HIJAB & K-POP
>> Monday, January 12, 2015
Sebagai seorang ibu, Dr Har terpanggil untuk respon isu K-Pop dan anak2 remaja perempuan bertudung yang sedang hangat diperkatakan. Beberapa individu sudah hubungi Dr Har mohon sedikit komen dan pandangan.
Dr Har tiada di tempat kejadian dan tidak menyaksikan sendiri apa yang benar-benar berlaku. Dari apa yang ditayangkan dalam video clip 3 min tu, jelas nampak gelagat artis di atas pentas dengan beberapa peminat yg bertudung litup. Banyak interpretasi & telahan yang boleh dibuat. Dari kacamata seorang ibu, yang melihat dari perspektif agama, budaya dan adat sopan - gelagat tersebut amat kurang menyenangkan, menjolok mata dan menimbulkan rasa resah gundah gelana. Mungkin ianya biasa-biasa sahaja buat si artis itu sendiri,sementara anak2 remaja bertudung yg begitu teruja melihat artis pujaan di depan mata memberikan perhatian istimewa, peristiwa itu menjadi kenangan yg indah sekali!
Dr Har bertanya pada diri - apa yang akan Dr Har lakukan sekiranya yg terbabit itu adalah anak gadis Dr Har sendiri? Malahan, amat perlu Dr Har menganggap anak2 bertiga yang berkelakuan tersebut sebagai anak Dr Har sendiri.Memang mereka adalah anak-anak remaja Muslimah harapan dan kesayangan Dr Har!
PERTAMA : Dr Har akan memberi mereka peluang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku semasa peristiwa kejadian. Dr Har mahu tengok video 3 min itu bersama2 dgn anak2 ini.
KEDUA : Selepas itu - Dr Har mahu tahu apakah pandangan mereka mengenai perbuatan tersebut - ada tiga situasi pandangan:
i) Bangga dgn perbuatan itu & anggap riuh rendah di media sosial ini hanyalah disebabkan org lain yang jealous dan berfikiran sempit kuno.
ii) Menyesal dan malu dengan keterlanjuran dan kurang asertifnya mengatakan TIDAK kpd artis lelaki yang memperlakukan mereka begitu sekali.
iii) Tak rasa bersalah pun, peristiwa berlaku di luar jangkaan dan kawalan mereka.

KETIGA : kena tackle dari sudut pandangan anak2 remaja ini. Ini perlukan kemahiran keibubapaan yg tinggi dan bukan calang2.
i) Kalau bangga, ada sesuatu yang amat tidak kena dgn pendidikan nilai dan agama yg diperolehi anak2 terbabit selama ini, hingga berlaku kejahilan sebegitu rupa.
ii) Kalau rasa berdosa, malu dan menyesal - bertaubatlah, kerana Allah amat mencintai mereka yang bertaubat.
iii) Kalau bertindak sebegitu kerana rasa di luar kawalan diri - anak2 ini perlu diajar dengan cara berkomunikasi secara asertif & tegas (Assertive Communication) ...saying NO with diplomacy, hinggakan meraih rasa hormat org lain. Supaya tidak diperlakukan sebegitu sekali.

Wallahu a'lam
PS : Kalau ada yang kenal parents kepada anak2 remaja Muslimah yang terbabit, mungkin boleh share input Dr Har ni dengan mereka yer!
Loves,
Dr. Har