dr laki2 check or uruskan bini korang bersalin, kumpul duit byk2.. sedia dr awal.. g kat private.. cam aku gitu r jugak..kalau tak redha jek biler dah mintak still tak dpt dr perempuan..(yg penting bgtau &mintak) igt ek.. dr yang keje di O&G bukan sebab diorg suke tgk kemaluan2 ibu bersalin.. tp sebab tanggungjawab, dah tak ade org yg nak g O&G.. contoh aku sdr takkan benarkn isteri aku g o&G.. so bersyukur dan berterimakasih lah..sebab masih ade org yg mahu.. menyelamatkan isteri dan anak kamu..
    wallahua'lam..kalau ade tersilap bicara atau tersakiti hati sesiapa sye mohon maaf.. sekadar menyuarakan pandangan sbg seorang dentist beristerikan MO dan punye rakan-rakan baik MO lelaki.. maaf sekali lg..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
    Sesungguhnya Allah lah yang maha mengetahui segala sesuatu dan kitalah yang tidak tahu dan sering salah menilai. Sesungguhnya Allah telah menetapkan suatu hukum dan Dia lebih mengetahui mengapa hukum itu dibuat, tapi yang pasti ia memang sesuai dengan fitrah kita, manusia. Janganlah kita sekali2 hendak mengubah Islam mengilut kesesuaian sistem kuffar tetapi ubahlah sistem kuffar kepada sistem Islam kerana ianya dari pemilik alam ini..
    Saya telah menjadi Mo O&G selama 6 tahun dan amat faham kesibukan yang dialami doktor sekalian.Maka janganlah atas dasar kesibukan itu kita mencari2 alasan untuk mengubah hukum Allah. Ketahuilah kita bahawa kita sudah duduk dalam sistem perubatan Barat yang mengasingkan Tuhan dari amalan kita seharian terhadap pesakit.
    Bagaimana kita boleh memegang prinsip bahawa proses bersalin perlu dilakukan di hospital? Kerana inilah sistem yang diajar hampir 100 tahun sampai kita tidak tahu fitrah sebenar melahirkan.Sebenarnya proses melahirkan anak adalah proses yang harus berlaku dalam keadaan tenang dan selesa tanpa ditakut2kan dengan pelbagai komplikasi kerana ini akan merembeskan hormon2 dan neurotransmitter yang baik untuk melahirkan. Lihat surah Maryam ketika mana Maryam mengasingkan diri untuk bersalin, dan arahan Allah supaya duduk bersandar, makan kurma dan minum air sebagai remedi sebenar ketika melahirkan.Betapa kita meninggalkan ini semua dalam management kita ?

    ReplyDelete
  32. Kita tidak dapat meneka pesakit mana yang akan menghadapi komplikasi atau tidak..mengapa? Kerana kita tidak tahu dan tak ambil tahu pemakanan yang baik ketika mengandung yang dapat mengelakkan komplikasi..Doktor2 tidak tahu mengenai jenayah industri yang mana menggunakan
    bahan kimia sintetik secara meluas. Dan apabila bahan kimia sintetik ini masuk ke dalam badan, maka ia akan di kesan sebagai non-self oleh sistem imun kita lalu menghasilkan pelbagai pro inflammatory cytokines yang boleh memusnahkan sel salur darah manusia dan pelbagai lagi oxidative stress yang lain. Ketika puak kuffar memberikan kemerdekaan kepada negara kita, mereka sudah siap sedia dengan pelbagai diagnosis dan penyakit beserta dadah2 yang diyakinkan kepada kita sebagai penyembuh, namun disembunyikan sebab penyakit tersebut..mereka menyembunyikan bahaya bahan kimia sintetik walaupun dalam jumlah yang sedikit..doktor muslim sekalian, apa usaha kalian untuk menaikkan Islam setelah kalian bergelar doktor? Mengapa kalian tidak menaikkan kurma, minyak zaitun, delima sebagai makanan wajib wanita mengandung ? Tahukah kalian ubat yang kalian berikan kepada pesakit kalian adalah ubat buatan manusia dari hasil galian perut bumi..Mereka (puak kuffar) cuba meniru struktur molekul nutrient yang ada pada makanan kita dengan menggunakan unsur kimia sintetik. Zat besi yang kalian bagi akan memudaratkan pesakit kalian..tidak akan digunakan sebagai komponen hemoglobin untuk mengangkut oksigen kerana badan kita hanya menerima unsur semulajadi seperti yang dikodkan oleh Allah sebagai makanan kita..Inilah buktinya yang kita ini dicipta oleh Tuhan ..bukan seperti yang mereka fikirkan yang kita ini berevolusi dan badan kita akan berubah dan beradaptasi dengan baik terhadap bahan kimia sintetik..PIH, eclampsia dan HELLP syndrome, semuanya adalah kesan pendepositan iron sintetik ke organ2 seperti hati dan otak pada individu2 yang telah hilang gut barrier nya. Bagi mereka yang mempunyai usus yang masih baik , mereka akan muntah atau menghadapi sembelit..

    ReplyDelete
  33. Wahai doktor sekalian, penipuan dajjal ini amat dahsyat, mereka menipu kita dengan ilmu kimia dan sisitem imun kita yang kompleks..Mereka mengajar kita bahayanya kuman dan menyatakan bahan kimia sintetik mereka adalah selamat..sebaba itulah doktor masih senang hati memakan segala makanan segera di luar sana..
    Marilah kita bersama2 membuat revolusi dalam bidang perubatan ini dan jangan biarkan diri kita menjadi keldai tunggangan syarikat dadah yang bersekongkol membunuh saudara2 kita di Syria, palestin dsb..apa alasan kita di hadapan Allah kelak? Sesungguhnya saya bertaubat dengan sebenar2 taubat..

    ReplyDelete
  34. Kita harus buang model evidence based medicine yang ada dan menggantikannya dengan Aqidah based medicine kerana Aqidah adalah pembuktian yang sangat benar kecuali kepada mereka yang tidak beriman.Model evidence based tidak memberi sebarang evidence kesembuhan kepada masyarakat kita setelah diamalkan hampir separuh abad. Evidence yang sebenar adalah kesembuhan.

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah, ada juga Doktor seperti Dr. Abdullah Hamzah. Secara peribadi, saya sendiri berpendapat bahawa Islam adalah agama yang tegas menjaga maruah dan aurat penganutnya. golongan yang menentang cadangan baik supaya hanya doktor/staf wanita sahaja di labour room seolah-olah telah menutup pintu usaha ke arah pelaksanaannya pada masa hadapan. apakah tiada usaha langsung boleh dilakukan untuk pembaikan sekurang-kurangnya. bagi pihak doktor yang melihat, ya, mungkin mereka telah lali dan jelak melihat kemaluan wanita yang hendak bersalin. tapi pernahkah anda fikir pula perasaan wanita yang dilihat tersebut, tanpa daya bagi mempertahankan diri langsung, pada saat bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat?? penyesalan dan kemurungan seumur hidup, adakah anda fikir Islam membenarkan itu terjadi kepada penganutnya yang ikhlas dan tegas menjaga maruah dan aurat?? please, usahakan sesuatu, untuk masa depan. Jika 1 masa nnt dasar ini dilaksanakan, tidakkah anda ingin mendapat pahala jariah bilamana wanita bersalin tidak lagi trauma, bukan kerana sakitnya bersalin, tapi kerana perasaan ternoda dan rasa berdosa seumur hidup yang ditanggung jika auratnya yang paling terjaga selama hayat, menjadi tontonan, dan disentuh si bukan mahram...

    ReplyDelete
  36. hmmm...pada pendapat saya cadangan-cadangan di atas adalah sekiranya malaysia mmg terlebih doctor dan nurse dalam bidang O&G....mmg patut dilaksanakan...

    Tapi macammana plak kalau mmg wanita-wanita yang di dalam bidang kedoktoran ni tak berminat dengan O&G...macammana nak paksa plak?siapa yang ada hak nak paksa? ini berdasarkan feedback yang saya dapat dari kawan-kawan saya yang di dalam bidang kedoktoran ni...

    So,kepada ibu-ibu yang telah melahirkan anak perempuan, pastikan tanam dalam diri anak tu supaya besar nanti boleh jadi pakar O&G...baru masalah tuan/puan dapat diselesaikan....baru malaysia ada pakar O&G mencukupi untuk semua hospital...

    kalau kerajaan wajibkan pelajar perempuan je amik O&G...sekali yang attend kelas tu 2 orang je setahun...sampai bila-bila pun tak cukup gak kan...wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  37. hmm...pada pandangan saya masalah di atas dapat diselesaikan kalau malaysia mmg dah terlebih dortor dan bidan dalam bidang O&G ni...yang mana kita tahu belum tercapai...

    macammana pula dengan keadaan sekarang...wanita yang mengambil jurusan kedoktoran tak berminat dalam bidang O&G...siapa yang ada hak nak paksa?ini berdasarkan feedback dari kawan-kawan saya yang dalam bidang kedoktoran....

    so sesiapa yang dah melahirkan anak perempuan, tanamkan dalam diri anak tu untuk menjadi pakar O&G bila besar nanti....barulah boleh tercapai...

    kalau kerajaan wajibkan wanita sahaja yang boleh ambil jurusan O&G ni...sekali dalam setahun 2 orang je wanita yang register dalam satu kelas....tak tercapai juga hasrat tuan/puan di atas...ini bukan sahaja tugas kerajaan...tapi tugas ibu bapa dari mula....wallahu a'lam....

    ReplyDelete
  38. Kalau ada kelas khas utk wanita2 yg bukan doktor untuk sambut baby kan best. Boleh khidmat utk wanita yg lain untuk bersalin. Boleh sama2 jaga aurat (n_n)

    ReplyDelete
  39. Di kawasan rumah saya, doc swasta perempuan ialah bukan islam, doc islam yang memang terkenal di kedah ialah lelaki. Mana saya patut pilih yea?

    http://ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  40. Pernah tgk doktor lelaki yg terbeliak biji mata tgk bahagian sulit pesakit wanita....huhuhu. Saya percaya lelaki yg beriman menjaga pandangan mata, tapi yg melebih2 daripada yg sepatutnya dan mengambil kesempatan tu yg membuatkan ada wanita yg TRAUMA

    ReplyDelete
  41. infonya sangat menarik...
    mantap...

    ReplyDelete
  42. To be honest.. Masa conduct delivery kami xbernafsu langsung... Dengan bau yg kurang menyenangkan.. Tp sbb tanggungjawab.. Insyaallah mungkin hasrat tuan/puan yg mahu doctor o&g perempuan akan tercapai.. Tp bila nurse perempuan yg basuh berak ayah kita, xde pulak yg complaint.. Masing2 senyap je.. Sbb takut kena basuh kan.. Hagaga typical malaysian

    ReplyDelete
  43. Pengalaman saya, boleh saja request doctor wanita merawat. Mmg takde masalah pun. Cuma masalah bila 'timing' tak betul. Time emergency, hanya doktor lelaki yg bertugas. Time tu, namanya pun emergency kan... Isu aurat ni, bukan sahaja kemaluan, aurat wanita ni... Kalau tak berstokin pun, jgn kita bincang aurat lain lah ye...

    Tetapi! Ada kes doctor lelaki mengambil kesempatan ketika merawat wanita, dan terbawa2 keluar hospital hingga ada 'affair' dgn wanita tersebut (ni berlaku di Malaysia ye, dan saya kenal mereka). Pada pendapat saya, isu ini bukan kerana dia seorang doktor. Isu sebegini kerana dua2, gatal. Dan... Dua2 tidak menjaga aurat & pergaulan. Takkan bertepuk sebelah tangan kan... Ha.. Aurat bukan saja masa bersalin, masa kerja di office wanita lelaki berjenaka, gelak2 bersama... Itupun isu semasa. Tak dayus ke suami yg benarkan isteri dia buat mcm tu semua? Eh panjang cerita.

    Kesimpulan nya... Hospital Gomen, bole request doctor & nurse perempuan ketika bersalin. Kalau dalam kes emergency sahaja, mereka tak dapat jamin boleh memenuhi permintaan (ni pengalaman saya sendiri ye).

    Hospital swasta, memang no problem... Tetapi, dlm kes saya mengalami complications, swasta refer gomen juga... Emergency lah jadinya.

    Banyakkan berdoa. Minta Allah hijabkan kita. Allah lebih berkuasa... Makhluk ikhtiar.

    ReplyDelete
  44. Sedih dengan gejala islaminazi(maaf jika terpaksa guna perkataan nazi) dan talibanisasi yang semakin menggila dalam masyarakat melayu muslim moden sekarang...Prof mungkin tiba masanya kerajaan mengharamkan golongan lelaki daripada mengambil kursus perubatan dan pembedahan memandangkan masyarakat kita telah menjadi lebih arab daripada arab sendiri dan tiada istilah toleransi atau darurat, rakyat kan raja serta membayar gaji pegawai kerajaan termasuk para doktor bukan.......

    Jika permintaan yang mementingkan diri sebegini dibuat di luar negara, mungkin anda akan dihalau dari klinik atau hospital serta merta, fikirkanlah

    ReplyDelete
  45. Dalam OT room pun sebenarnye dan sepatutnye pembantu yg buat skin prep or wat ever prep mesti dilakukan oleh sesama jantina... saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri sbb kebetulan saya bertugas utk tukar monitor dalam OT room terlihat pembantu lelaki sedang melakukan proses mencukur ke atas pesakit wanita .. saya rasa janggal melihat keadaan tu tp ntahlah.... just my 2cents opinion....sgt tak wajar.

    ReplyDelete