My prayers for my dear sisters - Dr. Husna, Wardina, Irma & Eenaz

>> Monday, April 25, 2011


Salam

I had a very exciting lunch last Thursday, Alhamdulillah. There were so many reasons for me being so excited:

1. Alhamdulillah, I was very happy to meet up with Dr. Husna, my `youngest' newborn graduate, who was officially a medical doctor on 30th March. She dropped by my office just on time to join me for lunch.

2. Both of us went to The Curve to have lunch in this special restaurant `Marche' - a different lunch concept all together, being in a middle of a fresh market and have your lunch prepared out of very fresh produces.

3. Already waiting was my dear sister Wardina Saffiyah, who had ordered her grilled salmon.

4. Sister Irma Hasmie, came a few minutes later, looking fresh and dazzling after her Zuhr prayer.

5.We were later joined by Eenaz, Irma's friend - she is a scriptwriter!

What did we talk about during the lunch? I'll tell you later, eh.

Loves,
Dr. Har

Read more...

ISTANBUL 090411 - 110411

>> Thursday, April 14, 2011

Salam

Kami singgah di Istanbul selepas sepuluh hari menunaikan Umrah. Menjejaki langkah satria Othmaniah menakluki kota indah Konstantinople. Keindahan bunga tulip yang mekar, suhu dingin 9-15 degree Celcius, tiupan bayu Selat Bosphorus - melengkapi musafir menjejak Istana Topkapi, Masjid Sultanahmet, Masjid dan makam sahabah Ayyub Al-Ansari, Ayasofya, Hippodrome dan Grand Bazaar. Moga perjalanan ini mematangkan kami sekeluarga, dan menjadi motivasi utk terus gigih meraih redha Ilahi.


Dr.Har

Read more...

Sanggar Spiritual 2011 : MAKKAH 030411 - 090411


Salam,

Alhamdulillah, enam hari kami berkampung di Kota Suci Makkah Al Mukarramah,bersama ribuan jamaah dari seluruh pelusuk dunia. Setiap kali azan berkumandang, manusia hanya bergerak menuju satu arah sahaja - Masjidil Haram, di mana Kaabah, Baitul Atiq menjadi penyeri.Bertawaf di keliling Kaabah, menginsafkan diri betapa hidup ini hanya satu paksinya - Allah SWT, tiada dua mahupun tiga, bahkan hanya Yang Maha Esa - Ahad,Ahad, Ahad!!Dalam bulatan, tiada titik mula dan akhir, kebergantungan hamba yang faqir tidak akan ada titik akhirnya kepada Rabb yang Ghani. Allahu Ghani, wa antumul fuqara'.....Berjalan cepat naik turun bukit Safa dan Marwah, serta lembah antara keduanya, memberi gambaran betapa kehidupan seharian manusia ini perlu ada perjalanan dari point A ke point B, Hajar dijadikan role model. Hanya hati seorang ibu yang mampu menyelami, betapa perasaan Hajar semasa berlarian di situ ribuan tahun lalu, sendirian ditinggalkan suami, cemasa memikirkan bayi kecil yang kehausan, namun penuh iman, yakin hanya Allah SWT tempat pergantungan hakiki. Moga aku jadi ibu yang jauh lebih gigih mendidik anak-anak soleh-solehah/musleh-muslehah.

Kami jejaki Bukit Thur dan Jabal Nur, mendongak, memikirkan betapa Nabi kami bersusah payah mendaki demi uzlah dan perintah hijrah. Kami ke Padang Arafat yang sunyi tiada penghuni, melintas di Muzdalifah tempat kami kesejukan mabit semasa Hajj 2006/2007 dan melihat Mina dan kompleks Jamrah yang tersergam tinggi. Kami menyusuri Hudaibiah, singgah menikmati kelazatan susu unta kegemaran Nabi. Ohhh, kami jadi rindu, rindu dan mahu datang berkunjung lagi, Moga dijemput Allah SWT sekali lagi, InsyaAllah!


Coretan : Dr.Har

Read more...

Sanggar Spiritual 2011 : MADINAH 300311 - 030411

>> Wednesday, April 13, 2011

Salam

Alhamdulillah, Allah SWT memberikan keizinan-Nya utk Dr.Har menjejak kaki sekali lagi di atas bumi suci Madinatul Munawarrah, selepas lawatan terakhir semasa Hajj 2006. Teramat syukur, kerana kali ini, Dr.Har dan Ustaz Zul diiringi ketiga cahaya mata kesayangan kami - Syifa', Syamil dan Deena. Juga kami dimuliakan Allah dngn kehadiran bersama Bonda saudara Dr.Har, Lek Biah (adik kepada bonda Hjh Ramlah).Kami bersama kumpulan kecil seramai 14 orang, di bwah kendalian Syifaa' Holidays, berangkat dari KLIA jam 4.30pm Rabu 300311 dan tiba di Jeddah jam 2000.

Tiba di Hotel Dallah Taibah Madinah jam 0515hrs, 310311. Indahnya beriktikaf di Masjid Nabawi, memberi salam kepada Rasulullah SAW setiap melangkah masuk.Solat di Masjid kedua termulia ini, memang terasa lain energy dan aura kekhusyukannya.Semoga boleh berkunjung lagi InsyaAllah.

Loves
Dr Har

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP