Sanggar Spiritual 2011 : MAKKAH 030411 - 090411

>> Thursday, April 14, 2011


Salam,

Alhamdulillah, enam hari kami berkampung di Kota Suci Makkah Al Mukarramah,bersama ribuan jamaah dari seluruh pelusuk dunia. Setiap kali azan berkumandang, manusia hanya bergerak menuju satu arah sahaja - Masjidil Haram, di mana Kaabah, Baitul Atiq menjadi penyeri.Bertawaf di keliling Kaabah, menginsafkan diri betapa hidup ini hanya satu paksinya - Allah SWT, tiada dua mahupun tiga, bahkan hanya Yang Maha Esa - Ahad,Ahad, Ahad!!Dalam bulatan, tiada titik mula dan akhir, kebergantungan hamba yang faqir tidak akan ada titik akhirnya kepada Rabb yang Ghani. Allahu Ghani, wa antumul fuqara'.....Berjalan cepat naik turun bukit Safa dan Marwah, serta lembah antara keduanya, memberi gambaran betapa kehidupan seharian manusia ini perlu ada perjalanan dari point A ke point B, Hajar dijadikan role model. Hanya hati seorang ibu yang mampu menyelami, betapa perasaan Hajar semasa berlarian di situ ribuan tahun lalu, sendirian ditinggalkan suami, cemasa memikirkan bayi kecil yang kehausan, namun penuh iman, yakin hanya Allah SWT tempat pergantungan hakiki. Moga aku jadi ibu yang jauh lebih gigih mendidik anak-anak soleh-solehah/musleh-muslehah.

Kami jejaki Bukit Thur dan Jabal Nur, mendongak, memikirkan betapa Nabi kami bersusah payah mendaki demi uzlah dan perintah hijrah. Kami ke Padang Arafat yang sunyi tiada penghuni, melintas di Muzdalifah tempat kami kesejukan mabit semasa Hajj 2006/2007 dan melihat Mina dan kompleks Jamrah yang tersergam tinggi. Kami menyusuri Hudaibiah, singgah menikmati kelazatan susu unta kegemaran Nabi. Ohhh, kami jadi rindu, rindu dan mahu datang berkunjung lagi, Moga dijemput Allah SWT sekali lagi, InsyaAllah!


Coretan : Dr.Har

0 responses:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP