Nadwah Kepimpinan Islam SBP ke-30

>> Monday, March 22, 2010

Alhamdulillah, Dr.Har berkesempatan menjadi panelis forum di Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali ke-30 di SBP Integrasi Sabak Bernam di Sg Lang, Sg Air Tawar, S.Bernam - kira2 20 minit dari rumah bonda Dr. Har di Sg Besar, pada 20 Mac (Sabtu) yang lepas.

Panelis yang turut sama adalah Prof. Madya Dr. Ishak dari AIUM, mantan Ketua Umum Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS) dan moderator adalah Encik Amir , PK HEM SBPI S.Bernam. Tajuk forum menarik - Kepimpinan Umat Islam dalam era globalisasi.

Mudah-mudahan semua yang hadir, esp. para peserta ( enam orang ahli JK BADAR setiap sekolah) dapat manfaat dari perbincangan kami.

Cuma rasa nak berkongsi di sini, di pembukaan pusingan pertama, Dr.Har memaklumkan pada semua yang Dr.Har dulu attended the FIRST Nadwah kepimpinan di KIK pada tahun 1979, masa tu form one! Jadi wakil kerana masuk dalam komiti Persatuan Pelajar Islam Sekolah Seri Puteri (SSP) Jalan Kolam Ayer, KL masa tu. Teringat betapa susahnya nak faham apa yang sedang diperbincangkan oleh para penceramah - almaklum masih umur 13 tahun. Tapi Dr.Har masih ingat betapa Dr.Har rasa bersemangat dan teruja - berazam kepda diri bahawa satu hari nanti Dr.Har akan menyumbang sebagai penceramah berada di atas pentas Nadwah Kepimpinan Islam SBP. Alhamdulillah - 30 tahun down the line, I was indeed there on the stage, as a panelist!! Namun Dr.Har harap, tiada peserta yang pening lalat dengar input dari Dr.Har malam tu, sebab Dr.Har cuba sedaya mungkin menghurai topik tu semudah yang boleh, agar dapat difahami, dicerna dan akhirnya diamalkan.

Akar tunjang semua pencapaian adalah keazaman yang disemai semenjak beberapa tahun sebelum itu. Ingat, tiada kejayaan yang datang tiba-tiba atau sekelip mata! Semuanya perlu pre-planned dengan teliti, and buatlah strategi. Setelah itu, berusaha segigih yang terdaya. Akhir sekali, serahkan segalanya kepada Allah SWT!

Tu dulu. Hingga ketemu lagi, InsyaAllah.


Love : Dr.Har

1 responses:

Deen March 23, 2010 at 7:43 PM  

Dr Har, thank you for inspiring me... thank you , trully... i pray to Allah, HE gives you trength to go on.. and that goes for all of us too...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP