Amanat khas buat 203 orang bayi sulungku MD(UKM) batch 2010...

>> Wednesday, April 7, 2010

Salam,

Berita ni dah seminggu lambat, namun hanya mampu menukilkan dalam blog ni bila dah sampai kembali ke Malaysia. Masa kat Cape Town tu, sikit punya homesick bila nak ketuk keyboard nak update pasal berita gembira ni. Jadi Prof. Har buat decision - I will only write bila ada rezeki balik semula di KL. Alhamdulillah, selamat sampai pagi tadi. So here goes....

Tepat jam 10.20am waktu Cape Town ( 4.20pm waktu Malaysia) hari Rabu 31 Mac 2010 ,masa Dr.Har tengah tunggu bagasi kat Airport Cape Town, first sms masuk - berdebar-debar nak baca : pertama datang dari Naim Yaacob - mengkhabarkan keputusan MD(UKM) yang baru diumumkan, dah boleh panggil saya Dr. Naim ( antara yang ditulis dalam sms tu), tak lama kemudian, dapat sms dari jiran di Damai Bakti, Cikgu Noraini ibu pada Nora Saliza, memberitahu keputusan Dr. Nora dan menyampaikan ucapan terima kasih, lepas tu bertubi-tubi satu demi satu sms masuk ke handphone Prof. Har yang berada ribuan kilometer jauhnya dari tanahair. Airmata bergenang membasahi pipi, sampai pelik orang kat sebelah yang tengah berkumpul menunggu bagasi.

Saat kelahiran sudah tiba - anak-anakku yang telah sekian lama kukandung dalam rahimku yang besar ini - selama lima tahun, kubelai, kutatang, kudoakan, kutangisi dan kuiringi dengan harapan seorang ibu, moga tiada yang lahirnya tidak sempurna terutama dari aspek akhlak dan moralnya!

Kini 203 orang anak-anakku sudah bergelar Dr. dipangkal nama masing-masing. Kemudian akan bertaburan masing-masing, mengisi jawatan doktor siswazah di hospital-hospital kerajaan di seluruh pelusuk tanahair. Waktu penuh cabaran, airmata dan keringat. Mudah-mudahan mereka tidak lupa dengan bekalan yang telah dititipkan.

Ada beberapa orang anakku yang masih belum tiba masanya untuk menetas - jangan berduka, tambahan enam bulan itu adalah pengukuhan yang kadangkala perlu untuk membuat kita lebih baik dan layak dipanggil Dr.

Ku cari-cari dalam FB masing-masing, foto-foto merakamkan saat kegembiraan mereka, begitu girang sungguh wajah yang ada. Mohon izin, Prof. Har copied sekeping untuk jadi kenangan abadi. Jangan marah yer, jangan saman kerana tak dapat copyrights. Sesungguhnya, Prof. Har hanya ingin menumpang bangga.

Pergilah anak-anakku, sebarkan sayapmu, betapa rakan-rakan housemen yang lain amat menanti kehadiran kalian, graduan UKM yang akan menjadi rujukan, pimpinan dan contoh teladan bagi mereka. Betapa para consultants dan pakar mengharap kelainan yang menyerlah, di celah-celah kebanjiran puluhan HO yang ada memenuhi jabatan-jabatan mereka. Kalau ada yang tidak kena, anggap itu cabaran yang pasti ada jalan keluarnya. Susah sedikit tak mengapa, bukankah Prof. Har selalu berpesan - kepayahan hidup dan kesakitan adalah GURU yang paling berkesan mendidik kita menjadi insan yang berguna.

Sekiranya sudi, ambillah secebis dari diri Prof. Har ini untuk kalian jadikan bekalan. Di saat-saat buntu menguruskan emosi yang tertekan, terguris dan terluka - cuba tanyakanlah dalam diri : Kalau Prof. Har yang lalui perkara ini, apalah yang agaknya dia akan lakukan? Jadikanlah jawapannya sebagai panduan, boleh dijadikan antara pilihan utk. membuat keputusan. Sesungguhnya, lima tahun kalian membesar dalam rahim Prof. Har, sudah cukup lama utk. mengenal dan menduga apa tindakan yang akan diambil oleh `ibu @ ummi' kalian ini. Sekiranya itu tak cukup, I am just a phone call away. Ada laluan ekspres utk. kalian dalam hati Prof. Har..................Moga kita bertemu lagi, bila kalian kembali meneruskan pengajian kepakaran kalian kelak - first batch of postgraduates from batch 2010 should be in by 2013, InsyaAllah. I'll wait for you at the faculty, InsyaAllah.


`Ummi' kalian : Prof. Har

12 responses:

alialalala April 7, 2010 at 1:36 AM  

insyaAllah prof Har
terima kasih utk segalanya
halalkan segala ilmu,masa,tenaga, nasihat2 prof
doakan kami mampu memegang tanggungjawab yg besar ini
insyaAllah
:)

-Dr Fairuz Alia MD(UKM)

naim_yaakob April 7, 2010 at 7:19 AM  

Bergenang air mata membaca tulisan prof.
terima kasih atas kasih sayang, ilmu dan tunjuak ajar selama ini.
takde ape yg boleh membalas jasa prof dlm mendidik kami melainkan jannah, mudah-mudahan Allah memperkenankan prof utk dimasukkan bersama para syuhada' and solihin.
teruskan berkorban prof..biar pun terkadang terbeban.
insyaAllah..Allah akan akhiri hidupmu dengan senyuman dan ketenangan..
Doakan sy dan kawan2 prof..jadi doktor yang cemerlang, dan yang lebih penting, terus berdoa, moga dapat bertemu di jannatul firdausi a'la.

Unknown April 7, 2010 at 10:08 AM  

thank you, prof! it's really a touch entry. i really dun know how to show my gratitude. i think i will try my very best to be a holistic doctor. your word will be always in my cerebrum. thank you!

Edwin T April 7, 2010 at 10:15 AM  
This comment has been removed by the author.
Unknown April 7, 2010 at 10:43 AM  

salam Prof,

jutaan terima kasih yang tak terhingga atas segala pengorbanan prof selama 5 tahun membawa kami ni prof. I know it's not as easy as it may look, but pengorbanan prof, nasihat2 prof, perit getir prof & kesabaran prof membimbing kami akan sentiasa sy bawak sampai akhir hayat. InsyaALLAH, sy akan cuba sehabis boleh untuk bawak amanat ni dengan baik.

Prof, maaf saya takde number prof nak mesej right after dean sebut nama sy aritu. saya harap sangat dapat jumpa prof before sy balik perak ni. Thanks for everything ummi. Hanya ALLAH yang mampu balas jasa mu sepanjang sy menjalani hidup kat medical school ni. Doakan saya ya prof jadi doctor yang selamat, baik dan dapat apa yang saya cita2kan. + doakan saya cepat kawen. =) sayang prof!!!

Chia Yee April 7, 2010 at 3:38 PM  

Thank you so much Prof, for putting endless effort and support in nurturing me and the rest of us to be humble and holistic doctors. Every bit of your wishes, hopes and care will remain as part of my driving force in achieving my goal in future. And thank you again for the express lane Prof had created for us. It is an honor to have Prof as my mentor.


Chia Yee

KV April 7, 2010 at 10:38 PM  

Thank you very much for everything, prof har.

From one of ur newborn child

mYshah April 9, 2010 at 10:30 AM  

Prof, trima kasih banyak2 prof atas tunjuk ajar dan kasih syg prof. smoga Allah memberi balasan berlipat2 ganda kepada prof. thanx a lot prof. insyaAllah kita akan berjumpa lagi kelak.

mfk April 11, 2010 at 12:38 PM  

Salam prof Harlina...
Saya nak ucapkan terima kasih byk2 atas segala ilmu & tunjuk ajar prof..
segala penat lelah...
akhirnya,
kami "anak2" ini telah dilahirkan dengan selamat.. =)
tapi kami akan memasuki ke alam lain pula...
harap2 xde developmental delay..
dan masih perlu berusaha untuk ke arah itu..
doakan kami prof..
again;
terima kasih prof harlina

alhafizsyed@gmail.com April 12, 2010 at 11:24 PM  

Assalamu'laikum wbt,
thanks a lot Prof Harlina,
Alhamdulillah, seronok tengok abang2 dan kakak2.

InshaAllah ade rezeki we'll also be there within 4 year time inshAllah,

Terima kasih atas nasihat/motivatisi/teguran/tunjuk ajar yang diberikan.

Semoga Allah membalas sebaik-baiknya, Jazakillahughairan

- syed -

Dr Har April 13, 2010 at 2:34 PM  

Salam

Ni Syed Alhafiz ker? Yep, I'll be waiting to give birth to you all pulak in the year 2014 InsyaAllah.

Prof.Har

alhafizsyed@gmail.com April 13, 2010 at 9:56 PM  

yer saye,Syed Alhafiz:-),InshaAllah,
semoga Allah permudahkan,

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP