Alhamdulillah, I am back!

>> Wednesday, May 27, 2009

Salam

Alhamdulillah, I am back! Still in one piece, after 11 grueling hours of bas trip from PPUKM in Cheras to Kem Bina Negara Kuala Besut, in a convoy of 8 buses - transporting 272 students and 20 lecturers! Aha, I came back to KL by AirAsia on Friday, 22 May.

The very same night, travelled another 6 hours up north to Baling, to get to Alor Setar on time for Syifa's Hari Idul Ilmi in Maktab Mahmud!

As what Ustaz Zul said, within one week, I have travelled through Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Selangor ! MasyaAllah.

Having trouble with my external drive to retrieve the photos. InsyaAllah, will soon equip you all with them once everything is okay.

BTW, I am going to a High Level Policy Dialogue on Increasing Access to reproductive Right to Contraceptive Information and Services at the Summit Hotel today! InsyaAllah, will tell you about it soon.

Dr.Har

Read more...

Out-of-office notice : 18-260509

>> Monday, May 18, 2009

Salam

InsyaAllah, Dr. Har akan mengiringi pelajar perubatan Tahun 3 menjalani Kem Modul Perkembangan Kendiri dan Profesionalisme (PPD) ke-2 di Kem BTN Kuala Besut T'ganu.

Mereka akan berada di Kem Kuala Besut dari 18 - 22 Mei. Program 90% mengikut silibus kurikulum Fak Perubatan UKM, BTN akan beri 2 kuliah dan mengendalikan KEMBARA ( Jungle-trekking).

Dengar cerita Kem Besut ni cantik - tepi pantai. InsyaAllah, akan menulis lagi.

Pergi naik bas UKM, balik kena naik Air Asia sebab nak gi balik Kedah pulak - 23 Mei adalah Hari Idul Ilmi Maktab Mahmud Alor Setar, a very special day for Syifa' Hana, anak sulong Dr.Har - InsyaAllah, dia akan dapat hadiah cemerlang PMR 2008.

Walaupun mungkin blog ni tak dapat nak update dalam seminggu ni, my heart is forever with you all.

Dr.Har

Read more...

Mirena Academy Indonesia 2009 - 100509

>> Thursday, May 14, 2009

Salam

This is the second session on Mirena ( LNG-IUS : an intrauterine system for contraception) that I am involved in within two weeks. After the 5th Asia-Pacific Mirena Academy in Kuala Lumpur on 300409, I was speaking to about 100 Indonesian O&G specialists in Yogjakarta - topic of my talk : Counselling for Mirena Users - General & Islamic perspectives.

The main concern for the doctors is dealing with the irregular pervaginal bleeding that might be experienced by the Mirena users - as regards to whether it is haidh or istihadhah.

Alhamdulillah, kesedaran para doktor utk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas hukum fiqh sejak kebelakangan ini amat menggalakkan. Keperdulian ini amat bermakna, agar perkhidmatan kesihatan dan perubatan sentiasa diberikan dengan tahap kepekaan yang tinggi terhadap sosio-budaya dan amalan beragama para pesakit.

I am grateful to Allah SWT who has opened the door for me to step out of Malaysia and share my experience with others.

InsyaAllah, on 5-7th June, will be in Beijing for the second Asia-Pacific Mirena FORUM pulak, as a speaker cum trainer. Will keep you all updated on this trip, InsyaAllah.


Dr.Har

Read more...

Yogjakarta Trip 08-100509

Salam

Alhamdulillah, bersama suami Ustz Zul, Dr.Har berkesempatan menjejakkan kaki ke Kota Gudeg - Yogjakarta.

Dengan pengembaraan memenuhi undangan Bayer Schering Pharma (BSP) Indonesia menjadi speaker dalam Indonesian Mirena Academy 2009 di Hotel Melia Purosani, lengkaplah siri lawatan Dr.Har ke semua bandar di Pulau Jawa yang menjadi destinasi AirAsia - Jakarta, Bandung, Surabaya, Solo dan terakhir ini Yogjajakarta.

Yang menarik, kerana Dr.Har punya `roots' dari this part of Java Island, of course, boleh ngomong2 dan faham apa yang sedang dibicarakan oleh penduduk tempatan. I feel very much at home.

Hospitaliti staf BSP, memang amat baik sekali. Hari Sabtu 090509 - kebetulan juga Hari Wesak, kami putar2 di bandar Yogja sahaja, memandangkan Candi Borobudur di tutup utk. memberi laluan upacara khusus sambutan Wesak. So, Dr.Har sempat melawat Kraton - Palace of Sultan Haemangkubuwono yang diasaskan dari tahun 1756. Now, Sultan Haemangkubuwono ke-X : menjadi pemimpin Yogja dan terbabit sama dalam PEMILU baru-baru ni.

InsyaAllah akan tulis lagi..........


Dr.Har

Read more...

KENYATAAN MEDIA Wanita JIM: Perutusan Hari Ibu 2009

>> Saturday, May 9, 2009

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Berikut adalah kenyataan media yang telah di keluarkan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj yang telah berlangsung di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati pada 8 Mei 2009. Kenyataan ini dikeluarkan sempena Sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada 10 Mei 2009. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada kenyataan media ini.

Terima Kasih


KENYATAAN MEDIA Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Sempena Sambutan Hari Ibu 2009
8 Mei 2009

PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL

Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.

Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.

Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang dan akan terus menumpahkan airmata kesedihan, menangisi anak-anak kesayangan mereka yang terbabit secara langsung dalam jenayah dan gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak, nilai dan moral segelintir generasi muda hari ini. Masyarakat amnya hanya cenderung menuding jari menyalahkan ibu dan bapa yang dikatakan gagal mendidik anak-anak menjadi manusia berguna. Para ibu yang malang ini juga sentiasa tertanya-tanya, di manakah kesilapan mereka mendidik anak-anak ini, yang asalnya ibarat kain yang putih bersih. Entah bila dan bagaimana anak yang dibesarkan itu berubah menjadi agen perosak masyarakat yang mengancam ketenteraman dan kesejahteraan orang lain!

Wanita JIM akur sesungguhnya tiada penyelesaian simplistik dan jawapan yang mudah kepada permasalahan yang kompleks ini, yang dicetuskan oleh pelbagai faktor yang saling berkaitan. Namun hakikatnya, perubahan struktur keluarga moden dan pegangan nilai yang menjadi batu asas institusi kekeluargaan hari ini, sememangnya mempunyai kesan yang amat ketara kepada perkembangan anak-anak generasi muda Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pembabitan ibu ke dalam sektor kerjaya di luar rumah sebenarnya mengurangkan peruntukan masa, tenaga dan emosi para ibu untuk menguruskan keluarga dan rumahtangganya. Dari menjadi ibu yang sepenuh masa berada di rumah memberikan tumpuan kepada keluarga, ibu bekerjaya kini perlu pintar mencari ruangan masa berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Walaupun kebanyakan ibu bekerjaya begitu komited terhadap keperluan dan tuntutan keluarganya, mahu tidak mahu tanggungjawab memikul amanah di tempat kerja sering men`curi’ tumpuan dan me`misah’kan wanita dari keluarganya. Anak-anak di pelbagai peringkat usia pula sentiasa memerlukan bimbingan yang khusus untuk menjamin pertumbuhan jasmani, minda, emosi dan spiritual yang sihat.

Perkembangan mutakhir mengenai gejala sosial dan jenayah yang membabitkan khususnya generasi muda hari ini, menjadi pencetus kepada lima (5) penegasan Wanita JIM seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Ibu bekerjaya mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi menguruskan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembangunan jatidiri setiap ahli keluarga terutamanya dalam membuat keputusan yang bijak mengenai kehidupan. Kerjaya tidak boleh dijadikan liabiliti, malahan mesti menjadi kekuatan utama ibu (dan juga bapa) dalam mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kepintaran menguruskan kepelbagaian dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga.

2. Ibu bekerjaya mestilah mendapat sokongan dan dokongan utama dari suami yang tidak lagi sepatutnya berada di takuk peranan sterotaip yang tradisional. Suami kepada seorang isteri yang bekerjaya harus mampu memainkan peranan aktif dan berkesan dalam membangunkan keluarga bersama-sama. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Bagi ibu tunggal yang bekerjaya, sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga mestilah mampu dijana bagi menjamin pertumbuhan keluarga yang sihat.

3. Ibu dan bapa digesa memberikan sepenuh penekanan ke atas pembinaan sahsiah dalaman anak-anak melalui penerapan nilai spiritual yang tinggi dan mantap, bermula dari dalam rahim sehinggalah mereka mencecah usia muda belia. Kecerdasan emosi dan kekuatan rohani telah terbukti menjadi perisai paling kukuh untuk membentengi manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.

4. Para majikan mestilah sentiasa peka dan responsif terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para ibu dalam membangunkan keluarga mereka, bukan semata-mata memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi sahaja. Majikan yang menjaga kebajikan pekerja mereka, khususnya yang berkaitan dengan keluarga, akan diganjari dengan komitmen dan kesetiaan yang tinggi di kalangan pekerja yang seterusnya membuahkan produktiviti dan daya saing yang tinggi.

5. Barisan kepimpinan yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara, diseru memberikan keutamaan paling tinggi kepada usaha menangani gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing. Usaha yang serius, bersepadu dan konsisten membenteras permasalahan kronik ini hingga ke akar umbinya, mestilah dimulakan di peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara, agar segala polisi dan peraturan yang dibentuk selaras dan sejajar dengan nilai kepentingan institusi kekeluargaan. Pendek kata, sebarang polisi yang menyumbang kepada penghakisan nilai dan moral, serta boleh memberikan pengaruh negatif kepada keluarga mestilah digantikan dengan polisi yang lebih bersifat mengawal dan mengekalkan keutuhan keluarga.

Ayuh segera letakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan sebelum terlambat! Sudah terlalu banyak indikator atau petunjuk dalam masyarakat kita hari ini yang membayangkan institusi kekeluargaan sebenarnya berada di ambang bahaya dan terancam.
Sempena Hari Ibu 2009, ayuh pastikan keluarga tidak akan kehilangan wanitanya dan wanita juga tidak akan mensia-siakan penghormatan menjadi tonggak keluarganya sebagai satu anugerah yang amat berharga dari Allah SWT!

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat 2007-2009

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP