Promosi Buku Citra Wanita Kontemporari - PWTC 250409

>> Monday, April 27, 2009

Alhamdulillah, Allah SWT memberikan keizinan-Nya, memberikanku peluang berupa modal yang lima - keHIDUPan, keLAPANGan,KeMUDAan ( 43 years is still MUDA & BERTENAGA!),keSIHATan dan keKAYAan - Alhamdulillah sekali lagi.

Sesungguhnya ya Allah, Engkau Maha Kaya, sedangkan hamba begitu BERKEHENDAK dan MEMERLUKAN-Mu!

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas 250409, sekitar jam 12.30 - 2.30pm, Dr.Har berkesempatan bersama-sama tiga orang lagi penulis JIMedia : Prof Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, Pak Utih ( Hj Ahmad Shafiai) & HAMDY ( Hj Harun Yusuf) mempromosikan buku kami yang baru terbit di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Suasana pesta memang terasa dengan kehadiran ribuan pengunjung - tua muda, besar, kecil - ibarat dalam Hikayat Melayu : sibuta datang bertongkat, si tua datang bertuntun. JIMedia yang berada di gerai READ network dah seminggu berkampung di PWTC sejak 17 April.

Gembira melihat begitu ramai yang mencintai buku. Berbunga hati melihat ibu ayah mengiringi anak-anak yang nampak teruja melihat buku menarik yang berwarna-warni. Semua jenis buku ada untuk selera semua yang datang!

Alhamdulillah, adalah sekitar sepuluh buku Dr.Har yang terjual dalam tempoh dua jam tu, satu permulaan yang baik. Setuju benar dgn pendekatan JIMedia, menerbitkan buku yang tipis - harga tak lebih RM10 namun mudah dan cepat dapat dihabiskan oleh pembaca. Mengambil pendekatan buku-buku Siri Bebaskan Palestin, diharapkan buku Citra Wanita Kontemporari (CWK) dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang membaca!

Apa yang ada dalam CWK? Tungguuu............InsyaAllah, dalam posting yang akan datang yer!

Dr.Har
Alam Damai
270409

Read more...

Salam Perkenalan

>> Tuesday, April 21, 2009

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Mendapat pendidikan awal di SRK Sri Utama Sungai Besar, sebelum melanjutkan pelajaran menengah ke Sekolah Seri Puteri (SSP) Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur. Berkelulusan ijazah Doktor Perubatan UKM (1991) dan Sarjana Kepakaran Obstetriks & Ginekologi UKM (1997). Sekarang bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan di Fakulti Perubatan UKM dan Pakar Perunding O&G di Pusat Perubatan UKM (PPUKM).

Beliau merupakan Pengerusi Pembangunan Sosial dan Naib Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia. Pernah menyandang jawatan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) [1999 – 2009) dan Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH) [2009 – 2011].

Antara anugerah yang pernah diterima ialah Anugerah Siti Khadijah, sempena Maulidur Rasul 1432H, Negeri Selangor (2011), Anugerah Pengajar Cemerlang (2010 & 2009), Anugerah Khidmat Masyarakat (2010,2007,2004), Pencalonan Great Women of Our Times, Malaysian Women Weekly (2009), Anugerah Khidmat Cemerlang UKM (2000), Anugerah Graduan Cemerlang Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) (1991), Pelajar Terbaik SPM , Sekolah Seri Puteri (1983) dan Pelajar Terbaik Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, SRK Sri Utama (1979).

Selain itu, Dr Har sering muncul memberikan pandangan beliau di media massa dan laman sosial. Antaranya sebagai tetamu jemputan di rancangan TV ( ASTRO Awani, ASTRO Prima, TV AlHijrah, TV9, TV3, NTV7, TV Selangor, RTM) dan radio ( IKIM.fm, KL.fm). Beliau telah menulis beberapa buah buku – Citra Wanita Kontemporari (2009), Bicara mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja (2007), Minda Wanita di Jalan Dakwah (2006) dan menjadi kolumnis dalam beberapa buah majalah seperti SOLUSI, Majalah I dan ANIQAH. Aktif juga menulis dalam blog : drhar.blogspot.com serta mengemaskini laman Facebook (Friends of Dr Harlina Halizah Siraj).

Dr Har merupakan isteri kepada Ustaz Zulkifli Ahmad serta ibu kepada empat orang cahaya mata.


















Dr Har boleh dihubungi menerusi blogdrhar[at]gmail[dot]com.

Maklumat lanjut mengenai Dr. Har.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP