Forum Perdana Maulidur Rasul UKM 1431H

>> Friday, March 5, 2010

Salam

Dr.Har berkesempatan jadi panelis dalam sesi forum sempena Majlis Maulidur Rasul peringkat UKM Bangi pada Isnin lepas, 1 Mac 2010. Bergandingan dgn Ustaz Zahazan dari Telaga Biru, antara perkara yang dikupas, adalah perihal pentingnya mencontohi Rasulullah SAW dalam interaksi sesama kita - tak kira besar mana pangkat antara kita, tanpa mengira kedudukan, kepintaran dan kehebatan kita.

Dr.Har tekankan, dalam kita menyanjung Rasulullah SAW, jangan sampai terlalu mendewa-dewakan dan buat kesimpulan salah - Alahai Rasulullah tu bolehlah, dia utusan Allah. Kita manusia biasa ni, manalah boleh nak ikut Rasulullah SAW! Kita perlu mencontohi sebaik mungkin, lantaran Nabi diutuskan ke tengah masyarakat untuk tinggal bersama.

Alhamdulillah, Tan Sri Prof. Dr. Naib Canselor turut hadir bersama, dengan Timb2 Naib Canselor dan pegawai kanan universiti.

Dalam round kedua, Dr.Har ditanya mengenai penyelesaian untuk perbalahan yang sekarang timbul di kalangan orang yang dipandang tinggi sebagai ilmuwan. Sambil menekankan, menangani kepelbagaian sememangnya sudah menjadi ajaran Islam. Dr.Har rujuk perlunya ada 5 minda utk. masa depan, begitu nukilan Prof. Horward Gardner ( dalam bukunya The 5 Minds for the Future)

  1. Disciplined mind
  2. Synthesizing mind
  3. Creating mind ( tahun ni Tahun Inovasi UKM)
  4. Respectful mind
  5. Ethical mind
Yang nombor 4 & 5, kerja right brain. Jom jadi manusia seimbang!

Dr.Har

0 responses:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP