Nostalgia SPM 1983 - Berita Harian 31 Mac 1984

>> Friday, March 12, 2010

Salam

Dr.Har nak ucapkan syabas kepada anak-anak yang mencatat kejayaan cemerlang dalam SPM 2009 yang lalu. Syabas juga utk. ibu bapa yang begitu banyak berkorban utk. melihat anak mereka berjaya. Yang tidak mendapat deretan A dalam slip keputusan, jangan pula berputus asa. Banyak lagi ruang dan peluang utk menempa kejayaan dan kebahagiaan - bukan hanya di dunia sahaja, malahan mesti berjaya di akhirat jua!

Bila baca berita mengenai kegembiraan anak2 yang lulus cemerlang SPM di akhbar utama hari ni, teringat pula kisah Dr.Har sekitar 26 tahun yang lepas. Alhamdulillah, merasa jugalah Dr. Har ditemuramah oleh pemberita apabila berjaya menjadi pelajar terbaik SPM 1983 di Sekolah Seri Puteri - dapat 10A ( termasuk kertas English 121 @ 1119 sekarang ni) .

Disisipkan keratan akhbar yang sudah lusuh dalam simpanan Dr. Har - bertarikh 31 Mac 1984. Diperturunkan di sini apa yang dilaporkan :

Berita Harian 31/3/1984 - Harlina ingin buktikan umat Islam boleh maju

Kuala Lumpur, Sabtu - Penindasan kuasa besar terhadap umat Islam mendorong Harlina Halizah Haji Siraj berusaha kuat hingga mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pelajar terbaik Sekolah Seri Puteri ini menyedari bahawa dia mesti membuktikan umat Islam boleh maju dalam bidang akademik.

"Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaanbagi melambangkankekuatan umat Islam, dan hanya dengan pelajaran tinggi sahaja, kita akan menjadi bangsa yang disegani," kata Harlina, anak keenam dari lapan orang adik beradik.

Selain itu, nasihat keluarga dan guru serta kejayaan abang dan kakaknya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi turut memberinya semangat untuk belajar lebih tekun sembil mengharapkan suatu hari nanti dia akan mengikuti jejak langkah mereka.

Harlina berjaya menperolehi sembilan A - empat A1 dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Agama Islam dan Geografi dan lima A2 dalam matapelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Menurutnya, dia hanya belajar mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah, iaitu dari 8.30 hingga 11.00 malamdan perbincangan berkumpulan selama lebih kurang 45 minit setiap petang.

Bagaimanapun, dia menumpukan sepenuh perhatian di kelas dan banyak membaca majalah akademik, katanya.

"Saya kurang membaca buku teks selepas waktu sekolah kerana saya mudah bosan. Sebab itu saya banyak menghabiskan waktu membaca buku-buku dan majalah-majalah pengetahuan lain di perpustakaan. Lagipun, perhatian penuh sewaktu guru mengajar sudah lebih dari memadai," ujarnya.

Harlina adalah pemidato terbaik seluruh Wilayah Persekutuan tahun lalu dan bergiat cergas dalam pelbagaio persatuan termasuk setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah dan Lembaga Pengawas.

"Tetapi semua itu tidak mengganggu pelajaran saya , malahan membantu menambahkan pengetahuan dan daya ingatan saya menjelang peperiksaan," katanya.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, Harlina bercita-cita menjadi seorang pakar Sakit Puan setelah menyedari kekurangan jawatan tersebut dalam bidang perubatan, sedangkan bidang itu amat penting nagi membantu kaum wanita, tegasnya.

Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi pilihan pertama Harlina, anak seorang bekas kadhi di Selangor, untuk memenuhinya cita-citanya.


JZKK atas doa semua!

Dr.Har

6 responses:

syed muhammad March 13, 2010 at 12:53 PM  

wow, tahniah untuk 26 tahun lepas, Prof Har...

Khalifah Allah March 15, 2010 at 7:35 AM  

Alfu Mabrouq buat Dr. Har~
Alhamdulillah impian utk menjadi pakar sakit puan benar2 mjd realiti.

wan nizam hakim March 15, 2010 at 4:24 PM  

Terima kasih Dr kerana sudi berkongsi sedikit rahsia untuk berjaya dalam bidang akademik. Semoga ia akan menjadi pencetus inspirasi kepada saya dan rakan rakan yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan .

hamada hamdi March 21, 2010 at 9:29 PM  

Allah...
cita-cita 26 tahun lepas sudah menjadi kenyataan!

Deen March 23, 2010 at 8:41 PM  

MasyaAllah...that was you Dr? Cemerlang dari dulu... youre one of a kind...

mummy umar October 29, 2011 at 2:26 AM  

Assalamualaikum Dr Har!

Just encountered your blog after reading solusi recently. I am your junior (ssp1993-97). Your name was crafted in the ssp hall of fame in Dewan Besar (di kolam ayer, yg tak brapa besar tu..hehe!)Seeing you in media and ur writings in many publications, am sure our teachers are so proud of you!proud of u dr har!bila baca blog dr, rasa teruja untuk ikut jejak dr, seorang berjawatan profesional yang mencintai jalan dakwah. I am a judicial officer, and wondering how could i contribute towards Islam through medium of my profession...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP