Perintis Islam di Cape Town : Menziarahi Kramat (maqam) Syeikh Yusuf Al-Makassari
>> Thursday, April 8, 2010
Salam
Semasa di Cape Town minggu lepas, Dr.Har sempat berziarah ke Macassar, satu kawasan bersebelahan dgn Somerset West, tempat konvensyen IMASA berlangsung baru-baru ni.
Nama tempat ini diambil sempena nama tempat asal seorang ulamak Nusantara, Syeikh Yusuf Al-Makassari yang dijadikan tahanan politik pihak kompani Belanda dan dibuang negeri ke Cape Town dari Indonesia, selepas peperangan Bantam sekitar pertengahan 1640an.
Di atas sebuah bukit pasir ( sand dune) terdapat sebuah kubu kecil yang menempatkan sebuah makam persemadian As-Syeikh yang berusia 68 tahun ketika itu, datang bersama 49 org lain ( isteri, anak & orang-orang kanan beliau) menaiki sebuah kapal.
Dikatakan menurut sejarah, kumpulan mereka inilah yang pertama sekali membaca Al-Quran di Cape Town, dan seterusnya meluaskan pengaruh di kalangan hamba sahaya kepada golongan kolonial Belanda yang menjadi peladang anggur ketika itu. Syeikh Yusuf sebenarnya dibuang ke Ceylon dahulu, namun nyata pengaruh beliau tetap dirasai oleh Muslim yang singgah di Ceylon dalam perjalanan ke Mekah menaiki kapal ketika itu. Lantas, pihak kompeni West Indies `mencampakkan' Syeikh Yusuf ke Cape of Good Hope, yang terletak di hujung benua Afrika. Namun ternyata, bumi ini hanya milik Allah SWT, yang akan mewariskannya kpd hamba-hambaNya yang soleh!! Allahu Akbar.
Sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi, sempena cuti panjang Easter setiap tahun, Muslim Capetonians berkumpul dan berkhemah di kaki bukit Kramat Syeikh Yusuf selama tiga malam, acara santai sekeluarga. Ada sebatang sungai kecil mengalir - dipanggil `Kali' ( sounds familiar??) di lembah tu, yang menjadi tumpuan ramai mencari penawar sakit sendi dan kulit, yang dikatakan boleh sembuh kalau seseorang tu mandi di situ. Kemungkinan besar, kali tersebut pernah digunakan oleh Syeikh dan kumpulannya mandi dan berwuduk, empat ratus yang dahulu. Kali ni, Dr.Har berkesempatan melihat sendiri acara tersebut semasa datang menziarahi kramat tersebut pada hari Ahad 4 April yang lepas. Ibarat perhimpunan di Padang Arafah lagaknya - like a mini Arafah.
Berdiri di atas bukit kecil tersebut, ditiup dgn angin kencang sekitar 30 knots, dingin musim luruh, melihat makam yang dikelilingi kira-kira 5 batang meriam di tembok kubu - terasa sungguh kesayuan yang mungkin dirasa oleh kumpulan manusia soleh yang asalnya dari nusantara khatulistiwa yang panasa terik, dikawal rapi oleh tentera kompeni yang lengkap bersenjata - diperlakukan ibarat banduan terpenjara dan hina. Namun, jiwa taqwa tidak mampu dipenjara dan dikurung. Buktinya, empat ratus kemudian, syi'ar Islam masih tetap bersinar di bumi Cape Town hingga ke hari ini.
Semasa melangkah keluar dari kramat tersebut, Dr.Har menoleh ke belakang, mengucap salam selamat tinggal kepada roh Syeikh yang tentunya sedang tenang berehat - sementara menanti hari kebangkitan yang pasti akan tiba, dan InsyaAllah, menagih Jannah Allah SWT yang telah dijanjikan buatnya!
Al-Fatihah buat Almarhum Syeikh Yusuf Al - Makassari.....
Dr.Har