Catatan Musafir ke bumi Andalusia, Malaga Sepanyol 300809 - 020909
>> Tuesday, September 15, 2009
Salam
Berkongsi sedikit catatan perjalanan Dr.Har ke bumi Andalusia pada minggu pertama Ramadhan lalu.
Dengan misi membentangkan kertaskerja mengenai Kem PPD di Annual Meeting of Assoc. of Medical Education of Europe AMEE 2009, Dr. Har memulakan permusafiran pada awal pagi 300809 - dengan penerbangan MAS ke Frankfurt seblum meneruskan perjalanan ke destinasi -sebuah bandar pelabuhan Malaga, di selatan Sepanyol.
Ini trip kedua ke Sepanyol, selepas ke Barcelona pada tahun 2006 lalu. Kali ini, Dr. Har lebih dapat menggambarkan bagaimana keadaan Sepanyol, cuma agak sedikit berdebar utk. menjejakkan kaki ke bumi yang pernah didiami oleh jutaan mukmin selama lapan ratus tahun lamanya, menjadi bumi yang terang dengan bukan hanya lampu2 di jalanan di kota2 Andalusia, malahan juga bersinar dengan tradisi ilmu dan hasil kajian baru.
Namun, sebaik menjejak kaki ke bumi Malaga, hati jadi amat-amat sayu ..........
1. Tiada langsung dirasai kehadiran Islam, apatah lagi suasana Ramadhan di kota Malaga. Masih panas kering dengan suhu 35-37 darjah Celcius, berpuasa di Malaga memang hampir sampai 15 jam ( Fajr 0619hrs - iftar 2047 hrs).
2. Berasa amat keseorangn apabila masih berpuasa, walaupun rakan segama khususnya dari Middle East, rata-rata mengambil ruksyah bermusafir - makan secara terbuka di dining hall, Palacio de Ferias y Congresso, di bahagian section `Special Diet requirement'. Dr. Har singgah sekejap mengambil buahan segar seperti peach dan yughort sahaja utk. hidangan beriftar, memandangkan yuran sebanyak EURO 435 yang dibayar termasuk makan tengahari.
3. Cathedral dan church di seluruh pelosok kota. Dari jendela bilik hotel, nampak menara bersalib Cathedral yang tua di Malaga. Dua buah gereja amat berdekatan membarisi lorong kecil ke hotel Ibis Centro Malaga Ciudad yang Dr.Har diami sepanjang empat malam di sana. Mungkin kita boleh bangga melihat gereja yang diubah menjadi masjid di beberapa tempat di dunia ini, namun sekiranya anda ke Andalusia di Sepanyol, jangan lupa - bahawa kebanyakan gereja tua yang ada, kemungkinan besar diubah daari sebuah bangunan masjid dulunya!
Dr.Har tak sempat ke Alhambra di Granada, atau The Great Masjid di Cordoba. Namun kesugulan di hati memaksa Dr.Har bermunajat di malam ramadhan - menangisi kejatuhan empire Muslim di Sepanyol. Di manakah kesilapan utama, hingga umat yang begitu hebat akhirnya pupus...................
Tu dulu, ada ambik sikit jer gambar. InsyaAllah, akan update lagi.
Dr.Har
1 responses:
keep updating ye makcik har~
Post a Comment