A VERY PLEASANT SURPRISE sempena Maal Hijrah 1432H

>> Wednesday, December 8, 2010

Salam

Tahun baru Hijrah 1432 telah tiba, meninggalkan tahun 1431H dalam kenangan. Moga kita semua beroleh ganjaran setimpal dgn apa yang telah kita usahakan di tahun lepas, dan diberi Allah kekuatan utk. meningkatkan amal dan keikhlasan di tahun baru yang membawa seribu harapan dan azam.

Pagi ni, bila masuk kerja, Dr.Har dapat a VERY PLEASANT SURPRISE : a beautiful BLUE envelope in my pigeonhole. Dengan penuh debaran dan tanda tanya, Dr.Har buka sampul tu, dan mendapati a very cheerful ORANGE card inside.

Reading the beautiful long poem inside, immediately brought tears to my eyes. And I thank Allah SWT for giving me this opportunity and honour to be a TEACHER to these remarkable students - akhawat final year KARISMA PPUKM : ANIZA, DALILA, AIN, NAZHIRAH, DALILAH, SAIDAH, NADZIRAH, SYAHIDA, ZALIKHA, HUSNA.

JZKK anak-anak didikku, I am honoured to be your teacher and hopefully, a murabbiyah as well, for the rest of your lives, InsyaAllah. You all occupy a very special place in my heart! Praises be to Allah!!

Dikongsikan bersama catatan sajak yang cukup indah,( untuk siapa yang menukilkannya, tabik spring from Prof. Har - sumber asal)

Saban hari aku memerhatikan
Langkah-langkah menutup kepenatan,
Wajah-wajah memberikan keceriaan,
Suara-suara yang membawa kebahagiaan,
Daripadamu wahai guru yang aku cintakan

Sungguh, guruku
Kau adalah jiwaku
Bunga-bunga mekar yang tumbuh dalam hatiku
Kaulah ibu, kaulah bapa,
mendidik penuh tabah tanpa mengungkit jasa
Tulus memroses diriku yang banyak kerenahnya
membesar, membesar dan aku membesar
di bawah dodoian cinta dan kasihmu yang ikhlas kerana-Nya

Guruku, kau adalah jiwaku
kau kenalkan aku kepada Allah
membawa aku kepada sunnah Rasulullah
menghidupkan hatiku dengan Islam
dan mengajarku agar hidup sebagai hamba dengan penuh amanah
aku takkan lupa, aku takkan sesekali lupa
apa ilmu yang engkau tumpahkan
apa kasih yang kau curahkan
semuanya terpatri kemas dalam jiwa

Guruku
Jika aku mampu
inginku terbang di awanan
memetik gugusan bintang sebagai hadiah tanda penghargaan
namun aku sedari
hatta jika aku mampu membeli seluruh dunia ini
tiada mampu untuk membalasa jasamu guru
denganmu aku mampu berjalan
denganmu aku mampu terbang
menggapai apa yang aku cita-citakan
mendapat apa yang aku hajatkan

Guru, sungguh kaulah jiwaku
Akan kubalas usaha dan penat lelahmu
akan kubayar perit dan jerihmu
dengan menjadi hamba yang bertaqwa mengejar redha-Nya
dengan menjalani kehidupan yang baik di atas jalan-Nya
agar nanti aku berdiri di hadapan-Nya
dan amal-amal kebaikanku ditunjuk sebagai tanda berjaya
aku akan berkata dengan lantang dengan penuh rasa bangga dari kalbu
`Sungguh yang mendidikku ke arah ini semua adalah guruku yang bernama itu dan itu.'



Ni pula sajak pendek balasan dari Prof. Har :

Benar kata ayahanda suatu masa dahulu,
Bahawa seorang guru itu tidak akan mengumpul wang dan harta bertimbunan
Tidak akan dia mampu jadi sang jutawan, hidup mewah dalam gudang serba indah

Kerana kekayaannya dipersembahkan Allah dalam bentuk yang amat istimewa:
Pertama - dia akan terus menjadi guru kepada anak didiknya, sekalipun roh sudah lama meninggalkan badan.
Kedua - kebahagiaan melihat anak didiknya `menjadi' tidak akan mampu diukur dan dibeli oleh harta segunung selautan.
Ketiga - bekalan masuk ke kuburnya : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh/solehah - sentiasa mengalir menjadi teman persemadian.

Terima kasih ya Rabb........kerana mengizinkan aku menjadi seorang guru

Terima kasih anak-anak didikku, kerana memberi laluan utk diri ini menyentuh sedikit dari jalan hidupmu.


InsyaAllah, semoga kita dihimpunkan bersama dalam Jannah Allah sebagai ganjaran penat lelah kita di dunia yang fana ini. Amin

A very blessed soul : Dr. Har

4 responses:

saj December 8, 2010 at 6:13 PM  

Salam,
Tahniah Dr Har.

Siti Aini

SaidahMadihahHashim December 8, 2010 at 6:40 PM  

Prof, link untuk sajak di atas
http://ms.langitilahi.com/gambar-guru-sungguh-kau-adalah-jiwaku/
(akhawat PPUKM ^_^ )

Noorhidayah December 20, 2010 at 11:21 AM  

tahniah prof.. semoga ALlah sentiasa memberi kesihatan kepada prof utk terus berdakwah dan menjadi murabbi yang unggul.amin

Unknown December 30, 2010 at 1:48 AM  

Salam Dr Har, saya ade masalah yang dialami sejak 16 tahun lagi (kini 21). 5 tahun saya mengalaminya.

Saya mengalami period 2 kali dalam sebulan. Period saya kali pertama (yg betul) m'pnyai kitaran yg stabil 27,28 hari dengan yang period pertama utk bulan seterusnya.

yg menjadi masalah skrg, yg kali ke2 akan dtg pada hari ovulasi (samada hari ke14, 15, atau 16), biasanya selepas hari ke15, saya akan mandi wajib dan solat (sbb dah mjadi darah istihadah).

Adakah ovum saya keluar bersama2 darah istihadah tersebut? Biasanya darah istihadah terbabit akan keluar selama 3-4 hari (warnya sama spt period yg betul,cuma lbh gelap dan keruh)

saya sgt risau sekali andainya saya tidak dapat melahirka zuriat apabila berkahwin nanti. Kebimbangan saya semakin memuncak apabila rakan yang mengalami period spt saya tidak mmpyi zuriat w/pun telah berkahwin lebih setahun yg lalu. Bantulah sya Dr. Smoga Allah memberkatimu.Amin.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP