KL - Baling - Kota Bharu and finally Bukit Keluang, Kuala Besut!

>> Tuesday, June 16, 2009


Salam

Kami sekeluarga bercadang nak gi holiday cum working trip for Dr.Har di Kuala Besut, serentak dgn Kem PPD 3 ( 31 Mei - 5 Jun). Plan asal nak bertolak dari KL ke KB dulu awal pagi 31 Mei, melalui Gua Musang.

Namun Allah ada perancangan-Nya yang tersendiri.

Just before maghrib 30 Mei, Ustz Zul dapat panggilan cemas dari kak Rosmah, kakaknya di Kg Ketemba, Kuala Pegang Baling, Kedah. Rupanya ayahanda Ustaz sakit sesak dada, lepas cuba mengharung air bah di belakang rumah dan dikejarkan ke Hosp. Baling.

So, plan bertukar - kami bertolak ke Baling tepat jam 9.00 malam tu, untuk menjengah Pak - yang Alhamdulillah dah boleh discharged dari observation di A&E Hosp Baling. However, urusan keluarga TOP priority, plan bercuti can wait!

Sampai di Baling, jam 2.30 am. Alhamdulillah, terasa sangat Allah bersama perjalanan kami. Dr.Har memandu dari Rawang R&R sampai ke Tapah R&R. Ustaz dah sempat tidur dan rehat, terus memandu melalui Lenggong dan Gerik, crossed Banjaran Titiwangsa ke Baling. Anak-anak Syifa', Syamil dan Deena - tidur all the way.

Menitis air mata Pak melihat kami sekeluarga datang menghampirinya di tilam di bilik rumah atas, awal dinihari tu. Sambil menepuk-nepuk bahu anak lelaki kesayangannya, dia menggelengkan kepala - ` Awang, awang... kelek jugak malam-malam ni.' Emak hanya memerhatikan, namun kami terasa betapa mereka amat menghargai kedatangan kami.

Sebelum masuk tidur, Ustaz sempat menyuluh bawah pokok durian di halaman rumah, rupa-rupanya ada gugur sebutir durian! Tersenyum melerek dia masuk ke rumah membimbit durian sebesar kepala, Emak menyapa, ` Awang, memanglah pokok tu tunggu mu kelek. Dah seminggu tak gugur, malam ni jugak dia nak gugur! Bonus kami pulang meredah malam dari KL ke Baling - enam jam perjalanan!

Esok pagi, kami minta izin Pak utk. teruskan perjalanan ke KB melalui Gerik - Jeli. Pak setuju, puas nampaknya dia melihat kami, walaupun hanya sekejap saja. Tetamu datang bertali arus, bertanya khabar, berita tersebar ` Pak Lang Mat lemas dalam air banjir!' Hanya pada jam 10.30 pagi baru kami boleh beransur pergi, tu pun selepas merasa tiga biji durian tembaga dari pokok kebun dusun Pak!

Perjalanan ke KB, Alhamdulillah lancar. Sesekali berSMS dgn Dr. Nasri yang mengiringi 6 bas students dari PPUKM ke Kuala Besut. Around jam 12 noon, dapat sms - tayar bas pancit! Oh,oh - mesti lewat bebudak ni sampai!

Sampai di KB, jam 5 petang, banyak berhenti makan dan solat. Terus menuju pusat bandar, belikan tudung Mbok di sebelah pasar Siti Khadijah. Sampai di rumah Dr.Hafidzah dan Che' Rahimi, around jam 5.45pm. Dah siap makan malam - sedap betul sup tulang dan kerabunya! Sebelum maghrib, kami bertolak ke Kuala Besut.

Sampai di Bukit Keluang Resort around jam 8.00 malam. Nice chalets - we were zonked! Anak-anak kat chalet no. 104, Ummi dan Ayah di chalet 103. Gi jengok students, baru sampai around jam 9.30 malam! 14 hours of trip - how tiring. Program taklimat malam tunda ke esok pagi.

Returned to resort yang terletak tak sampai 1 km from the camp around 11pm. Semua dah selamat dibuai mimpi...........Alahmdulillah, semua dah selamat sampai. Kem PPD 3 , here we come.



Dr.Har

1 responses:

Unknown September 15, 2009 at 12:43 AM  

Salam.
Prof, tayar tu bukan setakat pancit..tapi meletup!

Yang kelakarnya, ada yg tertidur sebelum kejadian, masih tidur semasa kejadian dan terus tidur hingga bas berjalan semula.

Kenangan indah zaman belajar..

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP