Kem Remaja S.U.P.E.R

>> Thursday, November 17, 2011

Kem Remaja S.U.P.E.R adalah program khas untuk para remaja belia yang berumur 13 hingga 17 tahun sahaja. Program ini akan membentuk karakter Remaja SUPER berdasarkan model S.U.P.E.R yang belandaskan Al-Quran dan Sunnah. Daftar anak remaja supaya mereka menjadi SUPER!


Remaja SUPER akan melalui pelbagai aktiviti INDOOR dan OUTDOOR yang menarik dan mencabar! Namun yang demikian, peserta akan diberikan formula S.U.P.E.R sebelum menjalani aktiviti ini....

Aktiviti INDOOR:
· SUPER Sharing; Perkongsian meningkatkan motivasi dan jati diri mereka dengan tajuk yang berasaskan kepada model SUPER
· SUPER Ice Breaking; Baiki akhlak dan cara berkomunikasi dengan manusia
· SUPER Team Building; Bina Pasukan SUPER
· SUPER Renungan Remaja & Al-Quran; Surah Al Kahfi
· Solat SUPER; baiki asas gerakan dan bacaan dalam solat serta solat di dalam hutan
· SUPER Muhasabah; Membangkitkan kesedaran berTuhan dan peranan sebagai seorang anak, murid dan sahabat.

Cara mendaftar? Klik sini.

Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, kunjungi blog
Kem Remaja S.U.P.E.R

atau hubungi
019 3651408
019 3651421

atau emailkan pertanyaan alamat
rsakinah@gmail.com

Read more...

Wacana Transformasi Ummah - Isu Seksualiti

>> Wednesday, November 16, 2011


Objektif Wacana:
1. medan perbincangan mengenai realiti amalan gejala homoseksualiti di Msia
2. menjelaskan aspek homoseksualiti/orientasi seksual dari perspektif psiokososial & Islam
3. mencadangkan pendekatan komprehensif menangani isu LGBTIQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer).

Semua Dijemput Hadir!

Read more...

Visiting Prof John Gilbert

>> Saturday, November 5, 2011


Salam

I hosted a farewell lunch yesterday at my residence in Alam Damai for our Adjunct Professor Dr John Gilbert from Univ of British Columbia, Vancouver, Canada. Prof Gilbert is the `Father of Inter-professional Education (IPE) for collaborative practice' - a consultant in speech therapy with vast experience in initiating collaborative work among doctors, nurses, pharmacists, therapists, social workers etc! Being a very friendly person, he blended very well and we have no problem including him as a family member of Dept of Medical Education, UKM! As he said - Malaysia is now his second home! We are happy to have you with us, John! InsyaAllah,we shall tap your wisdom & experience to put Medic UKM in the map of IPE!

Loves,
Dr. Har

Read more...

Selamat Menyambut Eidul Adha 1432H


Salam

Semoga kita semua mampu meningkatkan pengorbanan demi Ad Deenul Haq yg mendambakan setiap pejuangnya memikul amanah perjuangan setiap masa, ketika dan di setiap tempat.

Loves,
Dr. Har

Read more...

KENYATAAN MEDIA IKRAM: Penganjuran Seksualiti Merdeka Menongkah Prinsip Islam Dan Fitrah Kemanusiaan

>> Friday, November 4, 2011



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia
4 November 2011

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menganggap penganjuran Program Seksualiti Merdeka adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dalam Islam dan fitrah kemanusiaan sejagat.

Program Seksualiti Merdeka bertujuan memperjuangkan kesamarataan dalam pengamalan seks dan menentang diskriminasi ke atas golongan-golongan LGBTIQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer).

IKRAM ingin mengingatkan bahawa usaha untuk menyebarkan amalan-amalan seks yang bertentangan dengan fitrah kemanusiaan ini akan hanya membawa kepada kemusnahan individu, masyarakat dan negara.

Allah swt telah mengingatkan umat manusia untuk menjauhi amalan seks yang melampaui batas ini melalui firmanNya dalam Surah Al-A’raaf, ayat 80 – 81 yang bermaksud:

"Dan (Kami mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu telah melempiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.’"

Mereka yang terlibat dengan amalan seks yang bertentangan dengan fitrah kemanusiaan ini secara umumnya terbahagi kepada dua golongan:

1. Golongan yang berhadapan dengan masalah kecelaruan identiti gender

2. Golongan yang jelas identiti gendernya tetapi celaru dalam orientasi seksualnya dan sengaja memilih pasangan sejenis.

IKRAM insaf dan maklum tentang kewujudan segelintir kecil golongan manusia yang diciptakan Allah swt yang mempunyai permasalahan kecelaruan identiti gender kerana faktor biologikal, penderaan-penderaan fizikal, seksual, psikologi, emosi dan mental atau faktor-faktor persekitaran yang lain. Namun, Islam telah menyediakan garis panduan yang seimbang dan sejahtera untuk mengurus dan mengatasi kecelaruan ini.

Bagi golongan kedua, yang berhadapan dengan masalah kecelaruan orientasi seksual, Islam menegaskan bahawa golongan ini hendaklah kembali kepada fitrah kemanusiaan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. IKRAM menolak sebarang usaha untuk menyebar amalan seksual yang bertentangan dengan syariah Islam dan fitrah kemanusiaan. IKRAM juga menolak kehendak sebilangan golongan yang mempunyai kecelaruan identiti untuk diberikan hak melakukan hubungan seks songsang seperti hubungan homoseksualiti dan biseksualiti.

Hubungan jenis ini membuka ruang kepada hubungan seks rambang, tiada pertanggungjawaban, penyebaran nilai-nilai yang tidak bersopan, pornografi, penyembahan seks serta penyebaran pelbagai jenis penyakit kelamin. Kajian saintifik yang dilakukan oleh banyak pihak di barat telah memberi amaran bahawa hubungan homoseksualiti dan biseksualiti boleh menghancurkan sesebuah masyarakat dan negara.

Golongan LGBTIQ sebenarnya merupakan satu kelompok manusia yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Usaha hendaklah dilakukan oleh mereka yang pakar untuk mendampingi golongan LGBTIQ dan membimbing mereka agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan biasa dan tidak tersisih dari masyarakat.

Sehubungan itu IKRAM mendesak agar:

1. Usaha untuk menyebarkan amalan-amalan seks songsang dan bebas ini dihentikan serta merta.

2. Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan-jabatan Agama Negeri dan NGO-NGO Islam dan bukan Islam hendaklah berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi membantu golongan yang mengalami kecelaruan seksual ini.

3. Masyarakat umum hendaklah sedaya upaya membantu mereka yang ingin kembali kepada fitrah asal kemanusiaan.

IKRAM juga ingin menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membantu golongan LGBTIQ ini dengan menawarkan kepakaran yang wujud dalam Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga IKRAM (PAKSI – IKRAM).

IKRAM bersedia berdialog dengan pihak penganjur Seksualiti Merdeka bagi mencari jalan terbaik ke arah membangunkan negara yang maju dan sejahtera. Semoga Allah swt merahmati masyarakat dan negara kita yang tercinta.



Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

sumber asal: IKRAM: Penganjuran Seksualiti Merdeka Menongkah Prinsip Islam Dan Fitrah Kemanusiaan

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP