Salam Maal Hijrah 1431H
>> Monday, December 21, 2009
Salam semua,
Alhamdulillah, masih bernafas kita dalam tahun hijrah yang baru 1431H. Moga tahun ini jauh lebih baik dalam segala aspek dibandingkan tahun lepas.
Peringatan untuk kita semua, setahun lagi kita menghampiri saat perpisahan antara jasad dan roh kita. Semoga semakin tsabat (teguh) berpegang dengan prinsip perjuangan penegakan syariah di bumi Allah SWT. Semoga setahun lagi kita semakin hampir kepada penegakan syariah.
Setakat ini, Dr.Har dah mengambil bahagian dalam dua forum sempena Maal Hijrah - satu di Medan Mara bersama Al-Fadhil Al-Ustaz Roslan Mohamed dari AIUM ( 10 Dis, Khamis) dan sekali lagi di Masjid Alam Damai Al-Mukhlisin (betul-betul depan rumah Dr.Har) pda 17 Dis, Khamis malam.
Dikongsikan di sini beberapa noktah huraian pengertian peristiwa Maal Hijrah yang dikupas oleh Dr.Har dalam forum tersebut :
1. Peristiwa Hijrah Ar-Rasul mesti dilihat dalam konteks pemikiran kritis agar dapat mengambil iktibar dan ibrah yang sebaik-baiknya, bukan hanya pengkisahan yang disulam dengan cerita mistik yang diceduk dari sumber Israilliyat. Apa definisi `critical thinking'? Menurut Richard Paul : Critical Thinking is defined as `Thinking about your thinking process while you are thinking to make your thinking better!'
2. Peristiwa Hijrah melambangkan pengorbanan yang amat tinggi nilainya, melibatkan pertaruhan nyawa, harta benda, masa dan segala-galanya. Perintah hijrah dari Allah SWT tidak langsung disanggah oleh Ar-Rasul. Persoalannya : Sudah berapa banyakkah pengorbanan kita umat Islam hari ini mempertahankan aqidah dan iman? Ataupun semangat jihad memperjuang dan memeprtahankan deen sudah lama luntur? Ingat pesanan Allah dalam surah Al-Taubah ayat ke 38 - 42 : kehinaan akan menimpa mereka yang tidak membantu agama Allah, di samping siksaan yang pedih, dan Allah SWT akan gantikan kita dgn kelompok manusia yang lain.
3. Apa yang telah kita buat hari ini yang akan dikenang orang 1,500 tahun di zaman akan datang? Atau kita sebenarnya tiada sebarang jasa, sumbangan dan peranan yang boleh dibanggakan selain rutin harian yang tidak ke mana? Lihatlah kehebatan pengorbanan dan jasa Ar-Rasul dan para sahabat, hingga ke hari ini nama baginda sentiasa disebut dan dikirmkan salawat!
4. Objektif utama hijrah Ar-Rasul adalah penegakan syariah! Makkah bukan bumi subur untuk benih syariah bercambah, maka hijrah ke Madinah menjadi option yang diberikan Allah SWT. Bagaimana dgn Malaysia? Adakah ini tempat yang boleh ditanamkan benih syariah Islam? Tentu sekali, cuma kita perlukan `key players' yang committed. Siapa lagi kalau tidak kita?
5. Tanpa generasi muda, Hijrah Ar-Rasul tidak mungkin berjaya - jangan lupa peranan anak-anak muda ini : Ali bin Abu Talib yang rela menjadi `decoy' di atas pembaringan Rasulullah utk. memperdayakan kaum musyrik yang mahu membunuh Nabi malam tersebut, Asma' bt Abu Bakar yang mengirimkan bekalan makanan ke Gua Thur, Abdullah bin Abu Bakar yang menjadi perisik mencuri dengar apa yang sedang diperkatakan di Makkah dan Amir bin Fuhairah yang mengembala kambing utk. menghapuskan jejak tapak kaki Rasullullah dan Abu Bakr!
Tu dulu
Jumpa lagi, InsyaAlllah.
Dr.Har
1 responses:
Salam Dr. harlina
URL blog masjid AlmUkhlisin yg baru, ade klip video dr har pada malam tu, saya berasa seronok dengan tone yang "bold dan "asertif", ucapan dr. penuh
dengan ibrah dan pengajaran, kalau nak link klip video tu amik jerr kat URL di atas- embed je kat blog dr har, kuliah Ustaz Zul pun ade
http://kariahalmukhlisin.wordpress.com/
untuk koleksi kuliah yg lama sila ke
http://almukhlisinalamdamai.blogspot.com/
saya quote balik artikel dr. har
1. Peristiwa Hijrah Ar-Rasul mesti dilihat dalam konteks pemikiran kritis agar dapat mengambil iktibar dan ibrah yang sebaik-baiknya, bukan hanya pengkisahan yang disulam dengan cerita mistik yang diceduk dari sumber Israilliyat. Apa definisi `critical thinking'? Menurut Richard Paul : Critical Thinking is defined as `Thinking about your thinking process while you are thinking to make your thinking better!'
saya setuju dengan untaian ayat ni, malam tu saya capture video kesemua slot forum tu tapi saya tak upload kesemua klip video tu ke youtube, sebab penuh dengan cerita israilliyat- mual saya mendengarnya bila mereka yg so call"ustaz" membaca teks sirah yg penuh kisah israilliyat, dan bukan nya mengambil dan mengungkapkan ibrah dan pengajaran dari sirah Rasulululah S.A.W. Teringat saya dalam kuliah subuh Ustaz Adlan Abdul Aziz beliau menyatakan bahawa kita perlu ada tools dan ilmu dalam menapis maklumat biarpun ianya dari mereka yg so call 'ustaz".
Post a Comment