Hari Penuh Bersejarah: Perlancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

>> Monday, June 21, 2010


Salam

Alhamdulillah, kelmarin, 20 Jun 2010 - IKRAM Malaysia dilancarkan. Seramai lebih kurang 5,000 orang menghadiri pelancaran tersebut di MIECC, Mines Balakong.

Sedikit pengenalan mengenai IKRAM Malaysia: (www.ikram.org.my)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan VisiIKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Matlamat IKRAM ialah:
1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Dr.Har diamanahkan menjadi salah seorang JK Pusat IKRAM Malaysia. InsyaAllah, akan tulis lagi....

Dr.Har

3 responses:

Mashizaki Keikan June 22, 2010 at 8:58 AM  

Apakah pula yang bakal terjadi kepada JIM selepas ini?

Hmmm...

malimputih July 11, 2010 at 3:58 PM  

Saya pun tertanya-tanya gak after nearly 20 years JIM berjuang, it went just like that......

Mashizaki Keikan July 15, 2010 at 2:51 PM  

Satu perkara yang kena jelas ialah, IKRAM bukan bermula dari 0. Dan sepanjang 20 tahun JIM bersama masyarakat, amal JIM tidak sia-sia.

Cuba baca artikel di blog saya berkenaan dengan IKRAM di link berikut:
http://atmkeikan.blogspot.com/2010/06/pertubuhan-ikram-malaysia.html

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP