Pendidikan Seksualiti & Reproduktif - Apa, Kenapa, Siapa, Bila dan Bagaimana?
>> Wednesday, March 24, 2010
Salam
Izinkan Dr.Har menulis mengenai satu isu yang hangat diperkatakan dalam seminggu dua ni. Hasil dari peningkatan gejala sosial dan seksual - pembuangan bayi, perzinaan, rogol dan cabul - ramai yang menuntut agar pendidikan seksualiti diajarkan kepada anak-anak kita hari ni - agar mereka boleh membuat keputusan yang betul mengenai aspek reproduktif dan seksual, tahu mana bahagian tubuh badan yang boleh disentuh orang lain, mana yang tidak boleh.
Sebenarnya Dr.Har dan rakan -rakan dalam JIM dah mula merangka satu modul kesihatan reproduktif remaja (MKRR) semenjak 2003 lagi, selepas satu usul mengenai perlunya satu bentuk pendidikan reproduktif berlandaskan Islam diluluskan dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) JIM pada tahun 2002. Yang paling penting, input ibu bapa diperolehi semasa Kolokium Keluarga Nasional (KKN) Kedua di Kuala Gula, Perak pada tahun 2003, untuk memurnikan lagi modul tersebut.
Melalui aktiviti Kelab Remaja JIM (KRJ) dan sekolah-sekolah di bwah kendalian JIM, modul ini diajarkan. Sementara tu, JIM terus terlibat dalam mesyuarat2 mengenai aspek ini di peringkat Kementerian Pelajaran, Kesihatan dan KPWKM, melalui LPPKN.
Minggu lepas, Dr.Har dijemput menghadiri forum konsultatif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di LPPKN. Hari ni, Dr.Har hadir pula dalam satu mesyuarat yang sama dengan Kementerian Pelajaran pula.
Nampaknya, semakin ramai pihak yang sedar keperluan dan kepentingan aspek pendidikan kesihatan reproduktif ini diajar kepada generasi. Dengan ilmu, tersuluhlah jalan di hadapan kita. Siapa yang paling diamanahkan utk. mengajarkan aspek ni? Ibu bapa, ibu bapa, ibu bapa dalam keluarga! Cuma masalahnya, macamana dan bagaimana yer???
InsyaAllah, akan tulis lagi dalam input akan datang. Sementara tu, sesiapa yang pergi KLIBF 2010 di PWTC, boleh singgah gerai PTS dan selak-selaklah buku nukilan sahabat Dr.Har Noralina Omar dan Dr. Har. InsyaAllah moga dapat faedah.
Dr.Har
2 responses:
salam.
dr, slmt b'kenaln.
setuju 100% ibubapa tonggak utama dlm pdidikan anak2.
begitu juga dg guru dan masyarakat yg kini makin hilang nilai kemasyarakatannya.
budaya anak aku anak aku, anak kau anak kau; sekali kau tegur silap anakku, siap kau ku bagi penampau.
lagi malang guru-guru yg berniat suci melentur rebung disalah erti sampai disaman atau dianiaya waris anbiya ini.
smoga Allah slmtkn kita semua.
salam
kami doakan selamat pergi dan balik moga sukses
Post a Comment