Hari Penuh Bersejarah: Perlancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

>> Monday, June 21, 2010


Salam

Alhamdulillah, kelmarin, 20 Jun 2010 - IKRAM Malaysia dilancarkan. Seramai lebih kurang 5,000 orang menghadiri pelancaran tersebut di MIECC, Mines Balakong.

Sedikit pengenalan mengenai IKRAM Malaysia: (www.ikram.org.my)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan VisiIKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Matlamat IKRAM ialah:
1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Dr.Har diamanahkan menjadi salah seorang JK Pusat IKRAM Malaysia. InsyaAllah, akan tulis lagi....

Dr.Har

Read more...

Langkah Bermula...Doa buat MD(UKM) batch 2010

>> Sunday, June 20, 2010


Salam

Hari ini dan esok, bermulalah detik bersejarah bagi anak2 didik Dr.Har, MD(UKM) batch 2010 yang akan memulakan kerjaya sebagai doktor pelatih ( house officers) di hospital2 KKM di seluruh tanahair.

Doa Dr.Har : semoga kalian terus dibimbing dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT utk. menjalani fasa seterusnya dalam kehidupan.

Pesan Dr.Har :

1. Ikhlaskan niat di hati - bahawa profesyen ini akan jadi batu loncatan utk. mendapat redha Allah SWT.

2. Insafi, bahawa cubaan dan dugaan yang bakal dihadapi memang berat dan payah. So, jangan terkejut kalau hidup selepas ini kurang selesa, huru hara, menekan dan tertekan!

3. Layan pesakit sebaik mungkin, kerana mulai hari ini, mereka adalah fokus hidup kita. So, alang-alang macam tu, let's make friends with our patients! Do not treat them as enemies - almaklum, kerana kena menjaga mereka - kita kurang tidur, kurang rehat, kurang makan, kurang masa nak enjoy2 - silap langkah, we'll be angry - angrier and angrier with our patients as the days go by!

4. Put on a smile (even if you have to struggle to do so) whenever you step into the hospital compound. InsyaAllah, your smile will trigger other smiles as well, coming your way - and that will definitely brighten up your days.

For those starting to work in Singapore, don't forget to keep in touch. Jangan lupa, bring UKM spirit in everything you do.

Sorry sebab letakkan gambar enam orang doktor ni jer, I hope you all do not mind.

Tu dulu.

Love you all

Prof.Har

Read more...

Sambutan Hari Ibu 2010

>> Thursday, June 17, 2010


Salam

Bahagia sungguh tahun ni, bila Dr.Har dan Ustz Zul menyambut Hari Ibu pada 9 Mei 2010 bersama kedua bonda kami serentak - kebetulan Bonda Hjh Ramlah ( emak Dr.Har) turut bersama kami berziarah pulang menemui Bonda Hjh Haspah di Baling, Kedah pada 7 Mei yang lepas.

Bahagia bila dapat menyampaikan hajat kedua insan yang amat banyak jasanya kepada hidup kami, Alhamdulillah.

Ya Allah, anugerahkanlah sebaik-baik ganjaran buat insan bergelar ibu - sesungguhnya tiada yang setanding kasih sayang dan doa mereka....Masukkan mereka berdua dalam JannahMu yang mulia......Amin


Dr.Har

Read more...

MARS 2010


Salam
Alhamdulillah, sempat juga mengetuk keyboard ni utk. buat 2 bulan punya update.

Tak pe, buat ringkas punya input kira ok.

I need to go back as far as 2nd May - Alhamdulillah, masa tu Raudhatus Sakinah berjaya anjurkan Malam Amal RS (MARS) 2010 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Tahniah pada K.Ros dan team, semua meja terjual, VVIP datang dan pergi dgn senyuman. Semoga tercapai semua objektif MARS 2010.

Yang paling best, Briged Putra RS selamat dilancarkan - syabas Amirul & Yusri. Briged ni kena dipertingkatkan fungsi dan peranannya, InsyaAllah!

Terus gigih dgn kempen Anda Bijak Jauhi Zina........

Dr.Har

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP