Penghormatan terakhir buat seorang teman seperjuangan

>> Monday, July 18, 2011


Pagi tadi, Alhamdulillah, Dr Har sempat bergegas ke Masjid Al-Akram Kg Dato' Keramat bersama Ketua Jbtn Pendidikan Perubatan UKM Prof Dr Nabishah Mohamad dan Dr Norlaili Tauhid, pensyarah kanan Jbtn Perubatan Keluarga menaiki teksi dari PPUKM utk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah YB Dr Lo'Lo' Ghazali.

MasyaAllah, ramai sungguh Muslimin dan Muslimat yang hadir, dijangkakan lebih 2000 orang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimami solat jenazah. Bersama ribuan jamaah, Dr Har menjalankan tanggungjawab seorang sahabat, mendoakan kesejahteraan rohnya - semoga Allahyarhamah tergolong dalam kelompok solehah, muslehah dan mujahidah yang berada dalam perlindungan Allah SWT.

Dr Har sempat bertemu dgn anak sulong Allahyarham, Mawaddah menyampaikan takziah bagi pihak keluarga, warga JIM dan IKRAM. Bertemu jua dgn DS Dr Wan Azizah, Ustazah Noridah mantan Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Dr Halimah Ali EXCO DUN Selangor, Hjh Mastura Mohamad mantan Ketua Nisa' Pusat dan ramai lagi.

Airmata bertitisan membasahi pipi bila melihat keranda diusung menuju ke permakaman. Tiba-tiba rasa jadi sayu dan rindu, dalam terpaksa menerima hakikat ditinggal pergi seorang teman,kekanda senior dan role model yang selama ini menjadi pembakar semangat. Mengingati keikhlasan Allahyarham dalam pengorbanan yang tidak langsung menuntut sebarang ganjaran material, melainkan keredhaan dari Yang Maha Esa.

Hiba mengenangkan, terjangkaukah diri utk mengukir amal bakti sehebat Allahyarhamah? Kekanda Allahyarhamah Dr Lo' Lo' sudah mengotakan janjinya kepada AllaH SWT. Wajar dan layaklah Allahyarhamah berdiri seiring dgn Allahyarhamah Ibu Yoyoh yang baru meninggalkan teman2 PKS di Indonesia untuk menghadap Ilahi.

Bagaimana dengan diriku, ya Allah........Moga terus dibekalkan kekuatan dan kudrat utk terus menambah amal kebaktian seikhlas mungkin buat-Mu, Rabb.

PS : Mohon izin dari Malaysiakini atas gambar yg disisipkan.
Loves,
Dr. Har

4 responses:

AI July 18, 2011 at 4:34 PM  

- pergi nya seorang pemimpin muslimat yg berwibawa...dimana kan dicari ganti nya...

Diana July 18, 2011 at 4:53 PM  

sebagai anak muda,saya masih kehausan didikan dan taujihad dari almarhumah yang pastinya punya silibus kehidupan yg wajar dicontohi...

Apa pun yang berlaku, dunia ini tempat pertemuan sementara kita semua...pemergian mutiara Islam ini akan kami jadikan penguat semangat dan pemacu derapan langkah dalam menyambung perjuangan beliau...sehingga kami pula menuruti jejak langkah mujahidah hebat ini...bertemu, berbual dan berkongsi pengalaman bersama mereka di Syurga nanti. InsyaAllah

Dr teruskan langkah bersama dimana pun platform kita, asalnya nanti Islam menyentuh hati-hati manusia di pelusok bumi ini... Dr Har boleh mengisi kekosongan yg ditinggalkan ibunda kami ini...

p/s: Dr saya diberi kesempatan solat jenazah di sebelah Dr Har tadi... insyaAllah jumpa lagi di medan2 yang lain akan datang

Naimatul Hafizah Nor Rodin July 18, 2011 at 5:28 PM  

Allahu Akbar....
semoga rohnya dicucuri rahmat, perginya seorang srikandi muslimah! walau tidak pernah bersua muka bersama allahyarhamah, saya juga terasa hati dgn pemergian beliau!
al-fatihah!

Puding Karamel July 18, 2011 at 6:13 PM  

saya juga terdetik suatu hal yang sama.
Baru beberapa bulan lalu digemparkan dengan pemergian ustzh yoyoh, kini dr lo' lo' menyusul.
semoga mereka ditempati di sisiNya

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP