Sanggar Spiritual 2011 : MADINAH 300311 - 030411

>> Wednesday, April 13, 2011

Salam

Alhamdulillah, Allah SWT memberikan keizinan-Nya utk Dr.Har menjejak kaki sekali lagi di atas bumi suci Madinatul Munawarrah, selepas lawatan terakhir semasa Hajj 2006. Teramat syukur, kerana kali ini, Dr.Har dan Ustaz Zul diiringi ketiga cahaya mata kesayangan kami - Syifa', Syamil dan Deena. Juga kami dimuliakan Allah dngn kehadiran bersama Bonda saudara Dr.Har, Lek Biah (adik kepada bonda Hjh Ramlah).Kami bersama kumpulan kecil seramai 14 orang, di bwah kendalian Syifaa' Holidays, berangkat dari KLIA jam 4.30pm Rabu 300311 dan tiba di Jeddah jam 2000.

Tiba di Hotel Dallah Taibah Madinah jam 0515hrs, 310311. Indahnya beriktikaf di Masjid Nabawi, memberi salam kepada Rasulullah SAW setiap melangkah masuk.Solat di Masjid kedua termulia ini, memang terasa lain energy dan aura kekhusyukannya.Semoga boleh berkunjung lagi InsyaAllah.

Loves
Dr Har

0 responses:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP