FROM DR HAR WITH LOVE : Teguran Ikhlas buat Yang Berkenaan
>> Friday, March 22, 2013
Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!'
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
- Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
- Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
- Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
- Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
23 responses:
Terima kasih Dr Har atas peringatan ini
alhamdulillah. sangat bermafaat.
terima kasih Doc. atas teguran yg sgt memberi kesan kepada saya...semoga Allah memberikanpetunjuk buat kita hamba Nya yg lemah...
Terima kasih dr.har.
TAzkirah amat memberi kesan.
Thanks a lot dear Dr !!! Very good reminder.. Ramai yg mendpt manfaat atas peringatan ini.
salaaam,dr har and semua pembaca blog ni :)
Cabaran sebegini tidak pernah luntur kering,setiap masa kita sesak dengan berita berita begini.
Ini yang dipaparkan,yang tidak dipaparkan? Yang sebenarnya berlaku dalam rumah rumah di sekeliling kita?
Sebenarnya berita begini bagus untuk du'at sekalian,harus kita sedar kita sudah tiada masa lagi untuk bersedap sedap.
Bangga dengan pencapaian yang x seberapa,entah ikhlas entah tidak.
Kerja kita makin banyak dan sukar!
Mantapkan muwassafat tarbiyyah,dont break dont bend down.We have Allah!
bukan utk artis sahaja..malah wanita muslim di seluruh negara..thanks dr harlina atas ingatan sesama islam..
dari wanita utk wanita
jom singgah blog saya
http://fidajamuseridewimalam.blogspot.com/
assalamualaikum dr. ini kali pertama saya baca blog dr...
anyway saya sgt setuju dengan apa yang dr perkatakan ttg isu ini..
:)
terima kasih..mengingatkan diriku sendiri..jangan alpa!
Saya amat setuju dengan teguran ini.
Semoga orang berkenaan di berikan hidayah...terima kasih Dr. Har di atas posting ini..
dr, izinkan saya share di blog saya. moga dpt diambil ikhtibar oleh semua kawan2 saya...
tq.
alhamdulillah..sya bersyukur sgt2.sya sntiasa mgingti dri sya jgak akn prkra sprti ini..tdk dinafikn mnusia skrg tdk ambil peduli akn tgurn yg mmbwa kpd kebaikan..
Alhamdulillah.. I'm strongly agreed. Jaga tepi kain untuk kemaslahatan ummah dan untuk ISLAM itu sendiri..
Drpd: Mama Aqil
alhamdulillah.. semoga penulis dan pembaca2 dapat manfaat daripada penulisan ni.:)
Aslkum ..amat bermanfaat Prof..semoga kita semua-sama refleksi diri/muhasabah diri...saling mengingatkan..kerana kematian itu pasti..di padang mahsyar tempat kita semua dikumpulkan..Allahu Robbi..
Assalamualaikum Dr., syukran di atas peringatan. Sesungguhnya kita sebagai umat Islam sewajarnya berani menegur mana yg salah atau silap. Amar makruf nahi munkar. Seperti maksud firman Allah....... berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Tq Dr.
bersyukur kpd Allah yg telah memandu saya kepada artikel ini... Tq Allah
Assalamualaikum wbth. Dr..
Syukran di atas peringatan dan tazkirah.
Saya menyokong pebuh teguran Dr Har.
saya juga menyokong
terima kasih Dr. Har kerana mengingat kan diri ini juge...kekadang kite lupa yang kita hanya dipinjamkam sementara disini. kite dikaburi dengan duniawi yang begitu indah...semoga post dr. dapat memberi pringatan kepada semua..
Alhamdulillah... syukran Dr... semoga kita sentiasa berpesan2 ke arah kebaikan
Post a Comment