Apa khabar IMAN-mu wahai anak-anakku? Khusus buat Doktor Muda Graduan UKM 2010

>> Monday, November 22, 2010

Salam

Entah kenapa, tiba-tiba Prof. Har teringat pada kalian semua. Terasa lama benar tak berutus khabar. Yang selalu sms dulu, dah lama juga tak menyapa dan datang menjengok. Pastinya engaged dengan kerja seharian yang begitu menguji kesabaran, keyakinan dan semangat.

Dah masuk posting kedua, nampaknya. Alhamdulillah, tentu dah mula mengutip pengalaman, alah bisa tegal biasa. Sekalipun kepenatan, namun puas kerana dapat berjasa kepada manusia. Terasa berbaloi hidup di dunia, yakin sungguh akhirat nanti pasti ada ganjarannya.

Jangan lupa sentiasa memurnikan niat di hati. Ikhlas, ikhlas, ikhlas - pasti semua yang sukar jadi ringan, yang menghimpit jadi lapang.

Dalam kemelut kerja, masih sempat menjengok status iman di dalam hatimu?

Solatmu bagaimana - makin khusyuk atau semakin hambar tiada perisa?

Bacaan Al-Quranmu? Masih mampu istiqamah sehari selembar bertilawah?

Usrahmu? Sudah lama tidak menjengok naqib/naqibah yang serba salah, mahu bertegas minta kalian datang halaqah mingguan, maklum sungguh kekangan kerja yang begitu mencabar. Namun kalau terus menerus terbiar, bimbang tangki iman dan taqwa kering kontang berada di level `E' ( empty), harus segera menambah bahanapi ( fuel) iman ni!

Benar, apa yang kau lalui saban hari memang tarbiyah amali yang tiada galang ganti. Cuma kesungguhanmu berada di dalam lingkungan usrah akan menjadi ikatan yang tidak akan goyah, antara kamu dan keazamanmu meniti jalan dakwah.

Namun jika sudah bulat tekad, tiada lagi istilah usrah, tarbiah, daurah dan halaqah sepanjang sudah bergelar `doktor' ini, ku doakan kalian terus menerus dalam pemeliharaan Allah SWT. Sesungguhnya, jagalah imanmu, aset terpenting bagi masa depanmu, nak.

Moga kita akan berjiran nanti di dalam syurga yang penuh keindahan dan ketenangan.


Ummi kalian yang takkan henti-henti mendoakan :
Prof.Har
PPUKM

6 responses:

naim_yaakob November 22, 2010 at 6:09 PM  

MasyaAllah..ringkas,padat,telus dan tulus dr hati seorang ummi yg sentiasa merindui n mnyayangi anaknya.

Doakn kami brtrusan wahai ummi..
Tulisanmu kn terus mnyalur bekal utk mnyelamatkn sisa2 iman yg berbaki ini..

Unknown November 23, 2010 at 4:57 PM  

trima kasih ya ummi..T-T

tiada kata untuk menunjukkan rasa..
ku merindui kalian..
moga tercapai impian utk hidup berjiran di jannah..ameen..

Unknown November 24, 2010 at 7:39 PM  
This comment has been removed by the author.
Unknown November 24, 2010 at 7:41 PM  

Subhanallah.. Ketukan penuh kasih seorang pendidik juga belaian penuh sayang seorang umi. Alhmdulillah, masih mngutip sisa pengalaman sepnjang denai kehidupan seorang doktor ni. Setiap satunya bermakna sepertimana hasilnya di akhir nnt! :) iAllah berkat doa mustajab umi, ikhtiar diteruskn trbiyyah tetap digerakkan utk pstikn iman ni xgersang dek kesibukan krja. T. Kasih byk2 umi. Jmpa nnt, iAllah! :)
DrZaim@SGH_kuch

erida November 26, 2010 at 11:04 PM  

assalamualaikum ummi...menitis air mata menghayati bait kata penuh kasih sayang seorang ummi,dari skrin terus mendarat di hati..ikhlas yg kadar2 sukar dicari akibat terlalu ingin memuaskan hati semua pihak..hingga terlupa niat sebenar memilih tanggungjawab ini...terima kasih atas doa yang tidak henti2..smg doa ini mengiringi langkah kami yang kdg2 tersandung batu demi mencari sebuah ikhlas...
salam dari jb...nurul erida

Anonymous December 10, 2010 at 9:11 PM  

rasa kagum bila melihat masih ada seorang guru dalam masa masa yang sama dianggap sebagai sebagai umi dan paling dihurmati oleh anak didik.Benarlah komen yang diberikan bahawa selain harta yang disedekahkan , ilmu yang yang dimanafaatkan dan anak-anak yang soleh dan solehan masih bisa menjadi saham ke akhirat.selamat maju jaya

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP