Salam Perkenalan

>> Tuesday, April 21, 2009

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Mendapat pendidikan awal di SRK Sri Utama Sungai Besar, sebelum melanjutkan pelajaran menengah ke Sekolah Seri Puteri (SSP) Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur. Berkelulusan ijazah Doktor Perubatan UKM (1991) dan Sarjana Kepakaran Obstetriks & Ginekologi UKM (1997). Sekarang bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan di Fakulti Perubatan UKM dan Pakar Perunding O&G di Pusat Perubatan UKM (PPUKM).

Beliau merupakan Pengerusi Pembangunan Sosial dan Naib Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia. Pernah menyandang jawatan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) [1999 – 2009) dan Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH) [2009 – 2011].

Antara anugerah yang pernah diterima ialah Anugerah Siti Khadijah, sempena Maulidur Rasul 1432H, Negeri Selangor (2011), Anugerah Pengajar Cemerlang (2010 & 2009), Anugerah Khidmat Masyarakat (2010,2007,2004), Pencalonan Great Women of Our Times, Malaysian Women Weekly (2009), Anugerah Khidmat Cemerlang UKM (2000), Anugerah Graduan Cemerlang Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) (1991), Pelajar Terbaik SPM , Sekolah Seri Puteri (1983) dan Pelajar Terbaik Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, SRK Sri Utama (1979).

Selain itu, Dr Har sering muncul memberikan pandangan beliau di media massa dan laman sosial. Antaranya sebagai tetamu jemputan di rancangan TV ( ASTRO Awani, ASTRO Prima, TV AlHijrah, TV9, TV3, NTV7, TV Selangor, RTM) dan radio ( IKIM.fm, KL.fm). Beliau telah menulis beberapa buah buku – Citra Wanita Kontemporari (2009), Bicara mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja (2007), Minda Wanita di Jalan Dakwah (2006) dan menjadi kolumnis dalam beberapa buah majalah seperti SOLUSI, Majalah I dan ANIQAH. Aktif juga menulis dalam blog : drhar.blogspot.com serta mengemaskini laman Facebook (Friends of Dr Harlina Halizah Siraj).

Dr Har merupakan isteri kepada Ustaz Zulkifli Ahmad serta ibu kepada empat orang cahaya mata.


















Dr Har boleh dihubungi menerusi blogdrhar[at]gmail[dot]com.

Maklumat lanjut mengenai Dr. Har.

7 responses:

kamsiahhanapi December 13, 2010 at 7:39 PM  

salam alaik dr. har..
saya kamsiah bt hanapi student dari KUIS.
sy tertarik dengan blog n luahan tinta2 dr. Har.
bagaimana saya boleh berhubung dengan dr. har dgn lebih lanjut?
ini kerana saya ingin menjemput Dr. Har ke pogram yg julung kali saya adakan. Insya-allah, sy akan nyatakan lebih teliti lg tntg pgram trsbut seandainya mndapat mklmbalas dr dr>har.

Unknown April 7, 2011 at 10:54 PM  

as-salam Dr. saya ingin bertanya tentang haji kali ke 2 tanpa suami kerana meninggal bolehkah. Setengah kata haram. Tapi niat saya nak buat ibadat untuk diri, suami, kedua ibu bapa. Kalau tak boleh pegi mekah macamna kalu pi melancung ke tempat lain? Harap dapat penjelasan. Terima kasih banyak. wasallam.

aku dr amin May 8, 2011 at 1:11 PM  

Salam Dr Har. saya doakan moga Dr akan terus suksess dalam perjuangan NGO. saya sering mengikuti perkembangan Dr dalam isu isu yang berkaitan perkembangan islam diMalaysia selamat hari ibu untuk Dr Har ^_^

Nims Mohd Afandi July 24, 2011 at 10:52 AM  

Assalamualaikum. Dr.
saya ingin bertanya kepada doktor mengenai 'Masturbation'. saya mahu tahu lebih lanjut mengenai perkara ini. bagaimana ia bermula/dicetuskan, tahap-tahapnya, sekiranya ia berlaku apa yang patut dilakukan untuk berhenti darinya. kesannya kepada kehidupan dan fizikal seseorang yang mengamalkannya. dan hukumnya dari segi Islam - apakah situasi yang membolehkan masturbation di lakukan dan sebaliknya. semua persoalan diatas saya harap difokuskan terus kepada pengamal perempuan.
perkara ini sangat penting bagi saya dan berbentuk peribadi. ia juga tanda tolong bantu saya.
DR, di sini saya sertakan email dan no.tel saya.
nims_5394@hotmail.com
014-8325672

elynn August 23, 2011 at 2:14 PM  

Salam,

Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai tempoh haid.Sebelum ni saya dtg haid 28/07/11. Kemudian 07/08/11 suci dr haid.Pada 12/08/11 ade sedikit cecair warna coklat sblm waktu zohor kemudian mandi utk solat zohor dan seterusnya hinggalah pada 21/08/11 keluar darah coklat sakit perut mcm dtg haid. Adakah darah yg keluar itu darah haid? Berapa lama tempoh haid yg pertama hingga haid yg akan dtg?

Dr,sebenarnya sy bertanyakan soalan ini bg pihak kakak sy yg mengalami mslh seperti ini. Disini saya sertakan email dan no tel sy.. Harap doktor dpt beri penjelasan bg mslh di atas. Sekian,terima kasih.

ask_ammoxycillin@yahoo.com
No fon kakak saya : 0195685170 (Norliza)

nazurah October 18, 2012 at 12:17 AM  

assalamualaikum alaik dr. nama sy husnina hassan, timbalan presiden smf fakulti perubatan, UITM di sungai buloh. Sy ingin bertanya tentang bagaimana nak menghubungi dr untuk menjemput dr ke program kami?

terima kasih..

meknina92@yahoo.com
010-8985440

cytielovely December 5, 2012 at 10:54 AM  

Assalamualaikum Dr.Harlina,
Saya Nazratun Nafizah Binti Akhtar Husin, selaku pengetua Ma'ahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah dengan segala hormatnya ingin menjemput yang berbahagia dr sebagai panel Penceramah kami di Majlis Motivasi Ibu bapa MTSFAZ 2012 yang akan diadakan pada 10 Mac 2013.
Diharapkan Dr.Harlina dapat memberikan no telefon untuk dihubungi bagi urusan ini atau maklum balas.(mtsfaz@gmail.com)
Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP