KHAS : 10 Bingkisan buat Suami
>> Wednesday, February 29, 2012
Merasa udang galah di Labuan |
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 2 - Istiqamahlah di atas jalan Allah. Contohi
Rasulullah SAW dalam menerajui bahtera rumahtangga ini. Itulah jalan
yg kami idam-idamkan, lorong cahaya yg akan membawa kita semua kpd
redha Allah. Janganlah terleka, lalai dan cuai memegang amanah berat
ini. Doa kami - isteri dan anak-anakmu - moga dikau diberi kekuatan
utk terus memimpin kami semua ke Jannah. Amin
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 3 - Ayohlah bersama kita pertingkatkan bekalan
iman, taqwa dan ilmu pengetahuan untuk menerajui bahtera yang sarat
dengan amanah ini. Marilah bersedia menghadapi ribut taufan yg bakal
melanda dengan ikatan ukhuwwah yg mantap dan jitu. Jgn tinggalkan
kami di belakang ataupun membiarkan kami mara di hadapan tanpamu
bersama. Kepimpinan kolektif, dipandu dgn syura yg meluas, akan
membawa ke destinasi abadi, InsyaAllah.
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 4 - Belajarlah menyayangi isterimu ini sedaya
mampu. Letakkan diriku di satu sudut khas dalam ruang hatimu.
Sesekali tunjukkan kasihmu kepadaku di hadapan anak-anak, agar mereka
merasa aman, tenang dan terjamin selamat. Sekiranya cinta makin pudar
dan hambar, mohon jangan dihina dan dicerca, apatah lagi dipersia dan
dianiaya. Cukuplah aku dihormati sebagai seorang ibu kepada
anak-anakmu.
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 5 - Ketahuilah betapa menggunung tinggi harapanku
saban hari mahu memburu gelaran solehah, sebaik-baik kenikmatan dan
perhiasan dunia ini buatmu! Namun, tanpa didikan, dorongan, sokongan
dan bantuanmu, ianya hanya cita-cita kosong yg mustahil mahu digapai.
Duhai suamiku yg budiman, permudahkanlah perjalananku menuju redha
Allah. Mohon jgn dipersulit dan dihalang dgn seribu satu rintangan,
cetusan dendam kesumat iblis & syaitan.
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 6 - Betapa indahnya ketentuan Ilahi, setiap
makhluk-Nya diciptakan berpasang2an. Ketentuan-Nyalah saja yg
mempertemukan kita berdua dlm sebuah ikatan yg suci ini, di celah2
berbillion manusia. Pastinya penyatuan ini ada hikmah agung
disebaliknya - ayoh kita beriringan berbekal aqidah yg sama, hasrat
yg satu menuju redhaNya. Sinergi kita harus mampu melonjak potensi
dan kudrat - mudah2an akhirnya, kita sama2 jadi insan LUAR BIASA!
Amin!
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 7 - Mudahnya kita terlupa, ada amanah hebat yg
terpikul di bahu masing2. Melalui kebersamaan kita dlm rumahtangga,
kita perlu mewujudkan sebuah taman asuhan sebagai medan latihan anak2
menjadi manusia berguna, sebuah kubu tempat mereka berlindung dari
kemelut gelora dunia dan sebuah bahtera yg melayari kehidupan dunia
menuju ke akhirat. Jgn terus terleka! Ayoh saling ingat-mengingati,
agar jangan nanti ada kesal di hati!
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 8 - Mohon santuni jiwa dan perasaan halus isterimu
ini. Tunjukkanlah layanan yg molek di hadapan teman dan tetamu.
Panggillah daku dengan lembut dan kasih sayang, bukan nada tegas,
garang dan keras. Kewibawaanmu tetap menyerlah, sekiranya engkau
mampu meraih hormat/thiqah isteri & anak2 tanpa perlu meninggi
suara & perilaku kasar yg mengguris rasa.
BINGKISAN
BUAT SUAMI : Nota 9 - Yakinlah, akan daku pastikan anak2 kita hanya
mendengar yang terbaik dari mulutku mengenai dirimu. Agar mereka
sentiasa sedar, betapa bertuahnya mereka mempunyai ayah sepertimu.
Namun, perelokkanlah akhlak dan layananmu terhadap diriku - kerana
sesungguhnya anak-anak sedang memerhati!
BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 10 – Bertahanlah untuk terus menjadi pohon tegap tempat kami berteduh. Sesekali ditimpa hujan lebat, ada waktu ditiup putting beliung – namun pohon yang akar tunjang aqidahnya mencengkam bumi tidak akan mudah rebah menyembah tanah. Panjatkanlah doa qudusmu di waktu dikau bangun berqiyam di kegelitaan malam, moga Allah SWT menghantar bantuan-Nya untukmu istiqamah membimbing daku dan anak-anak kita menempuh jalan ke syurga!
Loves,
Dr. Har Read more...