Alhamdulillah, I am back!

>> Wednesday, May 27, 2009

Salam

Alhamdulillah, I am back! Still in one piece, after 11 grueling hours of bas trip from PPUKM in Cheras to Kem Bina Negara Kuala Besut, in a convoy of 8 buses - transporting 272 students and 20 lecturers! Aha, I came back to KL by AirAsia on Friday, 22 May.

The very same night, travelled another 6 hours up north to Baling, to get to Alor Setar on time for Syifa's Hari Idul Ilmi in Maktab Mahmud!

As what Ustaz Zul said, within one week, I have travelled through Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Selangor ! MasyaAllah.

Having trouble with my external drive to retrieve the photos. InsyaAllah, will soon equip you all with them once everything is okay.

BTW, I am going to a High Level Policy Dialogue on Increasing Access to reproductive Right to Contraceptive Information and Services at the Summit Hotel today! InsyaAllah, will tell you about it soon.

Dr.Har

Read more...

Out-of-office notice : 18-260509

>> Monday, May 18, 2009

Salam

InsyaAllah, Dr. Har akan mengiringi pelajar perubatan Tahun 3 menjalani Kem Modul Perkembangan Kendiri dan Profesionalisme (PPD) ke-2 di Kem BTN Kuala Besut T'ganu.

Mereka akan berada di Kem Kuala Besut dari 18 - 22 Mei. Program 90% mengikut silibus kurikulum Fak Perubatan UKM, BTN akan beri 2 kuliah dan mengendalikan KEMBARA ( Jungle-trekking).

Dengar cerita Kem Besut ni cantik - tepi pantai. InsyaAllah, akan menulis lagi.

Pergi naik bas UKM, balik kena naik Air Asia sebab nak gi balik Kedah pulak - 23 Mei adalah Hari Idul Ilmi Maktab Mahmud Alor Setar, a very special day for Syifa' Hana, anak sulong Dr.Har - InsyaAllah, dia akan dapat hadiah cemerlang PMR 2008.

Walaupun mungkin blog ni tak dapat nak update dalam seminggu ni, my heart is forever with you all.

Dr.Har

Read more...

Mirena Academy Indonesia 2009 - 100509

>> Thursday, May 14, 2009

Salam

This is the second session on Mirena ( LNG-IUS : an intrauterine system for contraception) that I am involved in within two weeks. After the 5th Asia-Pacific Mirena Academy in Kuala Lumpur on 300409, I was speaking to about 100 Indonesian O&G specialists in Yogjakarta - topic of my talk : Counselling for Mirena Users - General & Islamic perspectives.

The main concern for the doctors is dealing with the irregular pervaginal bleeding that might be experienced by the Mirena users - as regards to whether it is haidh or istihadhah.

Alhamdulillah, kesedaran para doktor utk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas hukum fiqh sejak kebelakangan ini amat menggalakkan. Keperdulian ini amat bermakna, agar perkhidmatan kesihatan dan perubatan sentiasa diberikan dengan tahap kepekaan yang tinggi terhadap sosio-budaya dan amalan beragama para pesakit.

I am grateful to Allah SWT who has opened the door for me to step out of Malaysia and share my experience with others.

InsyaAllah, on 5-7th June, will be in Beijing for the second Asia-Pacific Mirena FORUM pulak, as a speaker cum trainer. Will keep you all updated on this trip, InsyaAllah.


Dr.Har

Read more...

Yogjakarta Trip 08-100509

Salam

Alhamdulillah, bersama suami Ustz Zul, Dr.Har berkesempatan menjejakkan kaki ke Kota Gudeg - Yogjakarta.

Dengan pengembaraan memenuhi undangan Bayer Schering Pharma (BSP) Indonesia menjadi speaker dalam Indonesian Mirena Academy 2009 di Hotel Melia Purosani, lengkaplah siri lawatan Dr.Har ke semua bandar di Pulau Jawa yang menjadi destinasi AirAsia - Jakarta, Bandung, Surabaya, Solo dan terakhir ini Yogjajakarta.

Yang menarik, kerana Dr.Har punya `roots' dari this part of Java Island, of course, boleh ngomong2 dan faham apa yang sedang dibicarakan oleh penduduk tempatan. I feel very much at home.

Hospitaliti staf BSP, memang amat baik sekali. Hari Sabtu 090509 - kebetulan juga Hari Wesak, kami putar2 di bandar Yogja sahaja, memandangkan Candi Borobudur di tutup utk. memberi laluan upacara khusus sambutan Wesak. So, Dr.Har sempat melawat Kraton - Palace of Sultan Haemangkubuwono yang diasaskan dari tahun 1756. Now, Sultan Haemangkubuwono ke-X : menjadi pemimpin Yogja dan terbabit sama dalam PEMILU baru-baru ni.

InsyaAllah akan tulis lagi..........


Dr.Har

Read more...

KENYATAAN MEDIA Wanita JIM: Perutusan Hari Ibu 2009

>> Saturday, May 9, 2009

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Berikut adalah kenyataan media yang telah di keluarkan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj yang telah berlangsung di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati pada 8 Mei 2009. Kenyataan ini dikeluarkan sempena Sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada 10 Mei 2009. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada kenyataan media ini.

Terima Kasih


KENYATAAN MEDIA Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Sempena Sambutan Hari Ibu 2009
8 Mei 2009

PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL

Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.

Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.

Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang dan akan terus menumpahkan airmata kesedihan, menangisi anak-anak kesayangan mereka yang terbabit secara langsung dalam jenayah dan gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak, nilai dan moral segelintir generasi muda hari ini. Masyarakat amnya hanya cenderung menuding jari menyalahkan ibu dan bapa yang dikatakan gagal mendidik anak-anak menjadi manusia berguna. Para ibu yang malang ini juga sentiasa tertanya-tanya, di manakah kesilapan mereka mendidik anak-anak ini, yang asalnya ibarat kain yang putih bersih. Entah bila dan bagaimana anak yang dibesarkan itu berubah menjadi agen perosak masyarakat yang mengancam ketenteraman dan kesejahteraan orang lain!

Wanita JIM akur sesungguhnya tiada penyelesaian simplistik dan jawapan yang mudah kepada permasalahan yang kompleks ini, yang dicetuskan oleh pelbagai faktor yang saling berkaitan. Namun hakikatnya, perubahan struktur keluarga moden dan pegangan nilai yang menjadi batu asas institusi kekeluargaan hari ini, sememangnya mempunyai kesan yang amat ketara kepada perkembangan anak-anak generasi muda Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pembabitan ibu ke dalam sektor kerjaya di luar rumah sebenarnya mengurangkan peruntukan masa, tenaga dan emosi para ibu untuk menguruskan keluarga dan rumahtangganya. Dari menjadi ibu yang sepenuh masa berada di rumah memberikan tumpuan kepada keluarga, ibu bekerjaya kini perlu pintar mencari ruangan masa berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Walaupun kebanyakan ibu bekerjaya begitu komited terhadap keperluan dan tuntutan keluarganya, mahu tidak mahu tanggungjawab memikul amanah di tempat kerja sering men`curi’ tumpuan dan me`misah’kan wanita dari keluarganya. Anak-anak di pelbagai peringkat usia pula sentiasa memerlukan bimbingan yang khusus untuk menjamin pertumbuhan jasmani, minda, emosi dan spiritual yang sihat.

Perkembangan mutakhir mengenai gejala sosial dan jenayah yang membabitkan khususnya generasi muda hari ini, menjadi pencetus kepada lima (5) penegasan Wanita JIM seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Ibu bekerjaya mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi menguruskan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembangunan jatidiri setiap ahli keluarga terutamanya dalam membuat keputusan yang bijak mengenai kehidupan. Kerjaya tidak boleh dijadikan liabiliti, malahan mesti menjadi kekuatan utama ibu (dan juga bapa) dalam mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kepintaran menguruskan kepelbagaian dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga.

2. Ibu bekerjaya mestilah mendapat sokongan dan dokongan utama dari suami yang tidak lagi sepatutnya berada di takuk peranan sterotaip yang tradisional. Suami kepada seorang isteri yang bekerjaya harus mampu memainkan peranan aktif dan berkesan dalam membangunkan keluarga bersama-sama. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Bagi ibu tunggal yang bekerjaya, sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga mestilah mampu dijana bagi menjamin pertumbuhan keluarga yang sihat.

3. Ibu dan bapa digesa memberikan sepenuh penekanan ke atas pembinaan sahsiah dalaman anak-anak melalui penerapan nilai spiritual yang tinggi dan mantap, bermula dari dalam rahim sehinggalah mereka mencecah usia muda belia. Kecerdasan emosi dan kekuatan rohani telah terbukti menjadi perisai paling kukuh untuk membentengi manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.

4. Para majikan mestilah sentiasa peka dan responsif terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para ibu dalam membangunkan keluarga mereka, bukan semata-mata memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi sahaja. Majikan yang menjaga kebajikan pekerja mereka, khususnya yang berkaitan dengan keluarga, akan diganjari dengan komitmen dan kesetiaan yang tinggi di kalangan pekerja yang seterusnya membuahkan produktiviti dan daya saing yang tinggi.

5. Barisan kepimpinan yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara, diseru memberikan keutamaan paling tinggi kepada usaha menangani gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing. Usaha yang serius, bersepadu dan konsisten membenteras permasalahan kronik ini hingga ke akar umbinya, mestilah dimulakan di peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara, agar segala polisi dan peraturan yang dibentuk selaras dan sejajar dengan nilai kepentingan institusi kekeluargaan. Pendek kata, sebarang polisi yang menyumbang kepada penghakisan nilai dan moral, serta boleh memberikan pengaruh negatif kepada keluarga mestilah digantikan dengan polisi yang lebih bersifat mengawal dan mengekalkan keutuhan keluarga.

Ayuh segera letakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan sebelum terlambat! Sudah terlalu banyak indikator atau petunjuk dalam masyarakat kita hari ini yang membayangkan institusi kekeluargaan sebenarnya berada di ambang bahaya dan terancam.
Sempena Hari Ibu 2009, ayuh pastikan keluarga tidak akan kehilangan wanitanya dan wanita juga tidak akan mensia-siakan penghormatan menjadi tonggak keluarganya sebagai satu anugerah yang amat berharga dari Allah SWT!

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat 2007-2009

Read more...

Hadiah Hari Ibu buat Bonda Hjh Siti Ramlah

>> Thursday, May 7, 2009

Salam

Alhamdulillah, another day dawning - Allah has given me a new day to work on, another step closer to Him, InsyaAllah.

Memandangkan hari Ahad ni, Hari Ibu - Dr. Har perturunkan di sini sebahagian dari coretan Dr.Har mengenai bonda tercinta, Hjh Siti Ramlah Hj Anuar. Bingkisan ini adalah sebahagian dari buku Ibu Madrasah Pertamaku, yang baru sahaja diterbitkan semasa IBF 2009 di PWTC baru-baru ni. Buku terbitan Tinta Ori ni disunting oleh Roha Hassan, dan dimuatkan kompilasi 23 kisah anak-anak mengenai bonda mereka. Artikel Dr. Har merupakan artikel ke10, dari ms 119 - 130 bertajuk : Apa yang Aku Pelajari dari Madrasah Hajah Siti Ramlah Anuar ini ditulis dalam tempoh hampir tiga minggu, walhal selalunya Dr.Har boleh mengarang artikel pendek seperti itu dalam dua tiga hari sahaja. Mana tidaknya, setiap perenggan, mesti kena berhenti sebab air mata melimpah ruah membasahi pipi.

Berikut adalah sebahagian artikel tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah dapatkan buku IMPK ni dari pejabat Wanita JIM atau hubungi Nazirah di no. 0341089669.


Apa Yang Aku Pelajari Dari Madrasah Hajah Siti Ramlah Anuar

`Jika seorang wanita menghormati ibu mertuanya dengan baik, Insya-Allah, dia sendiri akan dihormati oleh menantu-menantunya satu hari nanti.’

Siapakah Hajah Siti Ramlah Haji Anuar ?

Wajah lembutnya adalah yang pertama aku tatapi sebaik lahir di dunia ini. Hampir pasti, wajah nya lah jua yang paling awal terpahat dalam ingatan pertama ku sekitar usia tiga ke empat tahun dahulu. Bukan hanya wajahnya, malahan lunak suaranya, kehangatan pelukannya serta wangi bau tubuhnya akan menjadi khazanah pusaka paling berharga bagi diriku.Dilahirkan pada bulan Oktober 1938, Bonda Hajah Siti Ramlah Anuar merupakan puteri kedua kepada Kiyai Hj Anuar bin Hj Ramli, seorang guru pondok pesantren di Sungai Tiang Darat, Selekoh, Bagan Datoh, Perak. Bonda dibesarkan di tengah-tengah suasana tradisi keilmuan yang segar bugar dengan aktiviti pengajian puluhan para santri atau pelajar yang datang menuntut ilmu Islam dari bapanya. Bonda seorang pelajar cerdik yang disayangi dan menjadi harapan gurunya ketika bersekolah rendah.Namun, sebagaimana anak-anak perempuan di zaman itu, persekolahan bonda terhenti setakat darjah empat apabila perancangan pernikahannya mula diatur. Gurunya datang bertemu Kiyai Hj Anuar, cuba-cuba memujuk kalau bonda ku boleh diizinkan terus belajar. Namun Almarhum nenda ku tetap dengan keputusannya, dan sebagai seorang anak yang patuh, bonda ku menurut sahaja.

Dalam usia muda tiga belas tahun, bonda berkahwin dengan Almarhum ayahanda, Haji Siraj @ Hj Ramli bin Abd. Rahman, anak seorang Pak Lurah ( ketua kampung) dari Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam. Dengan perkahwinan itu, tercapailah hajat Pak Lurah Sidang Haji Abd. Rahman untuk berbesan dengan Tuan Guru, Pak Kiyai Haji Anuar.Mulai saat itu, al marhum ayahanda lah yang bertanggungjawab sepenuhnya mendidik isterinya yang masih mentah dan muda belia, menyelusur kehidupan berkeluarga selama 36 tahun bersama hingga dikurniakan Allah lapan orang cahaya mata. Almarhum ayahanda yang ketika itu berusia sekitar 32 tahun, hampir 19 tahun lebih tua dari bonda ku, merupakan seorang pemuda pintar yang begitu berminat dan asyik menuntut ilmu agama.Selepas belajar bertahun-tahun di Mekah, Almarhum pergi pula meneruskan pengajiannya ke Tanah Jawa. Bergegas pulang dari Pesantren Darul Ulum, di Jombang, Jawa Tengah selepas menerima satu telegram yang mengatakan bonda nya sakit, rupa-rupanya Almarhum ayahanda mendapati ada perancangan besar untuk menikahkannya dengan bonda ku.

Di awal kehidupan rumahtangga mereka, Almarhum ayahanda pernah menjadi Pak Kiyai pesantren, mengajar ilmu agama kepada para santri. Almarhum kemudiannya dipelawa oleh kerajaan negeri Selangor di awal tahun 1960an untuk menjadi seorang kadi sehingga bersara sebagai Kadi mukim Sungai Besar pada tahun 1976. Sebagai isteri kepada Pak Kiyai yang juga menjadi kadi ketika itu, bonda diberi penghormatan gelaran Mbok Nyai oleh masyarakat Jawa di sekitar Sabak Bernam.Semasa Almarhum ayahanda mengidap kegagalan ginjal (end stage renal disease) akibat diabetes mellitus hingga membawa kepada ajalnya pada 22 September 1987, aku dapat menyaksikan betapa dalamnya cinta, kasih sayang dan penghormatan seorang isteri terhadap suaminya sebagaimana yang ditunjukkan oleh bonda ku.Bagi bonda, Almarhum ayahanda bukan hanya seorang teman hidup yang berkongsi suka duka mengharungi hidup berkeluarga membesarkan lapan orang cahaya mata. Almarhum ayahanda adalah merupakan guru, pendidik, mentor dan murabbi yang membimbing bonda menjadi insan solehah wa muslehah, meneruskan tarbiah dari madrasah Almarhum nenda ku Kiyai Haji Anuar yang hanya sempat dilaluinya selama 13 tahun.

Bonda ku membesar dalam madrasah Almarhum ayahanda ku, melihat contoh teladan yang ditunjukkan oleh suaminya, memikul tanggungjawab besar, menjadi teman hidup dan pendidik awal anak-anak yang menjadi harapan mereka berdua. Kecerdasan, kepintaran, kegigihan dan ketabahan bonda ternyata menambat hati Almarhum ayahanda ku.Di akhir hayatnya, aku melihat begitu banyak contoh yang membuktikan betapa tingginya rasa hormat, kasih sayang dan penghargaan Almarhum ayahanda kepada bonda ku. Aku tidak akan pernah lupa kata-kata Almarhum ayahanda yang diiringi titisan air matanya semasa di katil wad Perubatan di Hospital Universiti (PPUM sekarang ini) ketika aku menjaganya, menggantikan sebentar bonda yang pergi solat Asar ketika itu.Almarhum ayahanda berkata: `Bapak kasihan tengok Mbok penat menjaga dan menunggu Bapak kat hospital ni. Mbok memang isteri solehah, syurga Allah tempat ganjarannya.’ ................


SELAMAT HARI IBU.................



Dr.Har

Read more...

Sharing the book I am reading now....

>> Sunday, May 3, 2009

Salam

Dr.Har tengah baca satu buku karangan Linda & Richard Eyre : Lifebalance - How to Simplify and Bring Harmony to Your Everyday Life.

Menurut penulisnya, Balance ada tiga :
1. Priority balance - balancing between work & family
2. Goal balance - between achievements & relationships
3. Attitude balance - between structure & spontaneity.

I am really engrossed with the third balance - which I seriously trying to understand. It is the balance between being firm, rigid and structured with being flexible & spontaneous. Then I found the word SERENDIPITY - which is defeined in this book as : finds something GOOD while looking for something else.

Actually, if things do not work out as planned, don't get upset! Before you start throwing your tantrum around - PAUSE......look around, and grab the chance to do something else! InsyaAllah, there is nothing wasteful about life. You just have to learn to be more aware of the serendipity surrounding you!

So, now - each morning , during my Subuh prayer - I will pray hard : Oh Allah, grant me the strength to discover the beauty in EVERYTHING You have in store for me!

AMEEEENNNNNNN..........

Dr.Har

Read more...

A busy & exciting week! Part (2)

Salam

Last Thursday, 30th April, Dr.Har diminta oleh a pharmaceutical company, Bayer Schering Pharma to chair their 5th Asia Pacific MIRENA Academy at Hotel Crowne Plaza KL.

My first experience in chairing an international meeting - Alhamdulillah, segala pengalaman menjadi Ketua Wanita JIM dan mempengerusikan banyak mesyuarat setakat ini dimanfaatkan sepenuhnya dari mula sampai akhir.

Around 100 participants attended - besides Malaysian doctors, ada participants from The Phillipines, Pakistan, Thailand, Indonesia and Singapore. I was so honoured to have my dearest best friend Sister Dr. Hafidzah Mustakim ( K.Peed) - Ketua Wanita JIM Kelantan was also among the participants. Key speakers - Prof. Sven Olaf Skouby from Copenhagen Denmark & Dr. Andrew Zuschmann from Sydney Aust.

Most challenging was during the Q&A sessions. Almaklum, begitu ramai nak bertanya - belum lagi yang nak bagi berjela-jela komen on the topics, memandangkan yang datang ni bukan calang-calang orang kat tempat asal depa.

So, I decided to use my mandate as the chair - mungkin boleh jadi tips untuk sesiapa yang kena mempengerusikan majlis atau mesyuarat yang dijangkakan hangat.

First I gave out the outline of the sessions - all are encouraged to come forward to the microphone to ask the speakers. There is no such thing as stupid questions - the only stupid question is the one left unanswered when there is ample opportunities to ask and clarify.

Then show of hands - since ada nine hands coming up - I divided the session into two parts - part one for the first five participants then the rest. I asked them all to come line up at the mic - and to remind the one in front who got carried away with their comments & questions, by gently tapping the shoulder so the person will be reminded that there are some more people waiting for their turns. Kumpulkan soalan, then the speakers jawab secara ringkas. Alhamdulillah, by doing so, all questions were asked and answered. And everyone was happy!

During break and lunch, a few participants came up and commented - I like the way you chair - the meeting become very efficient and punctual. Alhamdulillah! At the end of the session, the Regional Product Manager, Marc Wittehuer & Crosby the PR manager jumpa Dr.Har and hoped that I could chair again for them next time around!

Lesson learnt : Grab whatever opportunities to explore new area - challenge your comfort zone!

Dr.Har

Read more...

Sharing my CV.....

>> Saturday, May 2, 2009

CURRICULUM VITAE

HARLINA HALIZAH HJ SIRAJ @ HJ RAMLI
MD(UKM) MOG(UKM)
Associate Professor (Clinical)
Dept. of Obstetrics & Gynaecology

Head, Personal & Professional Development (PPD) Unit
Department of Medical Education
Faculty of Medicine, National University of Malaysia ( UKM)
Jalan Yaacob Latif , Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Telephone :
Email :
Fields of Interest
Community Gynaecology & Reproductive Healthcare
( Family Planning & Contraception , Adolescent Sexual & Reproductive Health)
Medical Education – Personal & Professional Development

Education and Experiences

May 2007 -
Head of PPD Unit, Dept Medical Education, Medic UKM

June 2006 -
Associate Professor (Clinical) & Consultant O&G, UKM

2004 - 2006
Senior Lecturer & Consultant, Dept. O&G, UKM

Aug-Sept 2000
FIGO Fellow, Dept of OB-GYN, University of Minnesota, USA

May-July 2000
Honorary Fellow, Antenatal Diagnostic Centre, National Univ Hospital Singapore

1997 - 2004
Lecturer & Specialist, Dept. O&G, UKM

1993-1997
Masters in Obstetrics & Gynaecology, UKM

1992 - 1997
Trainee Lecturer, Dept of O&G, Medical Faculty UKM

1991-1992
Medical Officer, Hospital Kuala Lumpur

1985-1991
Medical Doctor Bachelor Degree, Faculty of Medicine, UKM

1984-1985
Matriculation UKM, Sek Seri Puteri, Jln Kolam Ayer KL

1979-1983
SRP & SPM Sek Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur

1973-1978
Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Utama, Sg. Besar Selangor DE .



Awards and Honours

2008
UMNO Award of Excellence for Outstanding Malays ( NGO category)

2007
UKM Quality Award for Community Service ( category : Professor/Assoc. Prof) 2007

2005
Woman of the Year – 2005 ( American Biographical Institutes - ABI)

2004
UKM Quality Award for Community Service ( category : Academic) 2004

2001
UKM Service Commendation for year 2000

2000
Honorary Young Gynaecologists Fellowship, Federation of International Obstetricians & Gynecologists (FIGO)

1991
Best Graduate Award, Assoc. of Medical Doctors UKM

1991
Best Medical Student Award, Islamic Assoc. of Malaysia (IMAM)

1986-1991
Sponsorship for Outstanding Performance for Medical Students
( year 1,2,3,4 & 5)

1983
Overall Best Student for SPM, Sekolah Seri Puteri Jln Kolam Ayer, KL

1978
Overall Best Student SRK Sri Utama Sg. Besar, Selangor



Selected Publications

1. Harlina Halizah Siraj, Noralina Omar, 2007 : Berbicara Mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja : Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru, PTS, Kuala Lumpur

2. Harlina H. Siraj, 2006 : Minda Wanita di Jalan Dakwah , JIMedia, Kuala Lumpur

3. Harlina H Siraj, 2004 : Maternal Mortality and Poverty - A Deadly Link, The International Medical Journal ( eIMJ), volume 2, Dec. 2004, electronic version , http://www.e-imj.com/

4. Zaleha A. Mahdy, Harlina H Siraj, Huzwah Khaza’ai, Mohd. Sokhini A Mutalib, Anson Ismail, M Hatta Azwar. Marianah A. Wahab, A Z Hatta M Dali, M A Jamil M Yassin, Nafisah Adeeb, 2004 : The role of palm oil vitamin E in the Prevention of Pregnancy-Induced Hypertension, Hypertension in Pregnancy ( Abstracts : 14th World Congress of the International Society for the Study of Hypertension in Pregnancy, Vienna, Nov 14 – 16, 2004) Vol. 23, Supplement no. 1 : 67

5. Harlina H Siraj, Zaleha A. Mahdy, , Huzwah Khaza’ai, Mohd. Sokhini A Mutalib, Anson Ismail, M Hatta Azwar. Marianah A. Wahab, A Z Hatta M Dali, M A Jamil M Yassin, Nafisah Adeeb, 2004 : The effect of palm vitamin E supplementation on fetal growth and birth weight – a preliminary report, Ultrasound in Obstetrics & Gynecology ( Abstracts : 14th World Congress on Ultrasound in Obstetrics and Gynaecology, Stockholm , Sweden, Aug 31 – Sept 4, 2004) Vol. 24, No. 2 : 315

6. Harlina H Siraj, Zaleha A. Mahdy, , Huzwah Khaza’ai, Mohd. Sokhini A Mutalib, Anson Ismail, M Hatta Azwar. Marianah A. Wahab, A Z Hatta M Dali, M A Jamil M Yassin, Nafisah Adeeb, 2004 : The effect of palm vitamin E supplementation on first and second trimesters uterine artery Doppler waveform – a preliminary report, Ultrasound in Obstetrics & Gynecology ( Abstracts : 14th World Congress on Ultrasound in Obstetrics and Gynaecology, Stockholm , Sweden, Aug 31 – Sept 4, 2004) Vol. 24, No. 2 : 314

7. Murad AZ, Harlina Siraj, Hazim WA, 2003 : A survey on knowledge, attitude and practice towards family planning among married women in a sub-urban area of Klang Valley, The International Medical Journal ( eIMJ), volume 2, Number 1. July 2003 , electronic version . http://www.e-imj.com/

8. Harlina H. Siraj, Zaleha A. Mahdy, 2003 : Preliminary Data on Profiles of Implanon Users in National University Hospital of Malaysia (HUKM), Malaysian Journal of Obstetrics and Gynaecology ( Abstracts : XIIIth Malaysian Congress of Obstetrtics and Gynaecology, Kota Kinabalu, May 24 – 27, 2003) Vol. 8, supplement no. 4 : 85

9. Zaleha A. Mahdy, Harlina H Siraj, Huzwah Khaza’ai, Mohd. Sokhini A Mutalib, Anson Ismail, M Hatta Azwar. Marianah A. Wahab, A Z Hatta M Dali, M A Jamil M Yassin, Nafisah Adeeb, 2003 : The Role of Vitamin E in the Prevention of Preeclampsia . Prosiding Seminar IRPA RMK-7, Jilid II (2003). Pusat Pengurusan Penyelidikan UKM : 179 – 181

10. Suriati Sulong, Harlina H Siraj, Hapizah Mohd. Nawawi, Nafisah Adeeb, 2001 : Iron Status Markers in Mothers and Newborns in Uncomplicated Pregnancy in HUKM, Malaysian Journal of Obstetrics and Gynaecology, (Abstracts : XIth Malaysian Congress of Obstetrtics and Gynaecology, Kuantan, June 1 – 3, 2001) Vol. 7 supplement No. 2 : 13

11. Mohd. Haizal M.Noor, Nor Azlin MI, Harlina H Siraj, Zainul Rashid MR, 2001 : Spontaneous Pregnancy in a 37 year-old Patient with Premature Menopause – A Case Report’ - Malaysian Journal of Obstetrics and Gynaecology , Vol. 7 No. 3 , 79-85.

12. Nor Azlin MI, Harlina H Siraj, Abdul Hamid AR, Rosdinom Razali, Fazlina Hanum MA, Zainul Rashid MR, 2001 : Meig’s Syndrome Presenting Mainly with Major depression as the Chief Complaint – A Case Report and A Discussion on its Ethiopathogenesis – Malaysian Journal of Obstetrics and Gynaecology , Vol. 7 No. 3 , 86 – 91.

13. Suriati Sulong, Harlina H Siraj, Hapizah Mohd. Nawawi, Nafisah Adeeb, Zainul Rashid M. Razi, 2001 : Iron Status Markers in Mothers and Newborns in Uncomplicated Pregnancies at Term, Malaysian Journal of Obstetrics and Gynaecology, Vol. 7 No. 3 , 11 – 26.

14. Harlina H Siraj , Ismail NN, 2000 : An Analysis of Teenage Pregnancies in a Teaching Hospital in Malaysia. The International Journal of Gynecology & Obstetrics ( Abstracts : XVI FIGO World Congress, Washington DC, September 3 – 8, 2000 ) Vol. 70, supplement no. 1 : 93.

15. Harlina H Siraj, MA Jamil. 2000 : A Survey of Knowledge and Attitudes on Breastfeeding among Male Partners in an Urban Malaysian Population. The Journal of Obstetrics and Gynaecology Research AOFOG ( Abstracts : XVIIIth Asian and Oceanic Congress of O&G (AOCOG) Singapore July 9 – 14, 2000) Vol 2, supplement no. 1 : 134

16. Harlina H Siraj, J Mahmood, MA Jamil, JBM Sharif, NN Ismail, 1999 : Oligohydramnios : Ultrasound Diagnosis and Pregnancy Outcome’, Singapore Journal of Obstetrics and Gynaecology, 30(1), 20-25.



Social Vountary Work :

  • District Council of Sabak Bernam (MDSB) - Councillor

  • Malaysian Assoc. for Maternal & Neonatal Health (MAMANEH) – President

  • Malaysian Assoc. for Adolescent Health – Internal Auditor

  • Society of Reform Malaysia (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) – Vice President 2

  • Islamic Medical Association of Malaysia (PPIM) – Council member (1999-2001)

  • Islamic Consultative Council , Dept of Islamic Development (JAKIM) - member

  • Consultative Council of Muslim Women, YADIM Malaysia – Consultant

  • Board of Directors, Raudhatus Sakinah Shelter Home for Teenage Girls – Chairperson

  • Family Planning Association Malaysia (Selangor/ Kuala Lumpur) – member



FAMILY

Husband : Zulkifli Ahmad – BA (Hons) ( Islamic Studies – Al Quran & Hadith – UKM)
Head of Islamic Propagation Operational Unit, Dept of Education, Kuala Lumpur
Daughter : Syifa’ Hana Zulkifli ( 15 years)
Son : Ahmad Sofwan Hanif Zulkifli ( deceased)
Son : Muhammad Anwar Syamil Zulkifli ( 11 years)
Daughter: Deena Sofiyya Zulkifli ( 6 years)

Read more...

A very busy & exciting week ! ( Part 1): ICE-BREAKING

Salam

Alhamdulillah, here I am again. Pheww........after the last posting on April 27th, I was practically kept very occupied by my teaching activities.

On 28 & 29 April - ada Bengkel Latihan Fasilitator Kem PPD 3 di PPUKM. Lecturers (Professors, Assoc. Profs & lecturers) Medic Fac UKM ni kena dilatih utk. jadi fasilitator outdoor kem modul Perkembangan Kendiri dan Profesionalisme (PPD) ke3 yang diadakan utk. pelajar Tahun 5 (akhir). This year - Kem PPD 3 akan diadakan di Kuala Besut T'ganu pada 1 - 5 Jun 2009 ( kebetulan B'day Dr.Har - June 1st, and anniversary sharing my life with my dearest Ustz Zul on June 2nd pulak tu!)

In this training session - I have to teach them ( the lecturers) how to ice-break the newly formed student groups of 12 persons per group.

As usual, I have to ice-break the lecturers first! Bukan senang, walaupun dah bertahun-tahun kenal sebab kerja tempat sama, not necessarily the ice has been broken! Would like to share some tips how to facilitate an ice-breaking session:

1. Kita sendiri kena kena tunjukkan minat & enthuasism yang tinggi nak berkenalan dgn semua yang ada. Intonasi suara, air muka, twinkling of the eyes and of course, body language lain kena sincerely show your enthuasism. Kalau hati sebenarnya tak `gumbira', group members memang boleh perasan.

2. Introduce yourself FIRST! Be VERY SINCERE - tell the group what you want them to know about yourself - be honest and never lie!

3. Spend the next two- three minutes to explain the word & meaning of ice-breaking . Rupa2nya, depa ambil nama tu dari `Ice-breakers' - kapal besar yang digunakan utk. langgar ice blocks kat North as well as South Poles - during exploration & expeditions.

Kenapa gunakan elemen `ICE' bukannya, WOOD ke, STONE ke, atau lain-lain lagi? Uniknya analogi ICE ni ( Ais, atau es dalam bahasa Indonesia) begini - Setiap org kita bila datang bertemu org yang belum dikenali - membawa bersama kita sekeping dinding ICE yang invisible di sekeliling kita. ICE ni - sejuk & cold , perlukan suhu sekitaran ditingkatkan utk. MENCAIRKANnya. Oleh itu everyone must try to increase the WARMTH by smiling, start engaging in conversation, getting interested etc. so dgn itu ICE tadi akan mencair perlahan-lahan. Namun jangan sampai suhu terlalu tinggi hingga sampai ke boiling point pulak, nanti mendidih dan menggelegak lah pulak!

Jangan lupa ingatkan semua utk. maintain the WARMTH, sebab kalau tidak dikekalkan suhu yang hangat tu, apatah lagi kalau dropping balik semula, ICE tadi akan RE-FORMED! Cantik sungguh analogi ICE-BREAKING ni sebenarnya!

4. Then go around the group. Buat aktiviti yang mudah dulu, peringkat demi peringkat gi aktiviti yang lebih kompleks.

5. At least empat aktiviti mudah, InsyaAllah if you have about 30-45 minit - moga2 group tu akan mantap hubungan silaturrahim sesama mereka.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah the sessions were successful. I managed to keep most of them to stay on dari pagi sampai pukul 5pm to go through the training session. NOW, that was indeed an achievement, commented one of my junior lecturers - memandangkan kita faham benar perangai senior staff ni, esp kalau training session buat di PPUKM sendiri. Sat-sat pager bunyilah, handphone pulak tu, tahu-tahu - minta excuse sebab OT ( operation theatre) @ clinic @ ward panggil!

Apapun, Dr.Har berdoa agar KEM PPD 3 will be successful! InsyaAllah, lepas ni kita jumpa dalam Part (2 ) & Part (3) pulak yer!

Love you all : Dr.Har

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP