Doa buat suamiku tercinta, sempena ulangtahun ke-44!
>> Tuesday, August 10, 2010
Salam,
Pada tanggal 10 Ogos 1966 yang lalu, lahir seorang putera sulong di Kg Ketemba, Baling Kedah - membawa cahaya kegembiraan kepada pasangan Ahmad Lebai Dol dan Haspah Awang.
Diberikan nama Zulkifli, sempena nama Nabi - anak itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan harapan, agar satu hari nanti menjadi manusia yang banyak jasanya kepada umat.
Hari ini genap usianya 44 tahun. Dalam tempoh usia sebegitu, insan ini amat banyak jasanya terutama kepada keluarganya. Semenjak bergelar suami pada usia 25 tahun ( mengikut usia Nabi Muhammad SAW berkahwin) dan menjadi bapa pada usaia 27 tahun, insan ini tidak pernah jemu membimbing dan memimpin isteri dan anak-anaknya.
Gaya kepimpinannya penuh bijaksana, seloroh dan tawa mesra menjadi pemikat, ketajaman firasat dan kematangan menjadi perhiasan yang menawan hati siapa sahaja yang mengenalinya. Namun yang paling utama, kejelasan fikrah dan kesungguhannya menyemai benih aqidah, iman dan taqwa menjadi penerang dan suluh jalan yang tidak pernah kunjung padam.
Alhamdulillah, hanya Allah yang layak kami puji lantaran nikmat hidup sekeluarga bernakhodakan insan mulia ini. Di hari ulangtahun ini, isteri dan anak-anakmu menghimpun doa, agar Allah SWT terus membimbing Abang dan memberi kekuatan utk. terus mendidik kami tanpa jemu.
Saban hari, kami menjadi saksi bahawa engkau begitu gigih menurut perintah yang dimaktubkan dalam surat At-Tahrim : Kuu anfusakum wa ahlikum naara! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.............. Ya Allah, persaksikan bahawa insan ini telah sedaya upayanya cuba menjalankan suruhan dan meninggalkan kebencian-Mu setiap masa. Kurniakan untuknya jannah-Mu , Ya Allah!
Abang , we salute you!! May Allah SWT bless you with many more productive years ahead..InsyaAllah.
Har, Syifa', Syamil dan Deena
2 responses:
Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas keluarga prof, jazakillahu ghairan katsiran. Ramadan Mubarak
wah, Alhamdulilah. smpaikan salam belated besday sy kepada ustaz zul ye prof. slamat menyambut ramadhan kepada prof dan keluarga =)
Post a Comment