Dapatkan SOLUSI isu 23, 24, 25 dan seterusnya

>> Sunday, November 21, 2010

Salam
Alhamdulillah mulai SOLUSI isu ke-23 yang lalu, Dr.Har sempat menulis untuk satu ruangan yang diberi nama FITRAH : Menyantuni naluri insan. JZKK kepada Editor Solusi dan krew yang sudi memberikan peluang utk. Dr.Har berkongsi maklumat.

Ruangan ini khusus menjurus aspek seksualiti dan reproduktif yang sememangnya menjadi Dr.Har punya favourite topics. Kalau setakat berceramah, entah berapa orang sahaja yang boleh memanfaatkan. Tapi, bila ditulis sebagai satu dokumentasi, semoga lebih ramai yang boleh merujuk- sekarang atau untuk generasi akan datang.

Dalam isu ke23, artikel sulong Dr.Har menyentuh tentang `Pendidikan Seksualiti - Racun atau Penawar?'

Isu ke24, Dr.Har menulis tentang `Sikap terhadap Seksualiti ; Antara Liberal dan Konservatif.

Isu ke25, mengenai `Mengungkai perkaitan Jantina, Gender dan Seksualiti'.

Dalam isu ke26 nanti, InsyaAllah mengenai pembuangan bayi. Sementara dalam isu ke27, InsyaAllah menyentuh bab ikhtilat atau pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita.

Kalau sudah menjadi regular reader SOLUSI, tentu sudah pernah ternampak artikel Dr.Har tu. Bagi yang belum, jom tingkatkan azam membaca!

Membaca jambatan ilmu.
Leaders are readers, readers are leaders
.



Dr.Har

0 responses:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP