NOSTALGIA : Sanggar Spiritual Dr.Har - Hajj 1426H (2006/2007)
>> Monday, September 3, 2012
Khusus buat sahabat2 yg terpilih menjadi `TETAMU ALLAH' ke Baitullah tahun ini, dikongsikan sedikit catatan nostalgia penuh kenangan & pengajaran. Semoga dapat membantu kembara kalian, InsyaAllah.
Nota catatan dalam 10 siri ini ditulis selepas Dr Har pulang dan dimuatkan dalam laman web Wanita JIM pada awal 2007.
Cukuplah dulu dalam posting yang pertama ini, Dr.Har rakamkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada Ilahi yang telah mengizinkan Dr.Har dan Ustz Zul menjadi tetamu-Nya kali ini. Sepanjang tahun 2006, Dr.Har diizinkan Allah menjejakkan kaki ke NY, Barcelona, Istanbul, Chiangmai dan Cairo. Namun pemergian ke Tanah Suci Madinah dan Makkah, tentunya jauh lebih bermakna dan bererti. Sememangnya niat dan persediaan untuk perjalanan ini juga berbeza. Tentu sekali natijah dan hasilnya juga berlainan benar.
Sepanjang 44 hari di sana, yang paling menyedihkan adalah apabila Dr.Har perlu mengatakan `selamat tinggal' kepada Ar-Rasul SAW dan Kaabatullah. Semasa ziarah wada' di Masjid Nabawi pada tanggal 14 Disember, dengan linangan airmata yang deras membasahi pipi, Dr.Har memohon permisi dengan mengatakan, `Ya Rasululullah, engkau lebih ku kasihi daripada diriku sendiri. Bagaimana mungkin aku membelakangi mu untuk melangkah keluar dan pergi meninggalkan tempat yang menjadi rumahku sepanjang lapan hari ini! Betapa aku rindu sedangkan aku masih di sini. Yet, go I must Ya Rasulullah, for Allah has called me to His House. And I will try to iwork out and pray very hard to come again to visit you, Ya Habibullah!
Pada tanggal 15 Januari, jam 11 malam, semasa selesai tawaf wida' - hati yang sejak tiga hari begitu `down' kerana memikirkan perpisahan ini - kembali cekal dan pasrah apabila dalam doa di Multazam, Dr.Har sempat berbisik : Ya Allah, Ya Rabb - hamba mohon permisi untuk pergi dulu - bukan kerana benci ataupun jemu berada di sini, the past 30 days here have been the most HUMBLING MOMENTS of my life. How I wish I could stay here forever! Yet Oh Allah, I have made a lot of promises to You here in front of your Kaabah, particularly in doing a better ISLAH to myself, my family and society through my jamaah. And I have to go back to where I come from, to fulfill all those promises, for I would definitely not able to accomplish them here. So Allah, bless me with your Guidance, Your Love and Your Assistance. And don't let this be the last tawaf, and allow me to be here again soon enough. Sekiranya ini adalah tawaf yang terakhir, maka gantilah dengan jannahMu, Ya Rabb!
Dear akhawat & ikhwah,
I have to stop here, for my tears is blinding my eyes now! Rasa rindu dan sayu terkadang terasa terlalu berat untuk ditanggung. Yet, I know very well, I have to go on with my life. So, here I am - back with you all. A brand new me, InsyaAllah!!
Lots of loves,
Semoga Allah merestui hasrat Dr.Har mencoretkan secara `runcit-runcitan' perkongsian pengalaman semasa sanggar spiritual baru-baru ini. Almaklum, dengan keluarga JIM yang besar, mustahil kita dapat berkumpul dalam satu masa utk. mendengar perkhabaran ini, melainkan Dr.Har manfaatkan internet ini sebagai penghubung silaturrahim.
Dari rumah ke Kelana Jaya, kami bertolak dalam hujan lebat dan angin kencang petang 5 Disember, Selasa - jam 5.45 petang. Alhamdulillah, tiada traffic jam- kami sampai d Kompleks TH tepat jam 6.15pm. Sempat bertemu K. Faridah Maluddin & suami yang sudi meluangkan masa menghantar kami. Bidding goodbye to the family was not so easy - especially melihat bonda Dr.Har yang sudah agak uzur, namun nampak begitu bersemangat hendak menjaga tiga cucunya, Syamil nampak well-composed, Deena manja melontarkan small kissess all over my face, memeluk Syifa' erat - kat situ terasa begitu hiba melihat airmatanya! Terus check-in , masa tu ternampak K.Ros, Roha dan Misah Jaafar melambai-lambai di celahan orangramai. Sempat mengambil bingkisan kad yang ditulis oleh K.Ros. JZKK di atas keprihatinan semua.
Dr.Har ( 250107)
Rasanya Dr.Har tak dapat nak detail out satu persatu pengalaman spjg berada di Tanah Suci dalam internet ni So I decided to write in under themes, and try to link up the incidences that had happened.
Sememangnya, Dr.Har sedar betapa semasa di Tanah Suci nanti, itu akan menjadi pertembungan seribu satu macam diversity sebagaimana yang diperjelaskan di dalam Al-Quran, Al Hujurat ayat 13 yang mafhumnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sedangkan pula, sepanjang kerja atau manasik haji, sememangnya ianya adalah hasil bah dari ketakwaan. Itulah yang diperjelaskan dalam Surah Al Hajj, ayat 32 yang mafhumnya:
Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.
Mengurus kepelbagaian ( Managing Diversity) sememangnya satu kemahiran yang mesti ada pada diri duat. Terasa sungguh, pengalaman di Tanah Suci merupakan hands-on experience bagi sesuatu yang Dr.Har sendiri masyhurkan di dalam JIM & Fakulti Perubatan UKM .
Bermula dgn kepelbagaian di kalangan teman sebilik - berlima sebilik di Madinah & berenam di Makkah. Dr.Har memang yang paling muda :-)))Yang paling senior berusia 72 tahun, yang Dr.Har anggap sebagai bonda. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Dari benua Afrika, Dr. Har sempat berinteraksi dgn Sarat Oyalowo , a talkative clerk from Nigeria dan Anta Salleh dari Dakar Senegal. They spoke English very well. Anta was a very humble smiling lady, who has been to Makkah for the 8th time, 4 grown-up children - one son in Paris, one lawyer daughter in Vancouver Canada, youngest son doing journalism in Madrid dan another son, doing business in Dakar. Anta sempat berpesan, `The next time you are in Paris, please let me know beforehand. I will let my son Abduh know about your arrival and he can bring you around Paris. BTW, you can stay in our house in Paris. Dr.Har pun kata : `You have a house in Paris? You must be very rich. If you happen to be the wife of the President of Senegal,sister Anta - you have to let me know. Otherwise, I would be very embarassed! No no sister, I am not the wife of the President. After a short pause, she said : The current President of Senegal is my COUSIN!' So moral of the story, do not ever look down upon anyone sitting next to you in the masjid. You'll never know who they are!
Ada satu insiden, macam selalu bila kita nak minta lalu di celah-celah jamaah yang sedang duduk di saf, kita membongkokkan diri sambil meluruskan jari tangan kanan dihulurkan ke depan! Dr.Har pun `mintalah lalu' style orang Melayu ni di celah sekumpulan wanita Pakistan. Punya keras mereka menggelengkan kepala, TAK BAGI dr.har lalu. Sangka mereka Dr.Har nak mencelah masuk ke dalam saf. So, Dr.Har pun jalan terus. Rupa-rupanya , bila Dr.har observed, cara depa orang ni minta lalu, adalah dengan menyentuh sedikit kepala kedua orang di kanan & kiri tempat yang kita nak menyelit lalu tu, itulah caranya. Style Dr.har tadi diinterpretasikan sebagai cubaan untuk mendapatkan tempat duduk utk. solat! I should have just pegang sikit kepala makcik-makcik Pakistan tadi, then I am sure, they would be more than happy to let me pass through! Jangan cuba buat macam tu dgn jemaah Malaysia. Mengamuk-ngamuk makcik satu floor dgn Dr.har balik masjid satu kali tu, `Ada ke patut dia pegangnya kepala kita sambil melangkah lalu. Nak lalu, lalu jerlah - ni nak pegang2 kepala orang pulak!
Subhanallah, Maha Kaya Allah yang menciptakan segala kepelbagaian ini untuk dijadikan tanda kebesaranNya! Allahu Akbar!
InsyaAllah dalam PSS (4), bagaimana seorang aktivis wanita macam Dr.Har melihat Hajj secara keseluruhannya.
Dr.Har (260107)
Salam ukhuwah,
JZKK di atas input, respon dan feedback yang diterima dari ikhwah akhawat yang mengikuti siri PSS ini. Kalaulah coretan dan perkongsian ana dapat mengimbau nostalgia antum yang pernah bertandang ke Tanah Suci dan membangkitkan keghairahan utk. pergi lagi - itu sudah amat baik bagi ana! Kalau ada yang masih menunggu giliran dan teruja nak melipatgandakan usaha utk dipilih Allah dalam tempoh terdekat ini selepas mengikuti penulisan ini, itu sudah betul-betul bagusss!
Apapun, jangan lupa membawa bekalan taqwa sebagai sebaik-baik bekalan. Maklumlah nak buat kemuncak dari semua rukun Islam yang digariskan. Harus ada persediaan spiritual yang mantap. Persediaan ekonomi - eloklah jumlah duit yang selesa utk berpergian dan yang ditinggalkan. Persediaan ilmu ( cognitive ) - mesti diperkemaskan, bimbang banyak kekurangan ibadah disebabkan kejahilan. Persediaan fizikal utk mengumpul stamina - A MUST, Dr.Har & ust Zul ber`brisk-walking' 2-3 kali seminggu selama dua tahun kebelakangan ni. Persediaan psikologi ( emosi) - paling penting utk. menyediakan diri berhadapan dgn the unexpected. Persediaan terakhir - dari sudut sosial, sebab hajj memang menjadi litmus test terhadap sikap dan status keupayaan kita menjadi manusia yang berinteraksi sesama manusia!
Ada beberapa noktah penting yang ana amati sepjg sanggar spiritual di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
1. Haji menjadi bukti pengiktirafan Allah terhadap keupayaan WANITA mengerjakan perintahNya. Kalaulah boleh kaum wanita mewakilkan sahaja ibadah haji ini kepada saudara lelaki atau suami mereka lantaran kesukaran dan cabarannya, tentu sekali ternyata wanita dianggap terlalu lemah dan tiada berdaya. Ana kira, lelaki yang paling gembira ( more than happy to do) utk. melakukan haji bagi pihak isteri, anak perempuan dan ibu mereka tentulah lelaki Afghanistan, Pakistan, India dan Arab yang selama ini agak kurang mendedahkan kaum wanita mereka kepada dunia luar. NAMUN, dengan perintah haji yang difardhukan keatas setiap Muslim yang berkemampuan, Allah mahukan wanita datang hadir sendiri secara fizikal ( dengan ditemani mahram dan izin suami) menyempurnakan ibadah kemuncak ini. Kesian betul melihat makcik-makcik Arab/ benua Pakistan-India ini ketakutan hendak menaiki eskalator di masjidil Haram, hingga menganggu perjalanan hujjaj yang lain. Sayu melihat mereka berangkaian berjalan ibarat gerabak keretapi lantaran bimbang hilang, hingga tidak kisah menolak dan menghimpit orang lain asalkan tidak terpisah dari rakan-rakan. Simpati melihat kaum lelaki mereka yang terpaksa bergegas menanti wanita mereka di pagar dekat Babun Nisa' di masjid Nabawi sejurus lepas solat, untuk menjemput mereka pulang. Agaknya itulah harga yang perlu dibayar sekiranya kaum wanita Islam tidak diberikan pendidikan asas, membaca, menulis dan juga membaca Al-Quran dgn baik. RUGI sungguh pembangunan sumber manusia ummah ini sekiranya wanita tidak diberikan pendidikan. Semoga hajj membuktikan kepada lelaki yang selama ini menganggap wanita harus dilindungi dari terdedah kepada realiti persekitaran.
2. Penghargaan untuk Muhammad, Pelopor Perjuangan Hak Asasi Wanita Sedunia: Semasa di Rawdah, Masjid Nabawi - ana menyaksikan kesesakan , insiden tolak menolak, himpit menghimpit yang tidak pernah tergambar di benak! Pengalaman ana `terseret' ke dalam kelompok Iran & Africans serta terpisah dari kelompok Malaysia/Indonesia memberikan peluang ana melihat sendiri raungan dan tangisan mendayu-dayu wanita Iran bila sampai di Rawdah. Ana tidak berpeluang utk menunaikan solat sunat di situ, kerana keadaan berhimpit yang boleh membahayakan diri. Khabarnya saban hari ada saja jemaah wanita yang pengsan di situ, malahan ada yang menemui ajal mereka akibat lemas! Dalam sekelip masa yang ada, ana sempat berbisik mengucapkan salam kepada Junjungan Mulia yang amat kita cintai. Entah bagaimana, inilah yang terlintas di hati ketika itu ` Assalamualaikum Ya Rasulullah, Habibullah, Khatamal Anbiya. Saya datang dari jauh, membawa rindu yang sekelian lama dipendam. I am so honoured to be here,Ya Nabiullah. I personally want to thank you, on behalf of ALL the women in the world, for your noble mission to upgrade and emancipate us. It was you who said, The best among you is the best treating his ahli (wife) and I am the best among you! It was you who led the way for men to honour their women. If it was not for you, I and most of the women here would not have been around anyway! Wallahua'lam ! Once again, thank you for such a tremendous effort!
3. Saie- Simbolik Pilihan Allah. Saie adalah salah satu RUKUN haj. Dr.Har cukup tersentuh apabila memikirkan, insan pertama yang merintis amalan tersebut. Allah merakamkan pencarian seorang manusia mengharap belas ehsan Allah, namun tidak hanya duduk diam berpeluk tubuh. Sebaliknya , saie melambangkan DETERMINATION, HOPE and USAHA. Tentu ada sebabnya mengapa Allah memilih serta memuliakan Hajar utk menjadi perintis rukun haji tersebut. Mengapa tidak Nabi Ibrahim sendiri, kalaupun tidak Ismail. Allah mempunyai alasan-Nya sendiri, memilih seorang wanita, bukannya seorang lelaki. Sudahlah wanita, seorang hamba pula, bukannya seorang ratu atau permaisuri. Sudahlah seorang hamba wanita, Hajar bukanlah seorang berkulit putih bersih yang menawan. Hajar adalah seorang hamba wanita Habsyi yang berkulit HITAM! Di kacamata ramai manusia, tentulah Hajar yang sebegini profil akan diletakkan di kedudukan paling rendah. Namun sebaliknya Allah MENGANGKAT Hajar ke kedudukan yang paling dimuliakan. Itu dulu. InsyaAllah PSS (5) menyusul esok. Haraplah respon sikit-sikit, semangatlah sikit Dr.har ni nak menulis :-))))
Dr.Har (290107)
Itu adalah pesanan Dr.Har kepada semua bakal hujjaj.
Alangkah ruginya sekiranya kita sekadar termenung atau berborak kosong ketika berada di masjid menunggu masuknya waktu. Memanglah banyak sungguh jilid Al-Quran yang disediakan di rak-rak masjid. Namun, nothing beats reading from your very own jilid! Dr.Har dan Ustz Zul bawak Quran terjemahan kecil berzip dari Indonesia - Syaamil Al-Quran terbitan PT Syaamil Cipta Media - yang menyisipkan sekali jilid ringkas Ma'thurat Wazifah Kubra. Memang tulisannya kecil, tapi memang best berdampingan dgnnya.
Memang lain sungguh rasanya membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut di tempat di mana ianya diturunkan. Penghayatannya jauh lebih mendalam dan kekhusyukan amat mudah diraih.
Apatah lagi, kalau selepas habis membaca satu surah dari Al-Quran, tiba-tiba Imam Masjidil Nabawi atau Imam Masjidil Haram membacakannya semasa mengimami solat maghrib dan Isyak! Tegak bulu roma seluruh badan.
Elok juga kalau Dr.Har kongsikan pengalaman Dr.Har minggu pertama berada di Makkah. Memang adik tiga pupu Dr.Har, Hafiz student Madinah yang kami temui ada berpesan : ` Akak, jangan terkejut nanti sampai Makkah. Suasana lain benar dari Madinah. Hati boleh jadi keras macam batu-batu bukit keliling Makkah tu. Lagipun, keturunan Abu Jahal dan Abu Lahab masih ramai lagi kat situ.
Sememangnya, Dr.Har dapat rasa perbezaan itu. Sampai di Makkah, hati seperti mengeras dan terasa agak `dry'. Masuk hari kedua, airmata tidak basah mengenangi mata setiap kali solat, tidak seperti di Madinah.Melihat Kaabah, hati terasa rindu, kagum dan asyik, tapi airmata tumpah hanya setitis dua. Apa dah jadi ni? Adakah dosa-dosa hamba yang begitu banyak ini yang menjadikan hati hamba ini keras, Ya Allah!
Semasa qiyamulalil hari ketiga, Dr.Har bermunajat panjang! Mohon Ya Allah, Engkau gantikan hati yang baru - hati yang lebih khusyuk dan dekat denganMu, Wahai Rabb yang di tanganMu terletaknya hatiku. Alhamdulillah, perlahan-lahan terasa hati kembali `basah' dan segar. Tambahan lagi Imam pagi itu membacakan surah As-Shaff yang menjadi hafalan ana selama ini! Legalah hati, sujud syukur akhirnya. Sesungguhnya, semasa bertandang ke rumah Allah ini, Allah terus berkomunikasi dan berinteraksi dgn kita. Semua CASH ON DELIVERY- COD!
Tu dulu. Kena gi kerja lah pulak! InsyaAllah, kita sambung lagi dalam PSS (6).
Dr.Har (300107)
Sebelum pergi, Dr.Har banyak diperingatkan mengenai insiden-insiden COD yang dialami oleh mereka yang pernah ke sana. Terasa gerun juga memikirkan apalah agaknya insiden yang Allah reserve utk. kami berdua.Semoga catatan ini menjadi renungan dan tazkeerah bersama.
1. Yang paling memberikan kesan, di Padang Arafah ketika berwukuf. Dr.Har dan ustz Zul `menyeludup' keluar dari kawasan Maktab 81 yang terletak di hujung Arafah, dengan sign board besar warna kuning ` Arafat Ends Here' hanya kira2 20 meter dari kawasan perkemahan kami. Nak gi Jabal Rahmah memang tidak dibenarkan oleh TH, so we missed the `venue of the real action of wukuf'. Namun nak duk kat dalam khemah macam yang diarahkan, samalah juga menempah `masa tidur' yang tentunya begitu merugikan sepjg masa di mana Allah memberikan paling ramai hamba-hambaNya kebebasan dari neraka. Kami mencari-cari tempat yang sesuai utk. berdoa, di kawasan terbuka tapi agak tersembunyi, yang membolehkan kami mendongak melihat langit Arafah ketika itu. Cuaca terang, namun tak panas terik. Akhirnya kami membentangkan sejadah di celah antara dua khemah Indonesia yang kelihatan agak kosong. Kawasan itu seperti laluan pejalan kaki, tapi tidak sibuk dan hanya sesekali ada yang berjalan lalu. Bermulalah munajat kami - dengan juraian airmata penuh penyesalan dan kedhaifan, mengangkat tangan berdoa penuh harap dan takut. Dr.har bergilir-gilir dgn Ustaz membaca munajat yang dinukilkan oleh Mustafa Masyhur dalam bukunya `Munajat di Jalan Dakwah'. Kami sebut dan bayangkan wajah anak-anak apabila memohon agar usaha pengislahan ini diteruskan oleh mereka dan anak-cucu mereka.
Sesuatu yang tidak disangka terjadi sejurus selepas kami berdoa meminta kepada Allah SWT dimurahkan rezeki dan diberikan keringanan serta kekuatan untuk menginfakkan segala yang ada pada kami untuk jalan dakwah ini . Bahu kiri Ustaz Zul digoyang-goyang oleh seorang hujjaj, bangsa Arab - tinggi lampai dan kemas perawakannya, memakai ihram yang putih bersih, meminta sedikit wang lantaran kehabisan belanja. Masa tu, Dr.Har capai saja beberapa note riyal dalam beg duit dan berikan terus kepadanya, dan dia berlalu pergi tanpa banyak bicara. Kami terpinga-pinga, timing brother ni sampai betul-betul lepas kami memohon kekuatan berpisah dgn wang ringgit dan harta kekayaan untuk infak di jalan-Nya. Janganlah pulak ikhwah dan akhawat membuat spekulasi yang bukan-bukan, mana tau kalau-kalau yang tu malaikat yang datang menguji. I would feel very honoured to be visited by an angel definitely, yet I seriously feel that person is a real human being, flesh and blood who was desperately in need of help. Otherwise, he would not have interrupted our prayer! Oh yes, he can always be a con-man who was taking advantage of the generosity of the hujjaj then. Whoever he was, I leave it to Allah. As far as we both are concerned, he came just ON TIME!
2. Lima hari sebelum berwukuf, selesai mandi dan solat dhuha di bilik, Dr.Har sempat berkata dgn K.Non, roomate dari Ampang: `K.Non, seronoknyalah tak payah gi kerja. Tak payah buat round ward tengok patients, tak payah gi klinik.' habis saja Dr.Har berkata-kata,pintu bilik diketuk orang. Boleh saya ketemu Dr.Harlina? Suara lelaki pekat dgn dailek Indonesia kedengaran. Bila Dr.Har muncul, dia memperkenalkan diri : ` Doktor, saya Pak Agus, petugas TH Maktab ini. Saya ditelefon Ustz Hasnil, guru agama di Hospital TH di Aziziyah, minta doktor datang ke sana esok kalau ada kesempatan. Ada jamaah wanita perlu perhatian pakar OB-GYN! Dr.Har contacted Ustz Hasnil yang kebetulan isterinya pernah bersalin dua kali secara Caesarean di HUKM dan Dr.Har yang performed the operations. Esoknya Dr.Har ikut shuttle van ke Hospital Aziziyah sebagaimana yang minta. Me and my BIG MOUTH! Agaknya kot diam-diam jer tak buat komen tadi, tak datanglah agaknya Pak Agus ke bilik Dr.Har :-))))
3. Insiden ketiga ini benar-benar menguji keikhlasan kita mendahulukan org. lain lebih dari diri sendiri. Bukankah itu sifat `trademark' Ar-Rasul SAW?? Dr.Har terlambat turun ke Masjid Nabawi pagi itu sebab menyudahkan dulu hajat besar - jam 4am tu dah kira lambatlah masa musim haji ni. Apa tidaknya, bila saja pintu masjid dibuka jam 3am, berderu jamaah yang masuk. Namun kalau kena sembahyang di luar masjid, it would be too cold for me . Dua pagi sebelum tu, kami merasalah suhu 13 darjah Celsius. So, Dr.Har mencuba nasib, pergi berasak juga nak masuk. Pegawai masjid sudah menjeritkan - Sudah penuh, ibu - tidak boleh masuk, sambil menolak-nolak kami yang hendak masuk. Dr.Har mohon sangat kepada Allah,` Ya Allah, reserve ONE place for me inside, for I could not bear the coldness outside! Seorang pegawai masjid menarik bahu Dr.Har dan tolak Dr.Har ke dalam. Lepas Dr.Har semua orang dihalang masuk. Phew, punyalah lega, tapi ternyata semua laluan sudah jam-packed! Akhirnya dr.Har nampak SATU tempat tersorok di belakang saf yang paling hampir dgn dinding belakang masjid, di belakang seorang makcik Pakistan tu ada ruang muat utk seorang SAHAJA di celah-celah container air zam-zam dgn dinding & tiang. Rasa khusyuk solat terselit di situ, terasa kerdil dan rendahnya diri. Ada satu lagi ruang kecil di sebelah Dr.Har, antara ana dgn dinding - yang hanya boleh memuatkan seorang DUDUK, nak sujud memang kena belakang orang depan. Sejurus selepas azan Subuh, datanglah seorang jamaah haji dari Afrika, terus duduk kat tempat kecil tadi. Kemudian, dia bangun mendirikan tahayatul masjid. Yang Dr.Har terkejut, memandangkan dia tak dapat nak sujud dek kerana kesempitan tempat yang dpilihnya, dia mengubah arah kekiri ( instead of ke hadapan) utk sujud dan landed on sajadah Dr.Har secara bersudut tepat dgn arah kiblat Dr.Har. Terasa di hati, ni payah kerana jelas sangat wanita ini tiada pengetahuan mengenai bersolat dalam keadaan sesak. Kalau Dr.Har tak buat something, alamatnya berlagalah kepala kami berdua setiap kali nak sujud. So, Dr.Har bangun nak swabbed tempat dgn dia. Dr.Har dah nekad, akan melakukan cara solat yang sudah dipelajari dalam keadaan sesak begitu. Tiba-tiba sejurus sebelum iqamah, seorang jamaah Indonesia yang duduk selang dua saff di depan bangun melipat sejadah dan mengambil begnya. Sebelum dia melangkah pergi, wanita itu sempat berkata dgn Dr.Har ` Wuduknya terbatal, buk - perlu perbaharui. Akhirnya, di situlah Dr.Har dapat bersolat dgn sempurna, mengambil tempat jamaah yang terbatal tadi, Alhamdulillah. Itulah satu-satunya cara utk Dr.Har beroleh tempat dlm keadaan begitu. Instantaneously - Allah will reward all your deeds. Kami agak kesejukan di situ kerana daun tingkap di bahagian kami sahaja yang ternganga luas, membenarkan angin sejuk masuk, sedangkan tingkap yang lain tertutup rapat. Okay, Ya Allah, points taken. Yes, indeed - if Allah wants you to experience coldness, even as you try to avoid , Allah will still deliver it to you!
Maaf, agak panjang kali ni. Tentu ramai yang ada cerita sendiri macam yang Dr.Har rasai. Mengantuk dah mata, kena masuk tidur dulu!! PPS (7) akan menyungkil pengalaman di Mudzalifah, yesssss, MABIT di mudzalifah!
Ana berdoa agar PSS ini tidak membosankan kalian. InsyaAllah, hanya tinggal beberapa PSS sahaja lagi. Sementara ianya masih segar di lipatan ingatan, baiklah Dr.Har abadikan dalam net ini. Sementara details -nya memang dah diisikan secara berkala dalam log book Dr.Har sepanjang berada di sana.
Bagi Dr.Har dan Ustz Zul, pengalaman Muzdalifah adalah yang paling mencabar. Cabarannya meliputi aspek spiritual, fizikal, psikologikal dan sosial. Di situlah, Dr.Har terasa benar penghayatan menjadi seorang manusia hina, seorang hamba yang tiada daya dalam cuaca suhu dingin menyusuk tulang, merempat ibarat the homeless kat NY street yang pernah Dr.Har nampak.
Perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah berjalan lancar dan teratur. Memang kami dimaklumkan bahawa pihak muassasah menggunakan sistem taraddudiah @ shuttle bus utk. membawa hujjaj dari Arafah ke Muzdalifah, then Muzdalifah ke Mina. Begitu sistematik pemergian kami dari khemah 81 di Arafah, dgn KT 5 mendahului, diikuti KT 39 ( Dr.Har punya KT) dan seterusnya KT-KT yang lain. So, bas kami sampai ke kawasan tanah lapang Muzdalifah yang dipagar dan dikhususkan dgn no. 81 dalam tempoh 15 minit perjalanan sahaja.Bagi siapa yang belum pergi, bolehlah membayangkan satu padang berpagar seluas satu padang bola, dengan dua pintu gate dan sederetan tandas 20 bilik di tengah-tengah.Di situlah kami mengutip anak-anak batu utk. kerja melontar jamrah nanti, dan berMABIT, iaitu berada biarpun sebentar selepas tengah malam. Teringat kata-kata Ustaz Shapawi, guru agama Maktab 81 dalam ceramahnya beberapa hari sebelum tu - kita berMABIT di Muzdalifah, kita tak kata bermalam sbb ada orang ingat nanti kena tidur kat situ!
Sesampai di situ kira-kira jam 8.30 malam, kami berdua mencari tempat di tepi pagar utk. meletakkan beg dan membentangkan tikar hijau tajaan TMnet. Mengutip anak batu sebanyak 70 biji seorang taklah lama sangat, lepas tu masing-masing berehat di tempat `berkelah' yang dipilih.Suhu semakin dingin dan angin semakin kencang, hujjaj lelaki semakin kesejukan - walaupun memakai ihram yang tebal. Sementara itu, bas terus mengangkut jamaah Maktab 81, padang semakin dipenuhi orang. Masa tu, Dr.Har cuba melelapkan mata sambil berbaring di celahan beg, ternyata suhu semakin sejuk - sekitar 20 darjah ( macam dalam operation theatre kat hospital) Yang tak tahan, angin sejuk yang kering, terasa menyempitkan saluran pernafasan bila kita menghirup udara.At least Dr.Har pakai selapis T-Shirt dan dua helai baju tebal serta stokin benang bulu, sementara Ustaaz Zul hanya berselimut sehelai lagi ihram extra yang dibawa. Sambil melihat langit Muzdalifah yang banyak bintang, terasa di hati, inilah Hotel bertaraf Seribu Bintang :-)) Ana terus bertalbiah bersama Ustaz. Nak tidur hampir mustahil. Menjelang tengah malam, bas membawa jamaah rombongan terakhir dari Arafah.
Mulai jam 12.45 tghmalam, bas pertama sampai utk. membawa kami ke Mina pula. Apa yang mengejutkan kami, kali ni pihak muassasah tidak pula menggunakan peraturan spt di Arafah. Kebanyakan kami menyangka, rombongan KT5 akan dipanggil dulu dan seterusnya - the earliest to come should be the first to go. Rupanya tidak, siapa yang berdiri di gate tu yang meluru naik bas. So the last to come was the first to go. Hujjaj dah mula restless, tapi masih bersabar untuk mengadakan barisan menunggu giliran. Dr.Har dan Ustaz Zul decided to see first. Betul bagai disangka, lantaran kesejukan yang begitu menggigit, ramailah yang mula buat kerja hodoh - memotong barisan dan berebutan nak naik bas cepat-cepat. Kalau sorang dua tahan jugak, ini berpuluh org sekali potong. Tak bergerak orang dalam barisan, walaupun dua tiga bas dah lepas.Bimbangnya Dr.Har melihat fenomena itu, tak ke terfikir oleh mereka - memotong Q tu samalah dgn mencuri giliran - sedangkan kita masih dalam IHRAM!! Ditegur baik-baik, buat tak dengar jer. Akhirnya kami membuat keputusan utk. mendahulukan orang lain - terutama makcik2 dan pakcik2 yang uzur. Sakit jugak hati tengok yang potong Q ni. Namun , kami mohon kekuatan agar diberikan kesabaran yang tinggi dalam menhadapi cubaan ini.
InsyaAllah, pengalaman berada di Mina akan dinukilkan dalam PSS (8). PSS (9) akan menceritakan perkongsian pertemuan Dr.Har dan Ustz Zul serta beberapa orang Malaysians dgn ahli jawatankuasa satu NGO yang baru ditubuhkan: Masroo3 AtTa'zim Biladil Haram @ Persatuan Memakmur dan Memuliakan Tanah Haram. Dalam PSS (10) - yang terakhir, InsyaAllah - I will conclude with experiences at Masjidil Haram.
Dr.Har ( 010207)
Tentu ramai di antara kita yang spontan mengaitkan nama MINA dengan beberapa peristiwa hitam semasa musim-musim haji sepanjang 10 tahun kebelakangan ini. Pada tahun 1990, kira2 3,500 hujjaj menjadi korban dalam tragedi Terowong Muassim apabila berlakunya pertembungan antara para jamaah yang berkesudahan dgn kehilangan nyawa yang begitu besar. Semasa Dr.Har melalui terowong itu dari khemah ke Jamarat utk. pertama kalinya, kami seiring dgn rombongan hujjaj dari Jawa Timur , Indonesia. Sejurus sampai di penghujung terowong tersebut yang panjangnya hampir 1km, pemimpin rombongan itu mengumumkan melalui pembesar suaranya, Bapak dan Ibu-ibu, disinilah tempat berlakunya tragedi bersesakan Terowong Muasim pada tahun 1990 yang mengorbankan 3,500 nyawa dimana 2,500 adalah jamaah haji dari Indonesia. Mohon kita semua menghadiahkanAl-Fatihah kepada korban tragedi tersebut..Al-Fatihah. Khabarnya, setahun selepas kejadian itu, siaplah sebuah lagi terowong di sebelah terowong yang lama utk. memastikan one directional flow bagi perjalanan hujjaj.
Pada tahun 1995, kebakaran terjadi di khemah mengorbankan sekitar 300 orang. Selepas tragedi itu, Mina dilengkapi khemah kekal yang piawai - kalis api, ada sistem sprinkler yang lengkap dan air-conditioned. Dan sepanjang alaf baru ini, dua kali peristiwa stampede di Jamarat yang mengorbankan ratusan nyawa - terakhir musim haji 1426H yang menyebabkan kerajaan Arab Saudi merasa tertekan utk. melakukan sesuatu. Itulh agaknya cara Allah mengajar manusia - yang sentiasa leka dan alpa. Benar kata pepatah melayu - Sudah terhantuk baru mengadah! Kali ini dikatakan kerajaan Arab Saudi menerima cadangan dan saranan dari negara-negara Islam yang lain. Cadangan membina kompleks kawasan melontar jamarah setinggi 5 tingkat, khabarnya dicadangkan oleh kerajaan Malaysia - diterima dan tender membinanya diberikan kepada kontraktor Malaysia. Alhamdulillah, dah siaplah dua tingkat yang awal, dgn keluasan seperti sebuah lebuhraya, setiap jamarat diperpanjangkan kepada 50 meter, dijauhkan antara satu sama lain dan yang paling penting - sistem laluan jamaah haji yang SEHALA,. Tiadalah pertembungan antara jamaah yang hendak melontar dgn yang sudah melontar. Kawalan keselamatan yang ketat dan mempunyai ribuan anggota amat membantu. Terdapat 1400 CCTV dipasang utk. mengawal keadaan. Setiap tembok disekelilng jamarat dilapik dengan lapisan `sponge' setebal satu kaki utk. menyerap hentakan dan himpitan manusia.
Maka dipermudahkan Allah urusan melontar dalam musim haji kali ini. Ustaz Shapawi, guru agama Maktab 81 mengatakan ini semsa sesi muhasabah haji seminggu kemudian, ` Alhamdulillah, melontar sekarang lagi mudah dari berebut nak beli teh tarik di depan hotel ni!' Tak dapat digambarkan betapa syukurnya apabila Dr.Har dapat berdiri betul-betul di tepi tembok, melontar batu satu per satu, dan melihat sendiri dgn YAKIN, batu-batu ini masuk ke Jamarah! Tempat paling strategik adalah di penghujung atau ekor belakang tembok jamarah yang berbentuk sampan tu, bukannya di muka tembok atau kepalanya! Kat situ ramai yang bertumpu di situ, dan agak sukar utk. menghampiri tembok. Tapi , agaknya semacam ada tarikan atau `rasukan' syaitan di situ. Hati memang rasa GERAM je nak menumpu kat situ. Kena lawan betul-betul tarikan tu untuk membolehkan kita terus ke belakang dan mencari ruangan utk. melontar dengan sempurna.
Balik dari melontar jamarah Aqabah pada 10 Zulhijjah, Dr.Har dan Ustz Zul berbincang mengenai bagaimana strategi atau nizam itu amat perlu bagi mendidik manusia. Apa tidaknya, para jamaah masih tetap MANUSIA yang ada sikap dan perangai yang begitu, namun bila pengurusan diperbaiki, maka teraturlah urusan manusia tadi! Rasa `sedikit bangga' menjadi rakyat Malaysia kerana projek itu khabarnya hasil cadangan negara kita~! Namun, alhamdulillah - semasa tahajjud malam tu di khemah, Allah memberikan peringatan - Segalanya di dalam ketentuan Allah. Betapapun cantik pengurusan dan kelengkapan serta kemudahan yang disediakan, jika tidak dengan izinNya jua, takkan mampu segalanya itu menghalang bala bencana! Terus Dr.Har bersolat taubat, mohon ampun dek kesombongan dan keterlanjuran hamba yang tidak sedar diri ini!
Apakah yang sebenarnya hendak dicapai dari kewajipan melontar jamarah ini? Nak melontar syaitan? Kalu gitu, peluru berpandupun takkan dapat menghapuskan syaitan, apatah lagi tujuh biji kecil anak batu! Apakah yang perlu di`lontar', di`buang' dan di`campakkan' ke dalam jamarah itu? Apakah dia yang ada pada kita yang MESTI ditinggalkan di ketiga-ketiga jamarah itu, dan pastikan kita tidak membawanya pulang bersama-sama kita semula? Pada pagi subuh 11 Zulhijjah tu, Dr.Har sempat memberikan tazkirah kepada rakan-rakan sekhemah utk. merujuk Surah Al-Israa' 61 - 65
[61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
[62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).
[63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
[64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Sifat SOMBONG, BONGKAK dan MERASAKAN DIRI LEBIH dari orang lain itulah sebenarnya yang telah menjerumuskan syaitan kedalam laknat Allah! Kalau dinilai dalam-dalam, bukankah sifat itulah yang menjadi PUNCA dan SEBAB UTAMA sebarang pertelingkahan - baik kecil atau besar, antara suami dgn isteri, antara anak-anak, jiran tetangga, rakan sepejabat, antara dua negara dan benua! Itulah dia benih-benih kerosakan yang mesti dikikis dari diri Muslim> Itulah yang mesti kita lontar sehabisan-habisan dan sejauh-jauhnya! Jika sifat ini masih menebal selepas selesai mengerjakan haji, persoalan UTAMA tentunya sama ada kita benar-benar menghayati ibadah haji ini.
Tanyakan pada diri bagi graduan-graduan hujjaj yang telah diberikan peluang oleh Allah utk. menziarahi ketiga-tiga jamarah tersebut dalam musim-musim haji yang lalu : Adakah kita masih memiliki perasaan membesar diri dan sombong kepada orang lain, sekalipun hanya merupakan bisikan di dalam hati???
Bagi yang masih menunggu giliran utk. bertandang ke Tanah Suci. Ayuh pasang niat, harus segera ke sana bagi MELONTAR jauh-jauh sifat TERBURUK dalam senarai mazmumah yang akan menyebabkan kerosakan semata-mata!
Tu dulu
Dr.Har ( 010207)
Sebenarnya, pada tahun 1955, arwah ayahanda Dr.Har membawa keluarga kecilnya ketika itu ( bonda, abang sulong berumur 3 dan kakak - setahun) mengerjakan haji dengan menaiki kapal laut yang mengambil masa hampir tiga minggu merentas lautan. Nawaitu utama beliau adalah untuk berhijrah ke sana dan menyambung pelajarannya, yang telah terhenti kerana diminta pulang ke tanahair dan berkahwin. Malangnya, pada tahun itu kerajaan Arab Saudi mengenakan peraturan yang ketat bagi mereka yang ingin menetap di Makkah dan kerana itu, ayahanda sekeluarga terpaksa pulang ke Tanah Melayu. Terdetik di hati Dr.Har, kalau tidak begitu suratan takdir, tentulah Dr.Har dah jadi anak kelahiran Makkah. Masa Dr.Har ceritakan perkara itu pada Ustz Zul selepas perjalanan pulang dari solat Isyak di Masjidil Haram, dengan selamba Ustz Zul menyampuk : ` Kalau Har jadi anak jati Makkah, alamatnya tak jadilah pakar sakit puan macam sekarang ni. Paling hebat, mungkin Har jadi polis perempuan berpurdah hitam yang tahan jamaah utk check beg kat pintu-pintu masjidil Haram atau Nabawi tu. Entah-entah, nasib tak baik, jadi macam perempuan Pattani kat bawah hotel tu, yang jual tasbih dan gelang kokka!' Begitulah sinisnya suami Dr.Har yang sorang tu! Hanya Allah SWT yang paling baik menentukan nasib hamba-hambaNya.
Di Madinah, Dr.Har sempat bertandang ke rumah Sister Shayma Khayruddin, seorang calon PhD di Jabatan Dakwah Fak. Pengajian Islam UKM yang pernah menemuramah Dr.Har dan Anfal diKL pada bulan September yang lepas. Bila diberitahu yang Dr.Har nak tunaikan haji, dia memang minta sangat Dr.Har dtg ke rumahnya. Jadi, pada malam 8 Disember, 3 hari lepas sampai ke Madinah - kami berdua dijamu dgn nasi bukhari yang dimasak khas oleh ibu Shayma, Sarah. Hospitality mereka memang kelas pertama, dan banyak juga isu yang dibincangkan. Seorang makcik Shayma yang turut datang rupanya bekerja sepenuh masa dgn World Assembly of Muslim Youths. Antara intipati perbincangan, mereka rasakan lelaki Arab ni memang tidak optimumkan potensi wanita mereka . Itulah sebabnya tajuk tesis Shayma ` Comparison between Muslim Women Dakwah NGO in Malaysia and Saudi'. Input kaum lelaki Arab pula berbeza. Dari perbualan Ustaz dgn mereka, masing-masing MEMUJI wanita Malaysia yang dikatakan begitu taat kepada suami, walaupun berpelajaran tinggi dan professional. Mengikut mereka, kalau wanita Arab diberi muka seprtimana yang kita lakukan di Malaysia ni, alamatnya mereka akan `berlagak', sombong dan langsung tidak menghormati suami. Well, this is interesting to be studied further!
Seminggu sebelum wukuf, melalui adik-adik students Univ Madinah, kami mendapat jemputan sebuah NGO baru ` Masroo' Ta'zim Biladil Haram - yang objektif utamanya adalah ut. menyemarakkan usaha memakmurkan Tanah Haram. Yang menariknya, pimpinan NGO ini yang terdiri dari lecturers dari Univ. Ummul Qura, mengambil kesempatan musim haji kali ini utk. menjemput pemimpin masyarakat dari negara-negara Islam utk. bertemu dan memberikan pandangan dan cadangan utk. membangunkan lagi Tanah Haram. Sebelum hari kami datang, mereka sudah bertemu dgn rombongan dari Turki dan Iraq. Suasana perbincangan mesra penuh ukhuwwah. Beberapa pensyarah dari UIA, KUIM pun turut datang.Masa ana diperkenalkan - perkataan `Raeesah' disebut berulang kali. So, ana pun memberikan beberpa cadangan :
1. Diharap MAsjidil Haram juga mengamalkan pemisahan jamaah wanita dan lelaki sebaik mungkin seperti di Madinah. I feel it can be done, but a little bit more `political will' mest be asserted
2. Usahakan sesi-sesi pengajian berkelompok di adakan di Masjid dalam bahasa-bahasa seperti English, Urdu, Bahasa Melayu, Cina, Turki dan French utk.hujjaj wanita yang rata-ratanya datang dari jauh, tanpa ilmu yang mendalam mengenai asas-asas Islam. Utk. keperluan para penceramahnya, sudah tiba masanya kerajaan Arab Saudi menubuhkan satu institut melatih pendakwah wanita dari berbagai negara! Ana cuba nampak satu sesi pengajian dgn seorang Ustzh di Masjidl Nabawi, itupun dalam bahasaArab sahaja!
Alhamdullillah, pandangan anda dirasakan bernas dan innovatif. Let's see whether it is going to happen or not. Apapun, rasa puas dan syukur kerana suara JIM diwakili dan didengar dlm perjumpaan ringkas itu. Lunch - masyaAllah - SEDAP sungguh - sheesh kebab kambing kegemaran Dr.Har!
Tu dulu. PSS (10) menyusul tak lama lagi.
Dr.Har (050207)
Alhamdulillah, sampai juga hajat Dr.Har menyudahkan assignment peribadi berkongsi pengalaman sanggar spiritual di Tanah Suci Makkah dan Madinah baru-baru ini.
Hari ni, genap tiga minggu kami pulang ke tanahair. Cabaran yang BESAR bagi setiap alumni haji adalah keupayaan untuk ISTIQAMAH dalam perubahan-perubahan positif yang ditunjukkan selepas bersanggar berpuluh hari lamanya. Janganlah ia menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Mungkin kena ada strategi pengukuhan - contohnya : pergi menunaikan umrah dalam tempoh lima tahun selepas itu sekiranya ada kemampuan.
Sebulan berada di Makkah, membuka begitu banyak peluang keemasan beriktikaf di Masjidil Haram. Masjid yang palingmulia, menempatkan Baitul Atiq yang tiada duanya di atas muka bumi ini. Apa yang amat jelas sepanjang di situ adalah PENYATUAN dan PEMUSATAN tumpuan kepada yang SATU. Satu Kaabah yang menjadi qiblat yang satu, berimamkan seorang imam, melakukan gerak geri solat dalam satu rentak yang sama. Perasaan khusyuk sememangnya mudah untuk berada di hati, apatah lagi tumpuan tidak diganggu oleh panggilan telefon ( walaupun ada juga jamaah yang tidak men`silent' kan HP mereka !) panggilan pager serta tekanan untuk segera beredar menuju tempat kerja dll.
Tawaf - satu ibadah yang menimbulkan rasa kerdil dan penuh pergantungan kepada Allah. Seolah-olah manusia ini dididik Allah SWT sebanyak tujuh kali berturutan untuk memastikan hatinya tertumpu hanya kepada Allah sahaja. Bukan sahaja hatinya, malahan segala tindak tanduk dan pertimbangan, mesti sentiasa disandarkan kepada Allah SWT. Kami berdua cuba sedaya upaya memperbanyakkan tawaf sunat. Sempat bertawaf dua kali di tingkat paling atas, yang mana satu pusingan mengambil masa sepuluh minit ~ 1 km jauhnya per circle. Apa yang merangsang kami untuk turut menunaikan tawaf di situ adalah melihat kesungguhan pakcik-pakcik dari Pakistan, Afghanistan dan India - yang sudah lanjut usia ( sekitar 60-70 tahun) yang saban hari bertawaf sambil berlari-lari anak di atas bumbung Masjidil Haram. Malahan , satu ketika Dr.Har nampak seorang pakcik Afghanistan yang memakai kaki palsu ( mungkin beliau seorang mujahideen yang cedera di medan perang) terhencut-hencut dengan peluh bersimbahan menyempurnakan tawafnya dengan wajah penuh tenang dan khusyuk. Ketika sampai di sudut Hajarul Aswad, ketika beristilam : terasa hati berbisik : Ya Allah, sudilah kiranya Engkau menjabat tangan hambaMu yang kerdil lagi hina ini - kerana sesungguhnya hamba berjanji bahawa tiada sekutu bagiMu dan Engkaulah satu-satunya Tumpuan Mutlak hidup dan mati hamba!
Semasa saie, Dr.Har sentiasa merasa begitu bersemangat sekali. Untuk khusyuk semasa saie, Dr.Har bayangkan menjejaki langkah-langkah cergas Hajar menuruni lembah antara Safa dan Marwah. Hanya seorang ibu sahaja yang mampu menyelami perasaan cemas Hajar yang bimbangkan keselamatan dan kesejahteraan anak kecilnya. Menitis airmata mengenangkan kesungguhan Hajar. Dr.Har tambah sayu bila mengenangkan : Hajar, semasa engkau berlarian dalam panas terik di sini, engkau keseorangan tanpa suamimu di sisi. Sedangkan aku hari ni, ditemani ribuan saudaraku yang lain, berpegangan tangan bersama suamiku! Kemantapan imanmu tidak lagi boleh dipertikaikan. Ku berdoa kepadaMu Ya Allah, moga setiap wanita yang sedang bersaie bersamaku ini akan Kau berikan keteguhan iman dan kekuatan aqidah sebagaimana Hajar. Dan muliakanlah Hajar di sisiMu dengan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya!
Solat berimamkan imam-imam Masjidil Haram - memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Sekalipun tidak faham apa yang sedang dibcakan, namun kekhusyukan mereka menuturkan setiap ayat Al-Quran itu sudah cukup untuk menggegar hati. Apatah lagi kalau Dr. Abd. Rahman Sudais membaca dengan sebak di dada, pada ayat-ayat uyang memberi ancaman dan peringatan. Semasa beliau membaca beberapa ayat penghabisan (72-73) surah Al-Ahzab :
[72] Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. ( ZOLUMAN JAHULA)
[73] (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .
Di Masijidl Haram, Dr.Har berpeluang beberapa kali solat bersebelahan dengan jamaah dari Palestin! Pertemuan dengan Ibtisam `Ashlah dan ibu mertuanya Latiffa dari Arabi al Batuuf, dekat Haifa berlaku semasa Dr.Har menunggu untuk solat Zuhur. Memandangakan mereka tidak membawa sejadah dan sujud di atas jubin lantai masjid yang sejuk, Dr.Har menyusun sejadah memanjang utk. dikongsi bersama. Alangkah terkejutnya dr.Har bila, dia mengambil sejadah itu dan diletakkan di depannya, menyebabkan Dr.Har pulak yang tak bersejadah. Begitu cepat Dr.Har bersangka buruk, rupanya Ibtisam bangun dan meminta Dr.Har duduk diantara dia dan ibunya, memberikan penghormatan kepada Dr.Har selaku tuan punya sejadah agar duduk di tengah-tengah! Subhanallah, begitulah sekali dia menghargai perkongsian ini. Oh,oh lupa pulak nak bagi tahu - kami bertiga ni saiz XXL, actually Dr.Har lah yang paling kecil kalau nak dibandingkan mereka berdua (ehem!) Terdetik di hati, muat ke sejadah ni nak accomodate kami bertiga ni? Subhanallah - semasa solat Zuhur, pabila kami bertiga sujud, Dr.Har jelas dapat memastikan dahi kami bertiga sememangnya berada di atas sejadah itu dengan amat selesa. Ya Allah, hambaMu ini tidak akan lagi mempersoalkan kebesaranMu terutamanya di dalam rumahMu ini sendiri! Bila Dr.Har amati, kebetulan kami berada di garisan shaff yang agak `slanted' dalam pusingan saff yang besar mengelilingi Kaabah. Oleh itu, Ibtisam yang berada di kiri ana, sebenarnya berdiri sedikit ke depan, dan Makcik Latiffa yang berada di sebelah kanan pula berdiri sedikit ke belakang dari Dr.Har. Pendek cerita, sejadah itu sebenarnya agak menyenget dan tidak betul-betul lurus melintang di hadapan kami! Allahu Akbar! Sebelum berpisah, Ibtisam yang boleh bertutur dalam English sempat berbual dengan Dr.Har. Dr.Har serahkan sekeping SR50 ke dalam tangannya. Dia terkejut lalu bertanya ` Why, sister, why are you giving me money?' Ana menjawab, `I know you might not need the money because you would have your own to come all this way to Makkah. But this is for the intifadhah! My family and friendsin Malaysia always pray for the Palestinian brothers and sisters. Ibtisam, I have prayed in Masjid Nabawi and Masjidil Haram. Before I die, I must try to pray in Masjidil Aqsa, InsyaAllah.' Ibtisam terus menterjemahkan apa yang Dr.Har ucapkan kepada ibunya, dan Latiffa merangkul ana dengan airmata berlinangan di pipinya. Ibtisam juga turut berpelukan untuk seketika. Terasa sungguh hangatnya ukhuwah yang disimpulkan oleh aqidah yang satu, sekalipun baru sebentar bertemu, terasa seperti telah bertahun mengenali hati dan budi!
Ana rasa sampai di sini dulu coretan PSS ini. Ana sudah compile -kan PSS 1-10 dalam satu dokumen Words yang akan ana sisipkan dalam posting email ini. Moga coretan ini dapat memberikan sedikit renungan dan panduan untuk semua.
Dr.Har ( Alumni Hajj 1427H)
ENJOY THIS WRITING!
Loves,
Dr. Har
Nota catatan dalam 10 siri ini ditulis selepas Dr Har pulang dan dimuatkan dalam laman web Wanita JIM pada awal 2007.
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (1) :
Salam penuh takzim, penuh kasih sayang, penuh ukhuwwah!
Akhawat & ikhwah warga JIM yang dikasihi,
Alhamdulillah, berkat doa semua, selesailah sudah sanggar
spiritual Dr.Har & Ustaz Zul - bermula pada 5 Disember dan berakhir jam
8.45pm, 17 Januari yang lalu. Selama 44 hari,kami bermusafir berdua,
bersama-sama sekitar 26 ribu jamaah haji Malaysia - menyertai konvensyen agung
tahunan umat Islam di dunia ini. Menjejaki perjalanan hidup Ar-Rasul yang amat
dikasihi, menyelusuri kisah sejarah keluarga Ibrahim yang dimuliakan Allah,
mentadabbur Al-Quranul karim di tempat ayat-ayat yang suci itu diturunkan, menjadi
saksi akan kebesaran serta keagungan Allah SWt yang tiada sekutu dan perakukan
kegigihan `tabligh' seorang manusia suci yang mendapat wahyu pertama di puncak
Jabal Nur - menjalankan amanah hingga tersebar risalah agung ke seluruh pelusuk
alam. Jzkk kepada semua akhawat dan ikhwah yang begitu prihatin terhadap
kebajikan keluarga dan anak-anak yang ditinggalkan, terutamanya ahli-ahli usrah
Dr.Har dan Ustaz Zul serta ahli-ahli JIM Daerah Cheras.
Mustahil hendak Dr.Har nukilkan setiap satu persatu pengalaman
yang ditimba sepanjang spiritual retreat ini! Pastinya, sebuah lagi buku
sepertimana tulisan Akh Hafidzi dan K.Zu harus ditulis bagi merakamkan setiap
pengalaman berharga.
Cukuplah dulu dalam posting yang pertama ini, Dr.Har rakamkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada Ilahi yang telah mengizinkan Dr.Har dan Ustz Zul menjadi tetamu-Nya kali ini. Sepanjang tahun 2006, Dr.Har diizinkan Allah menjejakkan kaki ke NY, Barcelona, Istanbul, Chiangmai dan Cairo. Namun pemergian ke Tanah Suci Madinah dan Makkah, tentunya jauh lebih bermakna dan bererti. Sememangnya niat dan persediaan untuk perjalanan ini juga berbeza. Tentu sekali natijah dan hasilnya juga berlainan benar.
Sepanjang 44 hari di sana, yang paling menyedihkan adalah apabila Dr.Har perlu mengatakan `selamat tinggal' kepada Ar-Rasul SAW dan Kaabatullah. Semasa ziarah wada' di Masjid Nabawi pada tanggal 14 Disember, dengan linangan airmata yang deras membasahi pipi, Dr.Har memohon permisi dengan mengatakan, `Ya Rasululullah, engkau lebih ku kasihi daripada diriku sendiri. Bagaimana mungkin aku membelakangi mu untuk melangkah keluar dan pergi meninggalkan tempat yang menjadi rumahku sepanjang lapan hari ini! Betapa aku rindu sedangkan aku masih di sini. Yet, go I must Ya Rasulullah, for Allah has called me to His House. And I will try to iwork out and pray very hard to come again to visit you, Ya Habibullah!
Pada tanggal 15 Januari, jam 11 malam, semasa selesai tawaf wida' - hati yang sejak tiga hari begitu `down' kerana memikirkan perpisahan ini - kembali cekal dan pasrah apabila dalam doa di Multazam, Dr.Har sempat berbisik : Ya Allah, Ya Rabb - hamba mohon permisi untuk pergi dulu - bukan kerana benci ataupun jemu berada di sini, the past 30 days here have been the most HUMBLING MOMENTS of my life. How I wish I could stay here forever! Yet Oh Allah, I have made a lot of promises to You here in front of your Kaabah, particularly in doing a better ISLAH to myself, my family and society through my jamaah. And I have to go back to where I come from, to fulfill all those promises, for I would definitely not able to accomplish them here. So Allah, bless me with your Guidance, Your Love and Your Assistance. And don't let this be the last tawaf, and allow me to be here again soon enough. Sekiranya ini adalah tawaf yang terakhir, maka gantilah dengan jannahMu, Ya Rabb!
Dear akhawat & ikhwah,
I have to stop here, for my tears is blinding my eyes now! Rasa rindu dan sayu terkadang terasa terlalu berat untuk ditanggung. Yet, I know very well, I have to go on with my life. So, here I am - back with you all. A brand new me, InsyaAllah!!
Lots of loves,
Dr.Har ( 240107)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (2) :
Pengalaman Madinah Munawwarah
Salam ukhuwah
Ikhwah dan akahwat warga JIM yang dirahmati Allah sekelian,
Semoga Allah merestui hasrat Dr.Har mencoretkan secara `runcit-runcitan' perkongsian pengalaman semasa sanggar spiritual baru-baru ini. Almaklum, dengan keluarga JIM yang besar, mustahil kita dapat berkumpul dalam satu masa utk. mendengar perkhabaran ini, melainkan Dr.Har manfaatkan internet ini sebagai penghubung silaturrahim.
Dari rumah ke Kelana Jaya, kami bertolak dalam hujan lebat dan angin kencang petang 5 Disember, Selasa - jam 5.45 petang. Alhamdulillah, tiada traffic jam- kami sampai d Kompleks TH tepat jam 6.15pm. Sempat bertemu K. Faridah Maluddin & suami yang sudi meluangkan masa menghantar kami. Bidding goodbye to the family was not so easy - especially melihat bonda Dr.Har yang sudah agak uzur, namun nampak begitu bersemangat hendak menjaga tiga cucunya, Syamil nampak well-composed, Deena manja melontarkan small kissess all over my face, memeluk Syifa' erat - kat situ terasa begitu hiba melihat airmatanya! Terus check-in , masa tu ternampak K.Ros, Roha dan Misah Jaafar melambai-lambai di celahan orangramai. Sempat mengambil bingkisan kad yang ditulis oleh K.Ros. JZKK di atas keprihatinan semua.
Flight Saudi Air SV 5011 dari KLIA ke Madinah, on time. Empat jam
dl perjalanan, ada seorang jamaah haji wanita dari Ipoh collapsed semasa nak ke
tandas. Bermulalah adventure Dr.Har buat resuscitation atas flight tu. Rupanya
Makcik Siti Mariah sudah sebulan tak makan gula, sebab doktor kata gula dalam
darahnya naik sikit, belum jadi kencing manis, tapi Makcik kurangkan
pengambilan gula ye. Dahlah tu, makcik ni tak makan dah tiga hari, dalam flight
pun tak lalu nak makan. Memang makcik betul-betul hypogylcemic - sedar selepas
diberikan minum air gula, tapi pengsan balik. Mulalah Dr.Har buka peti ubat
Saudi Air yang serba kekurangan - 50% dextrose ada satu botol, tapi malangnya syringe
cuma ada dua 10 cc, branula tak de, yang ada cuma needle 16G . Dahlah glove
yang ada saiz 8.5, saiz tangan Pak Arab! Selepas kira-kira 20cc of Dextrose 50%
went in, Makcik became better. Landed je di Madinah, ambulance dah tunggu dan
terus bawa Makcik ke klinik TH Malaysia. Dua hari later, Dr.Har dikhabarkan
makcik Siti mariah dapat heart attack selepas dua jam berada di klinik, dan
meninggal di situ. Dikebumikan di Baqi' selepas disembahyang pada Subuh pagi
Khamis, 7 disember. Terbayang-bayang wajahnya, rupanya janji Allah sudah
sebegitu.
Kesejukan dinihari Madinah pernah mencecah 13 darjah Celcius pagi
Jumaat 8 Disember. Namun kehangatan berada dalam Masjid Nabawi memang begitu
selesa. Memandangkan wanita diasingkan dari jamaah lelaki, Dr.Har nampak
sungguh betapa kelam kabutnya suasana bila kumpulan wanita dari negara-negara
seperti Indonesia, Turkiye, African countries , Iran & China - berjalan
secara berkumpulan kerana bimbang terpisah. Memandangkan ramai antara mereka
yang pertama kali keluar dari comfort zone mereka ( rumah dan kampung mereka)
dan ramai juga ynag tidak tahu membaca, bolehlah dibayangkan betapa menakutkan
pengalaman berada di tempat begitu ramai orang, tanpa dipimpin dan dipandu oleh
suami, anak atau bapa mereka. Jamaah wanita Malaysia nampak lebih independent
dan tidak kalut berjalan berdua atau seorangan. Yang penting, Dr.har gunakan
peluang keemasan ini untuk bertaaruf, dan tidak hanya duduk sesama Malaysian
sahaja. Nak tahu sapa yang Dr.Har jumpa sepanjang di Madinah? Tungguu.......itu
dalam PSS (3), InsyaAllah.
Dr.Har ( 250107)
CATATAN PASCA SANGAR SPIRITUAL (3) :
Managing Diversity in the Holy Lands
Salam takzim
Akhawat & ikhwah yang dikasihi,
Rasanya Dr.Har tak dapat nak detail out satu persatu pengalaman spjg berada di Tanah Suci dalam internet ni So I decided to write in under themes, and try to link up the incidences that had happened.
Sememangnya, Dr.Har sedar betapa semasa di Tanah Suci nanti, itu akan menjadi pertembungan seribu satu macam diversity sebagaimana yang diperjelaskan di dalam Al-Quran, Al Hujurat ayat 13 yang mafhumnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sedangkan pula, sepanjang kerja atau manasik haji, sememangnya ianya adalah hasil bah dari ketakwaan. Itulah yang diperjelaskan dalam Surah Al Hajj, ayat 32 yang mafhumnya:
Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.
Mengurus kepelbagaian ( Managing Diversity) sememangnya satu kemahiran yang mesti ada pada diri duat. Terasa sungguh, pengalaman di Tanah Suci merupakan hands-on experience bagi sesuatu yang Dr.Har sendiri masyhurkan di dalam JIM & Fakulti Perubatan UKM .
Bermula dgn kepelbagaian di kalangan teman sebilik - berlima sebilik di Madinah & berenam di Makkah. Dr.Har memang yang paling muda :-)))Yang paling senior berusia 72 tahun, yang Dr.Har anggap sebagai bonda. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Semasa interaksi sesama saudara di Masjid Nabawi dan Masjidil
Haram, memang ketara sungguh kepelbagaian yang ada. Sedangkan yang datang dari
satu negara pun, nampak begitu berbeza. Jamaah dari Indonesia - ramai sungguh!
Total mereka sekitar 206,000 org. dibanding Malaysian 26,000. They are the most
colourful! Sepanjang di Madinah, sempat berinteraksi dgn Widowati dari
Sidoarjo, Jawa Timur - seorang dosen biologi yang sedang tercari-cari satu
model Prasekolah Muslim. Apalagi - Rangkaian Tadika Amal dipromosikan! Ibu
Zuryetti, seorang guru dari Riau dan Ir. Reni Yesi, seorang dosen kejuruteraan
dari Padang juga menjadi teman kenalan. Ibu Reni sempat memberikan resipi
rendang jeruan - limpa @ hati masakan orang Padang. Dr.Har dapat juga bertemu
beberapa teman dari Brunei, Pattani dan Singapore, namun tak perasan pulak
jemaah dari Filipina atau Myammar.
Kenalan dari India dan Pakistan agak mudah berinteraksi dalam
Bahasa Inggeris. Sempat berkenalan dengan Sanvir Fatima dan keluarganya dari
Uttar Pradesh. Seorang lagi `dosen' psikologi dari Karachi, Sehar Hassan dan
adik iparnya Tayyaba Akhtar menghadiahkan seutas tasbih sebagai tanda
persahabatan.
Dari benua Afrika, Dr. Har sempat berinteraksi dgn Sarat Oyalowo , a talkative clerk from Nigeria dan Anta Salleh dari Dakar Senegal. They spoke English very well. Anta was a very humble smiling lady, who has been to Makkah for the 8th time, 4 grown-up children - one son in Paris, one lawyer daughter in Vancouver Canada, youngest son doing journalism in Madrid dan another son, doing business in Dakar. Anta sempat berpesan, `The next time you are in Paris, please let me know beforehand. I will let my son Abduh know about your arrival and he can bring you around Paris. BTW, you can stay in our house in Paris. Dr.Har pun kata : `You have a house in Paris? You must be very rich. If you happen to be the wife of the President of Senegal,sister Anta - you have to let me know. Otherwise, I would be very embarassed! No no sister, I am not the wife of the President. After a short pause, she said : The current President of Senegal is my COUSIN!' So moral of the story, do not ever look down upon anyone sitting next to you in the masjid. You'll never know who they are!
Ada satu insiden, macam selalu bila kita nak minta lalu di celah-celah jamaah yang sedang duduk di saf, kita membongkokkan diri sambil meluruskan jari tangan kanan dihulurkan ke depan! Dr.Har pun `mintalah lalu' style orang Melayu ni di celah sekumpulan wanita Pakistan. Punya keras mereka menggelengkan kepala, TAK BAGI dr.har lalu. Sangka mereka Dr.Har nak mencelah masuk ke dalam saf. So, Dr.Har pun jalan terus. Rupa-rupanya , bila Dr.har observed, cara depa orang ni minta lalu, adalah dengan menyentuh sedikit kepala kedua orang di kanan & kiri tempat yang kita nak menyelit lalu tu, itulah caranya. Style Dr.har tadi diinterpretasikan sebagai cubaan untuk mendapatkan tempat duduk utk. solat! I should have just pegang sikit kepala makcik-makcik Pakistan tadi, then I am sure, they would be more than happy to let me pass through! Jangan cuba buat macam tu dgn jemaah Malaysia. Mengamuk-ngamuk makcik satu floor dgn Dr.har balik masjid satu kali tu, `Ada ke patut dia pegangnya kepala kita sambil melangkah lalu. Nak lalu, lalu jerlah - ni nak pegang2 kepala orang pulak!
Subhanallah, Maha Kaya Allah yang menciptakan segala kepelbagaian ini untuk dijadikan tanda kebesaranNya! Allahu Akbar!
InsyaAllah dalam PSS (4), bagaimana seorang aktivis wanita macam Dr.Har melihat Hajj secara keseluruhannya.
Dr.Har (260107)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (4) :
Ibadah Haji dari kacamata seorang
aktivis
Salam ukhuwah,
JZKK di atas input, respon dan feedback yang diterima dari ikhwah akhawat yang mengikuti siri PSS ini. Kalaulah coretan dan perkongsian ana dapat mengimbau nostalgia antum yang pernah bertandang ke Tanah Suci dan membangkitkan keghairahan utk. pergi lagi - itu sudah amat baik bagi ana! Kalau ada yang masih menunggu giliran dan teruja nak melipatgandakan usaha utk dipilih Allah dalam tempoh terdekat ini selepas mengikuti penulisan ini, itu sudah betul-betul bagusss!
Apapun, jangan lupa membawa bekalan taqwa sebagai sebaik-baik bekalan. Maklumlah nak buat kemuncak dari semua rukun Islam yang digariskan. Harus ada persediaan spiritual yang mantap. Persediaan ekonomi - eloklah jumlah duit yang selesa utk berpergian dan yang ditinggalkan. Persediaan ilmu ( cognitive ) - mesti diperkemaskan, bimbang banyak kekurangan ibadah disebabkan kejahilan. Persediaan fizikal utk mengumpul stamina - A MUST, Dr.Har & ust Zul ber`brisk-walking' 2-3 kali seminggu selama dua tahun kebelakangan ni. Persediaan psikologi ( emosi) - paling penting utk. menyediakan diri berhadapan dgn the unexpected. Persediaan terakhir - dari sudut sosial, sebab hajj memang menjadi litmus test terhadap sikap dan status keupayaan kita menjadi manusia yang berinteraksi sesama manusia!
Ada beberapa noktah penting yang ana amati sepjg sanggar spiritual di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
1. Haji menjadi bukti pengiktirafan Allah terhadap keupayaan WANITA mengerjakan perintahNya. Kalaulah boleh kaum wanita mewakilkan sahaja ibadah haji ini kepada saudara lelaki atau suami mereka lantaran kesukaran dan cabarannya, tentu sekali ternyata wanita dianggap terlalu lemah dan tiada berdaya. Ana kira, lelaki yang paling gembira ( more than happy to do) utk. melakukan haji bagi pihak isteri, anak perempuan dan ibu mereka tentulah lelaki Afghanistan, Pakistan, India dan Arab yang selama ini agak kurang mendedahkan kaum wanita mereka kepada dunia luar. NAMUN, dengan perintah haji yang difardhukan keatas setiap Muslim yang berkemampuan, Allah mahukan wanita datang hadir sendiri secara fizikal ( dengan ditemani mahram dan izin suami) menyempurnakan ibadah kemuncak ini. Kesian betul melihat makcik-makcik Arab/ benua Pakistan-India ini ketakutan hendak menaiki eskalator di masjidil Haram, hingga menganggu perjalanan hujjaj yang lain. Sayu melihat mereka berangkaian berjalan ibarat gerabak keretapi lantaran bimbang hilang, hingga tidak kisah menolak dan menghimpit orang lain asalkan tidak terpisah dari rakan-rakan. Simpati melihat kaum lelaki mereka yang terpaksa bergegas menanti wanita mereka di pagar dekat Babun Nisa' di masjid Nabawi sejurus lepas solat, untuk menjemput mereka pulang. Agaknya itulah harga yang perlu dibayar sekiranya kaum wanita Islam tidak diberikan pendidikan asas, membaca, menulis dan juga membaca Al-Quran dgn baik. RUGI sungguh pembangunan sumber manusia ummah ini sekiranya wanita tidak diberikan pendidikan. Semoga hajj membuktikan kepada lelaki yang selama ini menganggap wanita harus dilindungi dari terdedah kepada realiti persekitaran.
2. Penghargaan untuk Muhammad, Pelopor Perjuangan Hak Asasi Wanita Sedunia: Semasa di Rawdah, Masjid Nabawi - ana menyaksikan kesesakan , insiden tolak menolak, himpit menghimpit yang tidak pernah tergambar di benak! Pengalaman ana `terseret' ke dalam kelompok Iran & Africans serta terpisah dari kelompok Malaysia/Indonesia memberikan peluang ana melihat sendiri raungan dan tangisan mendayu-dayu wanita Iran bila sampai di Rawdah. Ana tidak berpeluang utk menunaikan solat sunat di situ, kerana keadaan berhimpit yang boleh membahayakan diri. Khabarnya saban hari ada saja jemaah wanita yang pengsan di situ, malahan ada yang menemui ajal mereka akibat lemas! Dalam sekelip masa yang ada, ana sempat berbisik mengucapkan salam kepada Junjungan Mulia yang amat kita cintai. Entah bagaimana, inilah yang terlintas di hati ketika itu ` Assalamualaikum Ya Rasulullah, Habibullah, Khatamal Anbiya. Saya datang dari jauh, membawa rindu yang sekelian lama dipendam. I am so honoured to be here,Ya Nabiullah. I personally want to thank you, on behalf of ALL the women in the world, for your noble mission to upgrade and emancipate us. It was you who said, The best among you is the best treating his ahli (wife) and I am the best among you! It was you who led the way for men to honour their women. If it was not for you, I and most of the women here would not have been around anyway! Wallahua'lam ! Once again, thank you for such a tremendous effort!
Bila ana ceritakan pengalaman tersebut pada K.Zie ( akhawat JIM
Sepang) yang semaktab dgn Dr.Har - ini respon dia: `Har, rasa K.Zielah, tak ada
orang yang dtg Rawdah menyatakan penghargaan macam Har cakap tu. Everyone is
too busy praying for their own good. Agaknya aktivis wanita macam Har jerlah
yang ada that kind of dialogue line!
3. Saie- Simbolik Pilihan Allah. Saie adalah salah satu RUKUN haj. Dr.Har cukup tersentuh apabila memikirkan, insan pertama yang merintis amalan tersebut. Allah merakamkan pencarian seorang manusia mengharap belas ehsan Allah, namun tidak hanya duduk diam berpeluk tubuh. Sebaliknya , saie melambangkan DETERMINATION, HOPE and USAHA. Tentu ada sebabnya mengapa Allah memilih serta memuliakan Hajar utk menjadi perintis rukun haji tersebut. Mengapa tidak Nabi Ibrahim sendiri, kalaupun tidak Ismail. Allah mempunyai alasan-Nya sendiri, memilih seorang wanita, bukannya seorang lelaki. Sudahlah wanita, seorang hamba pula, bukannya seorang ratu atau permaisuri. Sudahlah seorang hamba wanita, Hajar bukanlah seorang berkulit putih bersih yang menawan. Hajar adalah seorang hamba wanita Habsyi yang berkulit HITAM! Di kacamata ramai manusia, tentulah Hajar yang sebegini profil akan diletakkan di kedudukan paling rendah. Namun sebaliknya Allah MENGANGKAT Hajar ke kedudukan yang paling dimuliakan. Itu dulu. InsyaAllah PSS (5) menyusul esok. Haraplah respon sikit-sikit, semangatlah sikit Dr.har ni nak menulis :-))))
Dr.Har (290107)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (5)
:
Tadabbur Al-Quran di Tanah Suci
Salam ukhuwah
Jangan sesekali tak bawak Quran kita sendiri
kalau berada di Madinah dan Makkah!
Don't leave your hotel room without it!
Itu adalah pesanan Dr.Har kepada semua bakal hujjaj.
Alangkah ruginya sekiranya kita sekadar termenung atau berborak kosong ketika berada di masjid menunggu masuknya waktu. Memanglah banyak sungguh jilid Al-Quran yang disediakan di rak-rak masjid. Namun, nothing beats reading from your very own jilid! Dr.Har dan Ustz Zul bawak Quran terjemahan kecil berzip dari Indonesia - Syaamil Al-Quran terbitan PT Syaamil Cipta Media - yang menyisipkan sekali jilid ringkas Ma'thurat Wazifah Kubra. Memang tulisannya kecil, tapi memang best berdampingan dgnnya.
Memang lain sungguh rasanya membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut di tempat di mana ianya diturunkan. Penghayatannya jauh lebih mendalam dan kekhusyukan amat mudah diraih.
Apatah lagi, kalau selepas habis membaca satu surah dari Al-Quran, tiba-tiba Imam Masjidil Nabawi atau Imam Masjidil Haram membacakannya semasa mengimami solat maghrib dan Isyak! Tegak bulu roma seluruh badan.
Elok juga kalau Dr.Har kongsikan pengalaman Dr.Har minggu pertama berada di Makkah. Memang adik tiga pupu Dr.Har, Hafiz student Madinah yang kami temui ada berpesan : ` Akak, jangan terkejut nanti sampai Makkah. Suasana lain benar dari Madinah. Hati boleh jadi keras macam batu-batu bukit keliling Makkah tu. Lagipun, keturunan Abu Jahal dan Abu Lahab masih ramai lagi kat situ.
Sememangnya, Dr.Har dapat rasa perbezaan itu. Sampai di Makkah, hati seperti mengeras dan terasa agak `dry'. Masuk hari kedua, airmata tidak basah mengenangi mata setiap kali solat, tidak seperti di Madinah.Melihat Kaabah, hati terasa rindu, kagum dan asyik, tapi airmata tumpah hanya setitis dua. Apa dah jadi ni? Adakah dosa-dosa hamba yang begitu banyak ini yang menjadikan hati hamba ini keras, Ya Allah!
Semasa qiyamulalil hari ketiga, Dr.Har bermunajat panjang! Mohon Ya Allah, Engkau gantikan hati yang baru - hati yang lebih khusyuk dan dekat denganMu, Wahai Rabb yang di tanganMu terletaknya hatiku. Alhamdulillah, perlahan-lahan terasa hati kembali `basah' dan segar. Tambahan lagi Imam pagi itu membacakan surah As-Shaff yang menjadi hafalan ana selama ini! Legalah hati, sujud syukur akhirnya. Sesungguhnya, semasa bertandang ke rumah Allah ini, Allah terus berkomunikasi dan berinteraksi dgn kita. Semua CASH ON DELIVERY- COD!
Tu dulu. Kena gi kerja lah pulak! InsyaAllah, kita sambung lagi dalam PSS (6).
Dr.Har (300107)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (6) :
Insiden-insiden `CASH ON DELIVERY -
COD' di Tanah Suci
Salam Ukhuwah
Dalam PSS (6) ni, Dr.Har nak share beberapa insiden yang
dikategorikan sebagai COD, di mana kita menerima balasan atau akibat SEGERA
dari perbuatan kita - sama ada yang baik atau sebaliknya.
Sebelum pergi, Dr.Har banyak diperingatkan mengenai insiden-insiden COD yang dialami oleh mereka yang pernah ke sana. Terasa gerun juga memikirkan apalah agaknya insiden yang Allah reserve utk. kami berdua.Semoga catatan ini menjadi renungan dan tazkeerah bersama.
1. Yang paling memberikan kesan, di Padang Arafah ketika berwukuf. Dr.Har dan ustz Zul `menyeludup' keluar dari kawasan Maktab 81 yang terletak di hujung Arafah, dengan sign board besar warna kuning ` Arafat Ends Here' hanya kira2 20 meter dari kawasan perkemahan kami. Nak gi Jabal Rahmah memang tidak dibenarkan oleh TH, so we missed the `venue of the real action of wukuf'. Namun nak duk kat dalam khemah macam yang diarahkan, samalah juga menempah `masa tidur' yang tentunya begitu merugikan sepjg masa di mana Allah memberikan paling ramai hamba-hambaNya kebebasan dari neraka. Kami mencari-cari tempat yang sesuai utk. berdoa, di kawasan terbuka tapi agak tersembunyi, yang membolehkan kami mendongak melihat langit Arafah ketika itu. Cuaca terang, namun tak panas terik. Akhirnya kami membentangkan sejadah di celah antara dua khemah Indonesia yang kelihatan agak kosong. Kawasan itu seperti laluan pejalan kaki, tapi tidak sibuk dan hanya sesekali ada yang berjalan lalu. Bermulalah munajat kami - dengan juraian airmata penuh penyesalan dan kedhaifan, mengangkat tangan berdoa penuh harap dan takut. Dr.har bergilir-gilir dgn Ustaz membaca munajat yang dinukilkan oleh Mustafa Masyhur dalam bukunya `Munajat di Jalan Dakwah'. Kami sebut dan bayangkan wajah anak-anak apabila memohon agar usaha pengislahan ini diteruskan oleh mereka dan anak-cucu mereka.
Sesuatu yang tidak disangka terjadi sejurus selepas kami berdoa meminta kepada Allah SWT dimurahkan rezeki dan diberikan keringanan serta kekuatan untuk menginfakkan segala yang ada pada kami untuk jalan dakwah ini . Bahu kiri Ustaz Zul digoyang-goyang oleh seorang hujjaj, bangsa Arab - tinggi lampai dan kemas perawakannya, memakai ihram yang putih bersih, meminta sedikit wang lantaran kehabisan belanja. Masa tu, Dr.Har capai saja beberapa note riyal dalam beg duit dan berikan terus kepadanya, dan dia berlalu pergi tanpa banyak bicara. Kami terpinga-pinga, timing brother ni sampai betul-betul lepas kami memohon kekuatan berpisah dgn wang ringgit dan harta kekayaan untuk infak di jalan-Nya. Janganlah pulak ikhwah dan akhawat membuat spekulasi yang bukan-bukan, mana tau kalau-kalau yang tu malaikat yang datang menguji. I would feel very honoured to be visited by an angel definitely, yet I seriously feel that person is a real human being, flesh and blood who was desperately in need of help. Otherwise, he would not have interrupted our prayer! Oh yes, he can always be a con-man who was taking advantage of the generosity of the hujjaj then. Whoever he was, I leave it to Allah. As far as we both are concerned, he came just ON TIME!
2. Lima hari sebelum berwukuf, selesai mandi dan solat dhuha di bilik, Dr.Har sempat berkata dgn K.Non, roomate dari Ampang: `K.Non, seronoknyalah tak payah gi kerja. Tak payah buat round ward tengok patients, tak payah gi klinik.' habis saja Dr.Har berkata-kata,pintu bilik diketuk orang. Boleh saya ketemu Dr.Harlina? Suara lelaki pekat dgn dailek Indonesia kedengaran. Bila Dr.Har muncul, dia memperkenalkan diri : ` Doktor, saya Pak Agus, petugas TH Maktab ini. Saya ditelefon Ustz Hasnil, guru agama di Hospital TH di Aziziyah, minta doktor datang ke sana esok kalau ada kesempatan. Ada jamaah wanita perlu perhatian pakar OB-GYN! Dr.Har contacted Ustz Hasnil yang kebetulan isterinya pernah bersalin dua kali secara Caesarean di HUKM dan Dr.Har yang performed the operations. Esoknya Dr.Har ikut shuttle van ke Hospital Aziziyah sebagaimana yang minta. Me and my BIG MOUTH! Agaknya kot diam-diam jer tak buat komen tadi, tak datanglah agaknya Pak Agus ke bilik Dr.Har :-))))
3. Insiden ketiga ini benar-benar menguji keikhlasan kita mendahulukan org. lain lebih dari diri sendiri. Bukankah itu sifat `trademark' Ar-Rasul SAW?? Dr.Har terlambat turun ke Masjid Nabawi pagi itu sebab menyudahkan dulu hajat besar - jam 4am tu dah kira lambatlah masa musim haji ni. Apa tidaknya, bila saja pintu masjid dibuka jam 3am, berderu jamaah yang masuk. Namun kalau kena sembahyang di luar masjid, it would be too cold for me . Dua pagi sebelum tu, kami merasalah suhu 13 darjah Celsius. So, Dr.Har mencuba nasib, pergi berasak juga nak masuk. Pegawai masjid sudah menjeritkan - Sudah penuh, ibu - tidak boleh masuk, sambil menolak-nolak kami yang hendak masuk. Dr.Har mohon sangat kepada Allah,` Ya Allah, reserve ONE place for me inside, for I could not bear the coldness outside! Seorang pegawai masjid menarik bahu Dr.Har dan tolak Dr.Har ke dalam. Lepas Dr.Har semua orang dihalang masuk. Phew, punyalah lega, tapi ternyata semua laluan sudah jam-packed! Akhirnya dr.Har nampak SATU tempat tersorok di belakang saf yang paling hampir dgn dinding belakang masjid, di belakang seorang makcik Pakistan tu ada ruang muat utk seorang SAHAJA di celah-celah container air zam-zam dgn dinding & tiang. Rasa khusyuk solat terselit di situ, terasa kerdil dan rendahnya diri. Ada satu lagi ruang kecil di sebelah Dr.Har, antara ana dgn dinding - yang hanya boleh memuatkan seorang DUDUK, nak sujud memang kena belakang orang depan. Sejurus selepas azan Subuh, datanglah seorang jamaah haji dari Afrika, terus duduk kat tempat kecil tadi. Kemudian, dia bangun mendirikan tahayatul masjid. Yang Dr.Har terkejut, memandangkan dia tak dapat nak sujud dek kerana kesempitan tempat yang dpilihnya, dia mengubah arah kekiri ( instead of ke hadapan) utk sujud dan landed on sajadah Dr.Har secara bersudut tepat dgn arah kiblat Dr.Har. Terasa di hati, ni payah kerana jelas sangat wanita ini tiada pengetahuan mengenai bersolat dalam keadaan sesak. Kalau Dr.Har tak buat something, alamatnya berlagalah kepala kami berdua setiap kali nak sujud. So, Dr.Har bangun nak swabbed tempat dgn dia. Dr.Har dah nekad, akan melakukan cara solat yang sudah dipelajari dalam keadaan sesak begitu. Tiba-tiba sejurus sebelum iqamah, seorang jamaah Indonesia yang duduk selang dua saff di depan bangun melipat sejadah dan mengambil begnya. Sebelum dia melangkah pergi, wanita itu sempat berkata dgn Dr.Har ` Wuduknya terbatal, buk - perlu perbaharui. Akhirnya, di situlah Dr.Har dapat bersolat dgn sempurna, mengambil tempat jamaah yang terbatal tadi, Alhamdulillah. Itulah satu-satunya cara utk Dr.Har beroleh tempat dlm keadaan begitu. Instantaneously - Allah will reward all your deeds. Kami agak kesejukan di situ kerana daun tingkap di bahagian kami sahaja yang ternganga luas, membenarkan angin sejuk masuk, sedangkan tingkap yang lain tertutup rapat. Okay, Ya Allah, points taken. Yes, indeed - if Allah wants you to experience coldness, even as you try to avoid , Allah will still deliver it to you!
Maaf, agak panjang kali ni. Tentu ramai yang ada cerita sendiri macam yang Dr.Har rasai. Mengantuk dah mata, kena masuk tidur dulu!! PPS (7) akan menyungkil pengalaman di Mudzalifah, yesssss, MABIT di mudzalifah!
Dr.Har ( 310107)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (7) :
Tarbiah Muzdalifah
Salam
Ikhwah dan akhawat netters sekelian,
Ana berdoa agar PSS ini tidak membosankan kalian. InsyaAllah, hanya tinggal beberapa PSS sahaja lagi. Sementara ianya masih segar di lipatan ingatan, baiklah Dr.Har abadikan dalam net ini. Sementara details -nya memang dah diisikan secara berkala dalam log book Dr.Har sepanjang berada di sana.
Bagi Dr.Har dan Ustz Zul, pengalaman Muzdalifah adalah yang paling mencabar. Cabarannya meliputi aspek spiritual, fizikal, psikologikal dan sosial. Di situlah, Dr.Har terasa benar penghayatan menjadi seorang manusia hina, seorang hamba yang tiada daya dalam cuaca suhu dingin menyusuk tulang, merempat ibarat the homeless kat NY street yang pernah Dr.Har nampak.
Perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah berjalan lancar dan teratur. Memang kami dimaklumkan bahawa pihak muassasah menggunakan sistem taraddudiah @ shuttle bus utk. membawa hujjaj dari Arafah ke Muzdalifah, then Muzdalifah ke Mina. Begitu sistematik pemergian kami dari khemah 81 di Arafah, dgn KT 5 mendahului, diikuti KT 39 ( Dr.Har punya KT) dan seterusnya KT-KT yang lain. So, bas kami sampai ke kawasan tanah lapang Muzdalifah yang dipagar dan dikhususkan dgn no. 81 dalam tempoh 15 minit perjalanan sahaja.Bagi siapa yang belum pergi, bolehlah membayangkan satu padang berpagar seluas satu padang bola, dengan dua pintu gate dan sederetan tandas 20 bilik di tengah-tengah.Di situlah kami mengutip anak-anak batu utk. kerja melontar jamrah nanti, dan berMABIT, iaitu berada biarpun sebentar selepas tengah malam. Teringat kata-kata Ustaz Shapawi, guru agama Maktab 81 dalam ceramahnya beberapa hari sebelum tu - kita berMABIT di Muzdalifah, kita tak kata bermalam sbb ada orang ingat nanti kena tidur kat situ!
Sesampai di situ kira-kira jam 8.30 malam, kami berdua mencari tempat di tepi pagar utk. meletakkan beg dan membentangkan tikar hijau tajaan TMnet. Mengutip anak batu sebanyak 70 biji seorang taklah lama sangat, lepas tu masing-masing berehat di tempat `berkelah' yang dipilih.Suhu semakin dingin dan angin semakin kencang, hujjaj lelaki semakin kesejukan - walaupun memakai ihram yang tebal. Sementara itu, bas terus mengangkut jamaah Maktab 81, padang semakin dipenuhi orang. Masa tu, Dr.Har cuba melelapkan mata sambil berbaring di celahan beg, ternyata suhu semakin sejuk - sekitar 20 darjah ( macam dalam operation theatre kat hospital) Yang tak tahan, angin sejuk yang kering, terasa menyempitkan saluran pernafasan bila kita menghirup udara.At least Dr.Har pakai selapis T-Shirt dan dua helai baju tebal serta stokin benang bulu, sementara Ustaaz Zul hanya berselimut sehelai lagi ihram extra yang dibawa. Sambil melihat langit Muzdalifah yang banyak bintang, terasa di hati, inilah Hotel bertaraf Seribu Bintang :-)) Ana terus bertalbiah bersama Ustaz. Nak tidur hampir mustahil. Menjelang tengah malam, bas membawa jamaah rombongan terakhir dari Arafah.
Mulai jam 12.45 tghmalam, bas pertama sampai utk. membawa kami ke Mina pula. Apa yang mengejutkan kami, kali ni pihak muassasah tidak pula menggunakan peraturan spt di Arafah. Kebanyakan kami menyangka, rombongan KT5 akan dipanggil dulu dan seterusnya - the earliest to come should be the first to go. Rupanya tidak, siapa yang berdiri di gate tu yang meluru naik bas. So the last to come was the first to go. Hujjaj dah mula restless, tapi masih bersabar untuk mengadakan barisan menunggu giliran. Dr.Har dan Ustaz Zul decided to see first. Betul bagai disangka, lantaran kesejukan yang begitu menggigit, ramailah yang mula buat kerja hodoh - memotong barisan dan berebutan nak naik bas cepat-cepat. Kalau sorang dua tahan jugak, ini berpuluh org sekali potong. Tak bergerak orang dalam barisan, walaupun dua tiga bas dah lepas.Bimbangnya Dr.Har melihat fenomena itu, tak ke terfikir oleh mereka - memotong Q tu samalah dgn mencuri giliran - sedangkan kita masih dalam IHRAM!! Ditegur baik-baik, buat tak dengar jer. Akhirnya kami membuat keputusan utk. mendahulukan orang lain - terutama makcik2 dan pakcik2 yang uzur. Sakit jugak hati tengok yang potong Q ni. Namun , kami mohon kekuatan agar diberikan kesabaran yang tinggi dalam menhadapi cubaan ini.
Dipendekkan cerita - kami hanya berpeluang
naik bas tepat jam 4.30 pagi ( 8 jam berada di Muzdalifah , Alhamdulillah!)
Rasa dah hampir hypothermia, alhamdulillah kami berdua ni banyak lapisan lemak
utk. dijadikan penebat :-))) Bisik Ustaz Zul dalam bas, kita ni betul-betul
BERMALAM di Muzdalifah, bukan setakat MABIT! Semasa terasa kebas tangan kaki
dan rahang mula menggeletar kesejukan, Dr.Har kena kuatkan mental dgn ingat
semula pengalaman naik feri di Battery Park utk. tengok Statue of Liberty di NY
awal tahun lepas. Masa tu suhu mencecah minus 2 - 4, walaupun dah balut badan
dgn winter clothing, masih terasa benar dinginnya tu. `OK Har, if you can survive NY, of course you
can survive Muzdalifah with Allah's help!' Sampailah kami di khemah 81 di Mina
tepat jam 4.45 pagi. Ternyata kemudahan tandas di khemah Mina memang begitu
mencabar! Mujurlah dah buang air kecil semasa di Muzdalifah tadi, wuduk kenalah
guna air mineral dalam botol sebab tandas `jam-packed! Berkata dalam hati - `Here
goes..........cabaran dan dugaan haji sudah didepan mata. YA Allah, berikan kemudahan
dan kelapangan.' Jangan lupa, di sini keadaan akan jadi macam yang kita
harapkan. Penuh keluh kesah, memang problemlah all the way. Kalau lapangkan
dada dan tenangkan hati sambil FOKUS, InsyaAllah mudahlah semua. After all, ahli-ahli
JIM kan memang dah biasa dgn KKN, Mukhayyam & PERKASA. Bila asked around
lepas tu, ternyata pasangan-pasangan JIM (K.Mala/Kebab, K.Mariah/Wan Zulkifli
& K.Azizah/Zubair) - semuanya `STRANDED' di Muzdalifah disebabkan kita mahu
mendahulukan orang lain. Alhamdulillah, ternyata Allah menguji sejauh mana
`I-TSAR' atau sifat mendahulukan org lain ini - yang merupakan antara ciri-ciri
yang ditanamkan dalam sistem tarbiah kita dipraktikkan dalam keadaan yang
sebegitu. K.Mariah dan Akh Wan Zulkifli hanya sampai dikhemah menjelang jam 8
pagi 10 Zulhijjah! Solat subuh berjemaah di tengah padang Muzdalifah! Allahu
Akbar - moga Allah menerima amalan kita serta pengorbanan yang kerdil ini.
Namun, itulah saja pengalaman yang paling mencabar bagi kami
berdua. Alhamdulillah, rakan-rakan hujjaj di khemah semuanya baik-baik. Dr.Har
dapat buat beberapa sesi tazkirah dan mengimami solat bersama mereka.
Pengalaman melontar jamrah - hebat sekali, InsyaAllah akan dimuatkan dalam PSS
(8). Dr.Har buat nafar awal - so kami balik sendiri ke Makkah selepas melontar
tiga jamrah pada 12 Zulhijjah. Alhamdulillah, berbanyak syukur kepada Allah,
kami tiada pengalaman trapped for hours in the traffic jam. Sesungguhnya Allah
mengetahui betapa lemahnya Dr.Har & Ustaz Zul ni bila diuji dgn traffic
jam. We can go crazy - based on our experiences living in KL for umpteenth
years now!! Mungkin itulah sebabnya Allah spared us from that part of
challenge. Bukannya kerana sebarang keistimewaan, lebih berkemungkinan kerana
kami berdua amat mudah `GAGAL' kalau diuji dgn yang itu.Sesungguhnya Allahlah
sahaja yang lebih mengetahui segalanya.
InsyaAllah, pengalaman berada di Mina akan dinukilkan dalam PSS (8). PSS (9) akan menceritakan perkongsian pertemuan Dr.Har dan Ustz Zul serta beberapa orang Malaysians dgn ahli jawatankuasa satu NGO yang baru ditubuhkan: Masroo3 AtTa'zim Biladil Haram @ Persatuan Memakmur dan Memuliakan Tanah Haram. Dalam PSS (10) - yang terakhir, InsyaAllah - I will conclude with experiences at Masjidil Haram.
Tu dulu
Dr.Har ( 010207)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (8) :
Tarbiah dari pengalaman di Mina
Salam penuh takzim
JZKK di atas sokongan semua terhadap penulisan PSS ini.
Sememangnya itu sudah menjadi antara `janji' yang ana buat di depan Kaabah -
Dr.Har berazam mahu jadi lebih bertenaga berkongsi pengalaman dalam
meningkatkan islah di kalangan ahli jamaah sekembali dari Tanah Suci nanti. So,
janji mesti dikota!
Tentu ramai di antara kita yang spontan mengaitkan nama MINA dengan beberapa peristiwa hitam semasa musim-musim haji sepanjang 10 tahun kebelakangan ini. Pada tahun 1990, kira2 3,500 hujjaj menjadi korban dalam tragedi Terowong Muassim apabila berlakunya pertembungan antara para jamaah yang berkesudahan dgn kehilangan nyawa yang begitu besar. Semasa Dr.Har melalui terowong itu dari khemah ke Jamarat utk. pertama kalinya, kami seiring dgn rombongan hujjaj dari Jawa Timur , Indonesia. Sejurus sampai di penghujung terowong tersebut yang panjangnya hampir 1km, pemimpin rombongan itu mengumumkan melalui pembesar suaranya, Bapak dan Ibu-ibu, disinilah tempat berlakunya tragedi bersesakan Terowong Muasim pada tahun 1990 yang mengorbankan 3,500 nyawa dimana 2,500 adalah jamaah haji dari Indonesia. Mohon kita semua menghadiahkanAl-Fatihah kepada korban tragedi tersebut..Al-Fatihah. Khabarnya, setahun selepas kejadian itu, siaplah sebuah lagi terowong di sebelah terowong yang lama utk. memastikan one directional flow bagi perjalanan hujjaj.
Pada tahun 1995, kebakaran terjadi di khemah mengorbankan sekitar 300 orang. Selepas tragedi itu, Mina dilengkapi khemah kekal yang piawai - kalis api, ada sistem sprinkler yang lengkap dan air-conditioned. Dan sepanjang alaf baru ini, dua kali peristiwa stampede di Jamarat yang mengorbankan ratusan nyawa - terakhir musim haji 1426H yang menyebabkan kerajaan Arab Saudi merasa tertekan utk. melakukan sesuatu. Itulh agaknya cara Allah mengajar manusia - yang sentiasa leka dan alpa. Benar kata pepatah melayu - Sudah terhantuk baru mengadah! Kali ini dikatakan kerajaan Arab Saudi menerima cadangan dan saranan dari negara-negara Islam yang lain. Cadangan membina kompleks kawasan melontar jamarah setinggi 5 tingkat, khabarnya dicadangkan oleh kerajaan Malaysia - diterima dan tender membinanya diberikan kepada kontraktor Malaysia. Alhamdulillah, dah siaplah dua tingkat yang awal, dgn keluasan seperti sebuah lebuhraya, setiap jamarat diperpanjangkan kepada 50 meter, dijauhkan antara satu sama lain dan yang paling penting - sistem laluan jamaah haji yang SEHALA,. Tiadalah pertembungan antara jamaah yang hendak melontar dgn yang sudah melontar. Kawalan keselamatan yang ketat dan mempunyai ribuan anggota amat membantu. Terdapat 1400 CCTV dipasang utk. mengawal keadaan. Setiap tembok disekelilng jamarat dilapik dengan lapisan `sponge' setebal satu kaki utk. menyerap hentakan dan himpitan manusia.
Maka dipermudahkan Allah urusan melontar dalam musim haji kali ini. Ustaz Shapawi, guru agama Maktab 81 mengatakan ini semsa sesi muhasabah haji seminggu kemudian, ` Alhamdulillah, melontar sekarang lagi mudah dari berebut nak beli teh tarik di depan hotel ni!' Tak dapat digambarkan betapa syukurnya apabila Dr.Har dapat berdiri betul-betul di tepi tembok, melontar batu satu per satu, dan melihat sendiri dgn YAKIN, batu-batu ini masuk ke Jamarah! Tempat paling strategik adalah di penghujung atau ekor belakang tembok jamarah yang berbentuk sampan tu, bukannya di muka tembok atau kepalanya! Kat situ ramai yang bertumpu di situ, dan agak sukar utk. menghampiri tembok. Tapi , agaknya semacam ada tarikan atau `rasukan' syaitan di situ. Hati memang rasa GERAM je nak menumpu kat situ. Kena lawan betul-betul tarikan tu untuk membolehkan kita terus ke belakang dan mencari ruangan utk. melontar dengan sempurna.
Balik dari melontar jamarah Aqabah pada 10 Zulhijjah, Dr.Har dan Ustz Zul berbincang mengenai bagaimana strategi atau nizam itu amat perlu bagi mendidik manusia. Apa tidaknya, para jamaah masih tetap MANUSIA yang ada sikap dan perangai yang begitu, namun bila pengurusan diperbaiki, maka teraturlah urusan manusia tadi! Rasa `sedikit bangga' menjadi rakyat Malaysia kerana projek itu khabarnya hasil cadangan negara kita~! Namun, alhamdulillah - semasa tahajjud malam tu di khemah, Allah memberikan peringatan - Segalanya di dalam ketentuan Allah. Betapapun cantik pengurusan dan kelengkapan serta kemudahan yang disediakan, jika tidak dengan izinNya jua, takkan mampu segalanya itu menghalang bala bencana! Terus Dr.Har bersolat taubat, mohon ampun dek kesombongan dan keterlanjuran hamba yang tidak sedar diri ini!
Apakah yang sebenarnya hendak dicapai dari kewajipan melontar jamarah ini? Nak melontar syaitan? Kalu gitu, peluru berpandupun takkan dapat menghapuskan syaitan, apatah lagi tujuh biji kecil anak batu! Apakah yang perlu di`lontar', di`buang' dan di`campakkan' ke dalam jamarah itu? Apakah dia yang ada pada kita yang MESTI ditinggalkan di ketiga-ketiga jamarah itu, dan pastikan kita tidak membawanya pulang bersama-sama kita semula? Pada pagi subuh 11 Zulhijjah tu, Dr.Har sempat memberikan tazkirah kepada rakan-rakan sekhemah utk. merujuk Surah Al-Israa' 61 - 65
[61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
[62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).
[63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
[64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Sifat SOMBONG, BONGKAK dan MERASAKAN DIRI LEBIH dari orang lain itulah sebenarnya yang telah menjerumuskan syaitan kedalam laknat Allah! Kalau dinilai dalam-dalam, bukankah sifat itulah yang menjadi PUNCA dan SEBAB UTAMA sebarang pertelingkahan - baik kecil atau besar, antara suami dgn isteri, antara anak-anak, jiran tetangga, rakan sepejabat, antara dua negara dan benua! Itulah dia benih-benih kerosakan yang mesti dikikis dari diri Muslim> Itulah yang mesti kita lontar sehabisan-habisan dan sejauh-jauhnya! Jika sifat ini masih menebal selepas selesai mengerjakan haji, persoalan UTAMA tentunya sama ada kita benar-benar menghayati ibadah haji ini.
Tanyakan pada diri bagi graduan-graduan hujjaj yang telah diberikan peluang oleh Allah utk. menziarahi ketiga-tiga jamarah tersebut dalam musim-musim haji yang lalu : Adakah kita masih memiliki perasaan membesar diri dan sombong kepada orang lain, sekalipun hanya merupakan bisikan di dalam hati???
Bagi yang masih menunggu giliran utk. bertandang ke Tanah Suci. Ayuh pasang niat, harus segera ke sana bagi MELONTAR jauh-jauh sifat TERBURUK dalam senarai mazmumah yang akan menyebabkan kerosakan semata-mata!
Tu dulu
Dr.Har ( 010207)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (9) :
Peluang Memberi Input utk.
Memakmurkan Tanah Haram
Salam penuh ukhuwwah
Sudah lebih dua minggu Dr.Har dan Ustz Zul pulang dari Tanah Suci.
Namun kerinduan masih menebal dan seperti masih terngiang2 suara lemak merdu
Dr. Abd Rahman Sudais mengimami solat. Tak dapat nak dinafikan, betapa
cemburunya hati melihat penduduk Makkah dan Madinah yang diberikan penghormatan
oleh Allah SWT menjadi jiran tetangga kepada dua masjid yang amat dimuliakan
itu.
Sebenarnya, pada tahun 1955, arwah ayahanda Dr.Har membawa keluarga kecilnya ketika itu ( bonda, abang sulong berumur 3 dan kakak - setahun) mengerjakan haji dengan menaiki kapal laut yang mengambil masa hampir tiga minggu merentas lautan. Nawaitu utama beliau adalah untuk berhijrah ke sana dan menyambung pelajarannya, yang telah terhenti kerana diminta pulang ke tanahair dan berkahwin. Malangnya, pada tahun itu kerajaan Arab Saudi mengenakan peraturan yang ketat bagi mereka yang ingin menetap di Makkah dan kerana itu, ayahanda sekeluarga terpaksa pulang ke Tanah Melayu. Terdetik di hati Dr.Har, kalau tidak begitu suratan takdir, tentulah Dr.Har dah jadi anak kelahiran Makkah. Masa Dr.Har ceritakan perkara itu pada Ustz Zul selepas perjalanan pulang dari solat Isyak di Masjidil Haram, dengan selamba Ustz Zul menyampuk : ` Kalau Har jadi anak jati Makkah, alamatnya tak jadilah pakar sakit puan macam sekarang ni. Paling hebat, mungkin Har jadi polis perempuan berpurdah hitam yang tahan jamaah utk check beg kat pintu-pintu masjidil Haram atau Nabawi tu. Entah-entah, nasib tak baik, jadi macam perempuan Pattani kat bawah hotel tu, yang jual tasbih dan gelang kokka!' Begitulah sinisnya suami Dr.Har yang sorang tu! Hanya Allah SWT yang paling baik menentukan nasib hamba-hambaNya.
Di Madinah, Dr.Har sempat bertandang ke rumah Sister Shayma Khayruddin, seorang calon PhD di Jabatan Dakwah Fak. Pengajian Islam UKM yang pernah menemuramah Dr.Har dan Anfal diKL pada bulan September yang lepas. Bila diberitahu yang Dr.Har nak tunaikan haji, dia memang minta sangat Dr.Har dtg ke rumahnya. Jadi, pada malam 8 Disember, 3 hari lepas sampai ke Madinah - kami berdua dijamu dgn nasi bukhari yang dimasak khas oleh ibu Shayma, Sarah. Hospitality mereka memang kelas pertama, dan banyak juga isu yang dibincangkan. Seorang makcik Shayma yang turut datang rupanya bekerja sepenuh masa dgn World Assembly of Muslim Youths. Antara intipati perbincangan, mereka rasakan lelaki Arab ni memang tidak optimumkan potensi wanita mereka . Itulah sebabnya tajuk tesis Shayma ` Comparison between Muslim Women Dakwah NGO in Malaysia and Saudi'. Input kaum lelaki Arab pula berbeza. Dari perbualan Ustaz dgn mereka, masing-masing MEMUJI wanita Malaysia yang dikatakan begitu taat kepada suami, walaupun berpelajaran tinggi dan professional. Mengikut mereka, kalau wanita Arab diberi muka seprtimana yang kita lakukan di Malaysia ni, alamatnya mereka akan `berlagak', sombong dan langsung tidak menghormati suami. Well, this is interesting to be studied further!
Seminggu sebelum wukuf, melalui adik-adik students Univ Madinah, kami mendapat jemputan sebuah NGO baru ` Masroo' Ta'zim Biladil Haram - yang objektif utamanya adalah ut. menyemarakkan usaha memakmurkan Tanah Haram. Yang menariknya, pimpinan NGO ini yang terdiri dari lecturers dari Univ. Ummul Qura, mengambil kesempatan musim haji kali ini utk. menjemput pemimpin masyarakat dari negara-negara Islam utk. bertemu dan memberikan pandangan dan cadangan utk. membangunkan lagi Tanah Haram. Sebelum hari kami datang, mereka sudah bertemu dgn rombongan dari Turki dan Iraq. Suasana perbincangan mesra penuh ukhuwwah. Beberapa pensyarah dari UIA, KUIM pun turut datang.Masa ana diperkenalkan - perkataan `Raeesah' disebut berulang kali. So, ana pun memberikan beberpa cadangan :
1. Diharap MAsjidil Haram juga mengamalkan pemisahan jamaah wanita dan lelaki sebaik mungkin seperti di Madinah. I feel it can be done, but a little bit more `political will' mest be asserted
2. Usahakan sesi-sesi pengajian berkelompok di adakan di Masjid dalam bahasa-bahasa seperti English, Urdu, Bahasa Melayu, Cina, Turki dan French utk.hujjaj wanita yang rata-ratanya datang dari jauh, tanpa ilmu yang mendalam mengenai asas-asas Islam. Utk. keperluan para penceramahnya, sudah tiba masanya kerajaan Arab Saudi menubuhkan satu institut melatih pendakwah wanita dari berbagai negara! Ana cuba nampak satu sesi pengajian dgn seorang Ustzh di Masjidl Nabawi, itupun dalam bahasaArab sahaja!
Alhamdullillah, pandangan anda dirasakan bernas dan innovatif. Let's see whether it is going to happen or not. Apapun, rasa puas dan syukur kerana suara JIM diwakili dan didengar dlm perjumpaan ringkas itu. Lunch - masyaAllah - SEDAP sungguh - sheesh kebab kambing kegemaran Dr.Har!
Tu dulu. PSS (10) menyusul tak lama lagi.
Dr.Har (050207)
CATATAN PASCA SANGGAR SPIRITUAL (10) :
(Penutup) Kenangan di Masjidil
Haram
Salam
Alhamdulillah, sampai juga hajat Dr.Har menyudahkan assignment peribadi berkongsi pengalaman sanggar spiritual di Tanah Suci Makkah dan Madinah baru-baru ini.
Hari ni, genap tiga minggu kami pulang ke tanahair. Cabaran yang BESAR bagi setiap alumni haji adalah keupayaan untuk ISTIQAMAH dalam perubahan-perubahan positif yang ditunjukkan selepas bersanggar berpuluh hari lamanya. Janganlah ia menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Mungkin kena ada strategi pengukuhan - contohnya : pergi menunaikan umrah dalam tempoh lima tahun selepas itu sekiranya ada kemampuan.
Sebulan berada di Makkah, membuka begitu banyak peluang keemasan beriktikaf di Masjidil Haram. Masjid yang palingmulia, menempatkan Baitul Atiq yang tiada duanya di atas muka bumi ini. Apa yang amat jelas sepanjang di situ adalah PENYATUAN dan PEMUSATAN tumpuan kepada yang SATU. Satu Kaabah yang menjadi qiblat yang satu, berimamkan seorang imam, melakukan gerak geri solat dalam satu rentak yang sama. Perasaan khusyuk sememangnya mudah untuk berada di hati, apatah lagi tumpuan tidak diganggu oleh panggilan telefon ( walaupun ada juga jamaah yang tidak men`silent' kan HP mereka !) panggilan pager serta tekanan untuk segera beredar menuju tempat kerja dll.
Tawaf - satu ibadah yang menimbulkan rasa kerdil dan penuh pergantungan kepada Allah. Seolah-olah manusia ini dididik Allah SWT sebanyak tujuh kali berturutan untuk memastikan hatinya tertumpu hanya kepada Allah sahaja. Bukan sahaja hatinya, malahan segala tindak tanduk dan pertimbangan, mesti sentiasa disandarkan kepada Allah SWT. Kami berdua cuba sedaya upaya memperbanyakkan tawaf sunat. Sempat bertawaf dua kali di tingkat paling atas, yang mana satu pusingan mengambil masa sepuluh minit ~ 1 km jauhnya per circle. Apa yang merangsang kami untuk turut menunaikan tawaf di situ adalah melihat kesungguhan pakcik-pakcik dari Pakistan, Afghanistan dan India - yang sudah lanjut usia ( sekitar 60-70 tahun) yang saban hari bertawaf sambil berlari-lari anak di atas bumbung Masjidil Haram. Malahan , satu ketika Dr.Har nampak seorang pakcik Afghanistan yang memakai kaki palsu ( mungkin beliau seorang mujahideen yang cedera di medan perang) terhencut-hencut dengan peluh bersimbahan menyempurnakan tawafnya dengan wajah penuh tenang dan khusyuk. Ketika sampai di sudut Hajarul Aswad, ketika beristilam : terasa hati berbisik : Ya Allah, sudilah kiranya Engkau menjabat tangan hambaMu yang kerdil lagi hina ini - kerana sesungguhnya hamba berjanji bahawa tiada sekutu bagiMu dan Engkaulah satu-satunya Tumpuan Mutlak hidup dan mati hamba!
Semasa saie, Dr.Har sentiasa merasa begitu bersemangat sekali. Untuk khusyuk semasa saie, Dr.Har bayangkan menjejaki langkah-langkah cergas Hajar menuruni lembah antara Safa dan Marwah. Hanya seorang ibu sahaja yang mampu menyelami perasaan cemas Hajar yang bimbangkan keselamatan dan kesejahteraan anak kecilnya. Menitis airmata mengenangkan kesungguhan Hajar. Dr.Har tambah sayu bila mengenangkan : Hajar, semasa engkau berlarian dalam panas terik di sini, engkau keseorangan tanpa suamimu di sisi. Sedangkan aku hari ni, ditemani ribuan saudaraku yang lain, berpegangan tangan bersama suamiku! Kemantapan imanmu tidak lagi boleh dipertikaikan. Ku berdoa kepadaMu Ya Allah, moga setiap wanita yang sedang bersaie bersamaku ini akan Kau berikan keteguhan iman dan kekuatan aqidah sebagaimana Hajar. Dan muliakanlah Hajar di sisiMu dengan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya!
Solat berimamkan imam-imam Masjidil Haram - memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Sekalipun tidak faham apa yang sedang dibcakan, namun kekhusyukan mereka menuturkan setiap ayat Al-Quran itu sudah cukup untuk menggegar hati. Apatah lagi kalau Dr. Abd. Rahman Sudais membaca dengan sebak di dada, pada ayat-ayat uyang memberi ancaman dan peringatan. Semasa beliau membaca beberapa ayat penghabisan (72-73) surah Al-Ahzab :
[72] Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. ( ZOLUMAN JAHULA)
[73] (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .
Di Masijidl Haram, Dr.Har berpeluang beberapa kali solat bersebelahan dengan jamaah dari Palestin! Pertemuan dengan Ibtisam `Ashlah dan ibu mertuanya Latiffa dari Arabi al Batuuf, dekat Haifa berlaku semasa Dr.Har menunggu untuk solat Zuhur. Memandangakan mereka tidak membawa sejadah dan sujud di atas jubin lantai masjid yang sejuk, Dr.Har menyusun sejadah memanjang utk. dikongsi bersama. Alangkah terkejutnya dr.Har bila, dia mengambil sejadah itu dan diletakkan di depannya, menyebabkan Dr.Har pulak yang tak bersejadah. Begitu cepat Dr.Har bersangka buruk, rupanya Ibtisam bangun dan meminta Dr.Har duduk diantara dia dan ibunya, memberikan penghormatan kepada Dr.Har selaku tuan punya sejadah agar duduk di tengah-tengah! Subhanallah, begitulah sekali dia menghargai perkongsian ini. Oh,oh lupa pulak nak bagi tahu - kami bertiga ni saiz XXL, actually Dr.Har lah yang paling kecil kalau nak dibandingkan mereka berdua (ehem!) Terdetik di hati, muat ke sejadah ni nak accomodate kami bertiga ni? Subhanallah - semasa solat Zuhur, pabila kami bertiga sujud, Dr.Har jelas dapat memastikan dahi kami bertiga sememangnya berada di atas sejadah itu dengan amat selesa. Ya Allah, hambaMu ini tidak akan lagi mempersoalkan kebesaranMu terutamanya di dalam rumahMu ini sendiri! Bila Dr.Har amati, kebetulan kami berada di garisan shaff yang agak `slanted' dalam pusingan saff yang besar mengelilingi Kaabah. Oleh itu, Ibtisam yang berada di kiri ana, sebenarnya berdiri sedikit ke depan, dan Makcik Latiffa yang berada di sebelah kanan pula berdiri sedikit ke belakang dari Dr.Har. Pendek cerita, sejadah itu sebenarnya agak menyenget dan tidak betul-betul lurus melintang di hadapan kami! Allahu Akbar! Sebelum berpisah, Ibtisam yang boleh bertutur dalam English sempat berbual dengan Dr.Har. Dr.Har serahkan sekeping SR50 ke dalam tangannya. Dia terkejut lalu bertanya ` Why, sister, why are you giving me money?' Ana menjawab, `I know you might not need the money because you would have your own to come all this way to Makkah. But this is for the intifadhah! My family and friendsin Malaysia always pray for the Palestinian brothers and sisters. Ibtisam, I have prayed in Masjid Nabawi and Masjidil Haram. Before I die, I must try to pray in Masjidil Aqsa, InsyaAllah.' Ibtisam terus menterjemahkan apa yang Dr.Har ucapkan kepada ibunya, dan Latiffa merangkul ana dengan airmata berlinangan di pipinya. Ibtisam juga turut berpelukan untuk seketika. Terasa sungguh hangatnya ukhuwah yang disimpulkan oleh aqidah yang satu, sekalipun baru sebentar bertemu, terasa seperti telah bertahun mengenali hati dan budi!
Ana rasa sampai di sini dulu coretan PSS ini. Ana sudah compile -kan PSS 1-10 dalam satu dokumen Words yang akan ana sisipkan dalam posting email ini. Moga coretan ini dapat memberikan sedikit renungan dan panduan untuk semua.
Salam ukhuwah
Dr.Har ( Alumni Hajj 1427H)
080207
Loves,
Dr. Har
5 responses:
Sedihnya baca post2 dr Har.Rasa macam semalam je pergi.Saya hanya sempat kursus malam nak bertolak ke Makkah.Segan sangat bila orang tanya pengalaman2 di Makkah.The fact is i dont even for the umrah.Hakikatnya Allah saja yang tau jahilnya saya ketika buat umrah.Orang lambai kita ikut melambai.Adab masukmasjid semua jangan cakaplah.Saya ada ambil ubat untuk hentikan haid.Tapi Allah jadikan sesuatu yang lebih baik untuk saya,saya datang haid selepas selesai umrah pertama.Cuti seminggu saya dalami kembali buku2 dan travelog di Haramain.
Banyak sangat yang kita belajar bila dihantar ke sana.Alhamdulillah :)
Salam
Saya ahli JIM sebagai pemerhati (layaknya)dan memang mengagumi Dr Har. Tulisan ini sarat dengan pengajaran, amaran dan sebagainya yang amat berguna utk bekalan menunaikan haji. Saya telah menunaikan umrah, Alhamdulillah dan berdoa agar Allah jemput untuk tunaikan haji pula, InsyaAllah. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua...
Assalamualaikum Dr. Har,
Agak terlewat saya tahu pasal journal ni. Tapi alhamdulillah, sedikit sebanyak mengimbas kembali kenangan waktu saya buat umrah pertama tahun lepas 2012. dan hingga kini perasaan rindu pada Mekah & Madinah masih menebal. Harapnya dengan panduan ini dapat saya perbaiki diri untuk ibadah haji inshaaAllah...
Assalamualaikum wbt....
Dr., semoga dalam rahmat Allah selalu...
Allahuakbar....
Perkongsian yang menarik.
Saya berpeluang menjadi tetamu Nya pada 1432H(2011), benar banyak sungguh ibrah selama musafir mencari redha Allah untuk 44 hari tersebut...
tetapi, tidak cukup hebat nak menulis sebagaimana perkongsian dr., ini....
terima kasih.... seronok membacanya...semoga bermanfaat...

Post a Comment