>> Wednesday, August 19, 2009

RAMADHAN KAREEM !!!

Alhamdulillah, rasa tak sabar nak menjejak kaki ke bulan pesta ibadah Ramadhan Kareem hujung minggu ni. Semoga kita semua dapat memanfaat setiap peluang berbuat amal kebajikan sepanjang bulan yang mulia ini.

Ada satu lagi sebab kenapa Dr.Har excited sangat dengan Ramadhan kali ni. Alhamdulillah, masjid baru Alam Damai yang diberi nama Masjid Al Muhlisin, akan digunakan buat julung-julung kalinya semasa solat tarawih kali ni. And guess what, masjid tu betul-betul depan rumah Dr.Har! Seminggu ni, jiran tetangga Alam Damai, terutamanya fasa Damai Bakti berkampung kat `rumah baru' kami tu - masing2 bersemangat turun solat berjamaah. Maghrib - jemaah lelaki sampai tiga saf! Jemaah wanita & kanak-kanak lelaki- satu saf. Moga semangat ini berkekalan sampai bila-bila.

Ustaz Zul dan Dr. Har jadi AJK Kariah masjid. Alhamdulillah semua AJK setuju kita kena jadikan masjid baru kami ni -~REMAJA -FRIENDLY'. So, kenalah kami bersungguh-sungguh menjadikan aktiviti masjid menarik kepada remaja, agar hati mereka tersangkut kepada masjid!

Tu dulu, nanti kita sambung lagi, InsyaAllah.

Dr.Har

1 responses:

Sopiah September 12, 2009 at 12:44 PM  

Rasa bahagia tengok masjid depan rumah prof. Lagi bahagia bila tengok ramai yang mengunjunginya, baik yang berjalan mahupun yang naik kenderaan.

Mengidamkan rumah dekat dengan masjid juga. InsyaAllah

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP